January 8, 2014

Biodata Iblis yang kita patut ketahui

Biodata iblis, anda patut tahu!
Nama sebenar: IBLIS LAKNATULLAH
Kelahiran: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri: Fasik kelas pertama
Agama: Kufur
Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap: Neraka jahanam
Kawasan: Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH
Arah perjalanan: Tiada haluan dan bengkang-bengkok
Isteri: Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya
Kaum kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH
Modal pusingan: Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus
Tempat pertemuan: Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat: Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib: Anak-anak Adam
Motto kerja: 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi: Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita-cita: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yang tidak digemari): Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri: Bila manusia membaca istighfar
Mentor yang dikagumi: Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo: Sebarang tatu
Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan: Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT
Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
Matlamat sebenar: Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam
Teman sejawat: Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran: Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH
Pembantu setia: Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yang tak dapat dilupakan: Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis: Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit: Manusia yang digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yang digemari: Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan.
Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci: Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH
Alat perangkap: Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Saat ajal: Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak
Yang paling membosankan: Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yang paling meletihkan: Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala
Tugas yang paling disukai: Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina
Janji kepada manusia: Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira: Manusia yang mengikut jejak langkahnya
Saat yang mendukacitakannya: Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis: Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT 
- detikislam.blogspot.com


January 6, 2014

Cara mengatasi masalah Limited Akses

Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7 ~ Pernakah anda mempunyai masalah koneksi internet di windows 7 dengan menggunakan wifi atau wireless ? dimana anda tidak dapat mengakses internet karena terdapat notifikasi wifi yang menyatakan Limeted Access. Limeted Access terjadi biasanya karena IP anda mengalami konflik atau dengan kata lain mengalami tabrakan, kres, atau mengalami gangguan. Masalah ini dapat di atasi dengan beberapa pilihan. Ada beberapa cara yang bisa anda gunakan untuk mengatasi limited access wifi di windows 7 berikut cara-caranya.

 Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7
Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7
Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7

1. Menjadikan settingan IP Address menjadi automatically
Cara ini merupakan cara untuk menjadikan IP Address komputer anda menyesuaikan otomatis dengan wifi yang digunakan. Caranya buka control panel => Pilih Network and Internet => Pilih Network and Sharing Center => Pilih Change Adapter Settings =>Klik kanan pada Wireless Netwok Connections pilih properties => Klik 2 kali pada Internet protocol Version 4 (TCP/IPv4) => Pilih obtain an IP address automatically dan obtain DNS server address automatically lalu klik ok.
atau ikuti gambar berikut ini :
- Klik Icon wireless pada dekstop lalu pilih open network and sharing center

Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7 open network and sharing center

- Setelah itu pilih change adapter settings

Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7 change adapter settings

- Setelah itu klik kanan pada Wireless network connections dan pilih properties

Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7 wireless network connections

- Setelah itu klik 2 kali internet protocol version 4 (TCP/IPv4) atau klik properties 

internet protocol version 4 (TCP/IPv4)


- Setelah itu Pilih obtain an IP address automatically dan obtain DNS server address automatically lalu klik ok.
obtain an IP address automatically dan obtain DNS server address automatically

Setelah itu silahkan restart komputer anda dan tes koneksi internet anda. Jika masih limited access silahkan coba cara ke dua.


CARA KEDUA(Kalau masih tidak dapat :D)


Cara Mudah Mengatasi Masalah Limited Access Pada Wifi Laptop
Pernahkah Anda Mengalami Limited Access ?? dan kenapa bisa terjadi Limited Acces?Limited Access ini dapat terjadi ketika ip Anda mengalami beberapa kres/bertabrakan/ip anda sedang mengalai gangguan. Berikut Cara Mengatasinya
1.       Buka Command Promt, Menggunakan Hak Akses Administrator (RUN ADMINISTRATOR)
2.       Selanjutnya Klik Perintah : netsh int ip reset C:\resetlog.txt



3.       Restart Komputer


Selamat Mencoba

January 4, 2014

Cara Lajukan Broadbang Celcom, DG, dan Maxis yang habis Quota

Assalamualaikum, mesti anda tertanya-tanya 'Pak Cik Google' pasal benda ni kan? Cara ini hanya untuk broadband dan belum dicuba pada Wifi. 

1. Pastikan broadband tu dah connect kat laptop dan internet. Kemudian tekan butang logo "start" dan taip "cmd". Bila dah jumpa "cmd" tekan ENTER. 


2. Selepas itu, akan keluar satu command prompt dan taip "ipconfig/all" serta tekan ENTER. Contoh seperti dibawah. 


3. Bila korang dah tekan ENTER, akan terpapar segala senarai connection. Pilih IP ADDRESS untuk broadband korang sendri. Macam aku punye IP ADDRESS 10.145.131.178. Rujuk gambar kat bawah ini. 



4. Sekarang scroll down dan taip IP ADDRESS yang korang dah pilih. Contoh : taip "ping" dan "IP ADDRESS" 
taip jugak "-t" dan tekan ENTER macam gambar di bawah. Dan selepas tu akan keluar text macam ni : reply from (korang punye IP ADDRESS): bytes=32 time<1ms ttll="">



5. Biarkan benda ni jalan selama mana korang online. Korang boleh minimize je benda ni. Kalau nak offline barulah boleh tutup. Selamat mencuba.

November 13, 2013

Puasa Asyura

InsyaAllah akan berpuas hari Asyura hari ini dan esok(13/11/13=10 dan 11 muharram). fadhilatnya ialah dapat menghapuskan dosa kita setahun yang lalu. Dengan izn Allah. Niat : “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

November 10, 2013

Nikmat Habis Exam - mood cuti!


Alhamdulillah, baru lapang rasanya hati selepas berjaya menghabiskan paper sebentar tadi(10/11/13). Bukan apa, biasalah kehidupan sebagai student nie, kalah-kalah kesibukan Perdana Menteri tu ( Haha :D ). Kepenatan tu memang kaw2(orang cakap). Apa-apa pun yang berlalu biarlah sudah(kalau perlu flashback balik baru ingat huhu). 

Lepas ni bercuti selama seblan lebih. So have a nice long journey, travel to Borneo Island and come back to Kuala Lumpur on january - next year. BTW, sebelum pulang, ada satu perkara yang saya paling buat saya pening kalau mahu balik KG. Kalau setakat packing baju-baju tu okay lagi, tapi kalau kemas satu bilik dan masukkan di dalam stor, rasa macam kepala ni berguguran rambut huhu. 

Apa-apa pun, selamat bercuti kepada kawan-kawan. Jaga diri, jaga iman, dan jaga keselamatan. Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang berfaedah. Wasalam :)

November 8, 2013

Runtuh Hati Melalui 'Doa' - Ajaibnya Kuasa Dalam Doa

“ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” [Al-Baqarah2 :186]

*Ajaibnya hdup dengan doa. Ajaib! Benar-benar ajaib. Pernahkah kita terfikir di masa lalu ketika kita berada di dalam satu situasi masalah yang kita fikir pada masa itu, kita tidak akan dapat keluar lagi daripada masalah itu. Lalu kita menadah tangan dan berdoa "Ya ALLAH, Engkau berikanlah petunjuk dan kelapangan bagiku." Lalu ALLAH berikan kita jalan penyelesaian dan kita terkeluar daripada masalah itu. Banyak sekali situasi getir dalam hidup kita lalu diiringi dengan doa. Walhal, seumur hidup kita, banyak sekali ungkapan kalam hati kita kepada Tuhan yang berbentuk doa dan kita telahpun melupakan sebahagian besar daripada apa yang kita pernah minta dalam doa itu. SubahanAllah.

Doa senjata Mukmin. Itu yang biasa kita dengar dan ramai mengakuinya. Tetapi malangnya  amat sedikit yang meyakininya. Allah SWT telah berfirman dalam surah Ghafir (al-Mukmin), ayat 60 yang bermaksud: Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina

Maka, apabila Dia berjanji, letakkan keyakinan dihati bahawa sudah pasti akan dikotakan janji tersebut. Ada pula yang bertanya, bukankah Allah Maha Mengetahui. Dia mengetahui setiap sesuatu yang terdetik dalam hati-hati hamba-Nya. Jadi, mengapa perlu berdoa?

“Berdoa adalah luahan rasa kehambaan terhadap Allah. Dengan berdoa, kita menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT. Menunjukkan kita memerlukan pertolongan-Nya dalam menjalani kehidupan. Menyedarkan kedudukan kita sebagai hamba yang hanya meminjam nikmat-Nya,”

Apabila disebut doa, maka simbol dan isyarat selalunya digandingkan dengan menadah tangan. Hal ini satu tanda bagaimana permintaan seorang hamba yang merendah diri kepada Tuhan yang Maha Memiliki.

Namun doa tidak hanya terhad dalam bentuk mengangkat tangan. Sememangnya terdapat amalan  Nabi s.a.w menadah tangan ketika berdoa sebagaimana sewaktu perstiwa memohon hujan selepas solat istisqa dan qunut nazilah. Namun, ada juga amalan Nabi s.a.w yang berdoa tanpa menadah tangan seperti doa harian ketika makan, bersama dengan isteri, naik kenderaan, masuk tandas dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya suatu hadis daripada Abu Hurairah, bahawa  Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tidaklah seseorang Muslim berdoa kepada Allah sesuatu doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan hubungan ‘rahim’, melainkan Allah akan memberikan kepadanya menerusi satu dari tiga cara, iaitu ;diperkenankan apa yang dimintanya atau disimpan-Nya untuknya diakhirat kelak, atau Dia menghindarkan dirinya sesuatu keburukan yang setimpalnya. Para sahabat pun berkata : ‘Kalau begitu kita perbanyakkan berdoa!’ Nabi s.a.w menjawab : ‘Allah SWT lebih banyak memberikan ganjarannya.’”

Persoalan bila dan bagaimana adalah hak Allah. Bukankah ‘Pemurah’ nya Allah kerana secara berterus terang berjanji Ia akan memakbulkan doa hamba-Nya. Bahkan ‘Pemurah’ nya Allah berlanjutan sehingga ke akhirat kelak. Tidak dapat di dunia. Maka akhirat itu tempatnya. Negeri mana yang lebih beruntung perolehannya jika dinilai dengan negeri akhirat?

Dr. Yusuf  al-Qardawi pernah berkata: “Penerimaan Allah terhadap sesuatu doa ada syarat-syaratnya. Dari satu segi yang lain, makbulnya doa ada jangkamasanya, ada waktunya tertentu. Allah SWT akan makbulkan doa orang pada waktu yang dikehendakinya dan dengan cara yang dikehendakinya.”

*Semoga Kita diampuni dan dirahmati oleh ALLAH. Marilah kita menunaikan solat walaupun terpaksa, kerana lama-kelamaan kita pasti akan menemui keikhlasan. Semoga kita berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Amin :)

November 6, 2013

Raudhah (Taman Syurga)

Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah, ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi. Jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah. Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa dan untuk makluman korang, tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri
dalam erti kata lain, kalau Rasulullah sendiri dah kata ia taman syurga, apalagi nak kita katakan, Subhanallah!

Ada satu cerita menarik mengenai makam ini disebalik kedukaan umat Islam terhadap kewafatan baginda...

Ketika Rasullulah wafat, Baginda dikuburkan didalam kamarnya dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar yang sama, kemudian ketika Abu Bakar ra mendekati ajal beliau minta izin kepada Siti Aisyah agar dapat dikuburkan disamping sahabat yang  paling dicintainya itu dan Aisyah mengizinkannya seperti diketahui Abu Bakar adalah ayah dari Siti Aisyah, kemudian ketika Umar bin al-Khatab mendekati ajal, beliau juga minta izin Siti Aisyah untuk dikuburkan disamping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan disamping suami dan ayah yang sangat dicintainya, tetapi kerana rasa hormatnya kepada Umar bin al-Khatab maka Siti Aisyah juga mengizinkannya

Setelah Umar bin al-Khatab dikuburkan disamping Rasulullah, maka Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikuburkan di kamarnya begitulah mulianya Siti Aisyah, meskipun lelaki yang bukan mahramnya telah meninggal tetap saja Siti Aisyah tidak mahu menampakkan auratnya di depan kuburan Umar

Bagi saya, Raudhah ialah satu lambang penantian. Lambang perasaan cinta yang sangat mendalam. Maha Suci ALLAH. Kenapa saya mengandaikan sebegitu? Sebabnya, Di Raudhahlah Rasululllah selalu menanti waktu solat. Ya Rasulullah, kami merinduimu.

November 3, 2013

Unik: 34 gunung dan lokasinya di Sabah.

       

Salam semua, kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai keunikan di negeri bawah bayu. Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Selebes di sebelah selatan. Secara kasar, saiz negeri Sabah adalah sebesar saiz negara Ireland di Eropah. Ibukota negeri Sabah ialah Kota Kinabalu dan dahulunya dikenali sebagai Jesselton semasa zaman kolonialisme. Kota Kinabalu kini telah dinaiktarafkan kepada status bandaraya pada 2 Februari 2002.
       
      Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan semulajadi tetapi juga  dengan warisan budaya penduduknya. Sabah kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia  dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat boleh ditemui di Sabah. Terdapat  pelbagai spesies bunga lain seperti anggerik, periuk kera dan rhododendron.

    Keadaan geografi Sabah berbukit - bukau malah  bergunung-ganang yang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Terdapat juga gua yang boleh ditemui di hutan-hutannya. justeru, hari ini saya ingin membawa pembaca mengenai gunung-gunung yang terdapat di Sabah.

#MARI kita bersama-sama memuji dan bersyukur atas nikmat dan rahmat yang dikurniakan kepada kita oleh-Nya. 

1. Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia, mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut. Gunung Kinabalu merupakan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara. Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

2. Gunung Wakid adalah gunung yang tertinggi di kawasan daerah Tambunan. Gunung wakid terletak di kampung Sunsuron, Tambunan dan mempunyai ketinggian kira-kira 2,000 meter dan dikeliling hutan tebal yang menghijau. Daerah Tambunan merupakan satu tempat yang seakan-akan lembah sebab Tambunan dikelilingi oleh banjaran pergunungan di sebelah kiri dan sebelah kanan. 


3. Gunung Trusmadi yang juga terletak di Tambunan, Sabah merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu yang juga terletak di Sabah. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian setinggi 2,462 meter (8,669 kaki).Gunung Trusmadi mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan, contohnya Nepenthes macrophylla.


4. Gunung Ginivisan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tambunan di negeri Sabah, Malaysia. Tingginya 1,143 meter.

5. Gunung Harimau merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Harimau mempunyai ketinggian setinggi 1,067 meter.

6. Gunung Hatton merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam daerah Lahad Datu di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Hatton mempunyai ketinggian setinggi 648 meter. Gunung Hatton terletak dalam Taman Perlindungan Tabin.

7. Gunung Kauran merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Kauran mempunyai ketinggian setinggi 1,168 meter. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

8. Gunung Ambun mempunyai ketinggian setinggi 1006 meter,

9. Gunung Kuli merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Kuli mempunyai ketinggian setinggi 1,387 meter terletak di antara daerah Kota Kinabatangan dan Tongod, Sabah.

10. Gunung Ligan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Ligan mempunyai ketinggian setinggi 1,386 meter. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

11. Gunung Lotong yang terletak di Maliau Basin,, Sabah mempunyai ketinggian setinggi 1,664 meter (5,459 kaki). Gunung Lotong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

12. Gunung Lucia merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Lucia mempunyai ketinggian setinggi 1,201 meter.

13.Gunung Luis merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Luis mempunyai ketinggian setinggi 1,426 meter.

14.Gunung Lumutan merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Lumutan mempunyai ketinggian setinggi 1,318 meter.

15.Gunung Magdalena merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Magdalena mempunyai ketinggian setinggi 1,331 meter.

16.Gunung Maria merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Maria mempunyai ketinggian setinggi 1,067 meter.

17.Gunung Mostyn merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam daerah Kunak di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Mostyn mempunyai ketinggian setinggi 495 meter.

18.Gunung Paling-paling merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Paling-paling mempunyai ketinggian setinggi 885 meter.

19.Gunung Panampakan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tambunan di negeri Sabah, Malaysia. Tingginya 1,086 meter.

20.Gunung Pisagan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Pisagan mempunyai ketinggian setinggi 1,137 meter.

21.Gunung Pock merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Semporna di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Pock mempunyai ketinggian setinggi 488 meter.

22.Gunung Rinangisan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Rinangisan mempunyai ketinggian setinggi 1,326 meter. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

23.Gunung Sigalong merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Semporna di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Sigalong mempunyai ketinggian setinggi 457 meter.

24.Gunung Sigapon merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Sigapon mempunyai ketinggian setinggi 613 meter.

25.Gunung Silam merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam Kampung Lama, daerah Lahad Datu di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Silam mempunyai ketinggian setinggi 883 meter.

26.Gunung Tambuku merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tambuku mempunyai ketinggian setinggi 940 meter.

27.Gunung Tambuyukon yang terletak di Sabah mempunyai ketinggian setinggi 2,579 meter (8,462 kaki).Gunung Tambuyukon mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

28.Gunung Tampilat merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tampilat mempunyai ketinggian setinggi 963 meter.

29.Gunung Tannabalu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Pulau Timbun Mata, daerah Semporna, Sabah. Ketinggian gunung ini 596 meter.

30.Gunung Tinutudan merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tinitudan mempunyai ketinggian setinggi 1,469 meter. Gunung Tinutudan mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

31.Gunung Tribulation merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam Lembah Danum, Banjaran Brassey, daerah Lahad Datu di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tribulation mempunyai ketinggian setinggi 1287 meter.

32. Gunung Gaya merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Semporna di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Gaya mempunyai ketinggian setinggi 455 meter.

33. Gunung Bagahak ialah sebuah gunung yang terletak di Kampung Membati, daerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Tingginya 774 meter,

34.Gunung Wullerstort merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Wullerstort mempunyai ketinggian setinggi 762 meter.

November 2, 2013

Bukan Semua Orang di KL pentingkan diri sendiri.




Cerita aku bermula di tempat ini - Stesen LRT Universiti. 

       Ini 'cerita seorang aku'. Cerita yang mungkin tiada apa-apa nilai bagi kalian yang tidak memaknakan kisah yang aku alami sendiri ini dari sudut tafsiran makna dalaman. Kisah ini berlaku setahun lalu, masa itu aku hendak pergi ke KL Sentral untuk menguruskan penukaran tarikh tiket penerbangan yang aku pinda tarik dan masanya. Ketika itu merupaan bulan ramadhan al-mubarak. Bulan rhmat dan keampunan bagi seluruh umat Islam di dunia. Baiklah aku pendekkan cerita, sebab aklu yakin kalian semua lebih arif dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam bab-bab keagamaan mahupun duniawi. aku ni, apalah yang ada... cuma ilmu sekangkang kera. Huhu...

       Aku menunggu ketibaan LRT di tempat duduk yang disediakan. Selang beberapa minit, sebuah train tiba. Aku tidak menunggu lama. Aku segera bangkit dalam keadaan lemah-lemah manja(maklumlah, masa-masa kritikal) hehe. Aku segera masuk ke dalam. Fuhh! Macam tin sardin King Cup tu tidaklah, tapi memang Full House dan aku berdiri sahaja sambil berpaut di tempat yang disediakan.

       Agak lama juga aku membisu. Selepas train melepasi Stesen Kerinchi, hujung mataku seperti tertangkap kelibat lelaki di sebelahku yang asyik memandangku sedari tadi. Aku jadi rimas. Bukan apa, direnung begitu, aku jadi malu walaupun sesama lelaki. Aku  memberanikan diri menoleh ke sebelah kanan. Sah, seorang lelaki merenungku. Pandangan kami tertaut. Aku menguntumkan senyuman(walaupun senyuman aku tidak manis huhu), dia membalasnya. 

       Lelaki itu berjubah putih, seorang lagi rakannya yang juga berjubah putih tertidur(mungkin lelah sebab dia sudah agak berusia). Lelaki itu pun bertanya siapa nama, aku jawablah dengan jujur. Lepas tu dia perkenalkan dirinya(aku ingat-ingat lupa. Maklumlah cerita ini sudah setahun yang lepas dan sekarang aku baru tulis sebab aku takut terlupa lagi). Dia cakap dia mahu bermula nelajar ilmu keagamaan. Aku tersenyum memuji keazamannya yang tinggi. Selepas itu, dia mengejutkan rakannya yang tertidur di sebelahnya. Lelaki itu terjaga dan aku merenungnya, kami berbalas senyuman.

       Aku pantas mendekati mereka berdua dan mengunjukkan tangan untuk berjabat tanda persaudaraan. tanganku disambut lembut. Lelaki yang agak berusia itu bertanya, "APA KHABAR SYURGA?". Aku terkesima. Mungkin dia tahu aku Islam sebab bibirku kering pada masa itu yang menandakan aku berpuasa(Sebab, kebiasaannya kawan-kawan yang baru mengenaliku akan bertanya "MUSLIM" atau "NON MUSLIM". Bila aku jawab Muslim dan aku tanya kenapa, mereka kata mukaku macam NON MUSLIM - Aku hanya diam sahaja. ISLAM itu bukan pada warna kulit, pangkat, kekayaan, ketampanan atau kecantikan, tetapi hanya dibezakan oleh "IMAN dan TAQWA". 

       Berbalik kepada soalan itu. Ya ALLAH, soalan yang mudah dijawab tetapi memerlukan teknik berfikir yang tinggi beserta dengan kejujuran. Secara jujurnya, aku tidak tahu nak jawab apa. Sebab aku rasakan diri ini terlalu sedikit amal dan ibadah. Sebagai manusia biasa, Aku tidak tahu di mana tempat kembaliku kelak. Tapi aku meyakini bahawa ALLAH itu Tuhan yang Maha Pengasih. Keampunan-Nya mendahului Kemurkaan-Nya. InsyaAllah. 

       Selepas itu, aku pun jawab soalannya. Ringkas sahaja jawabanku "InsyaAllah baik-baik saja, cuma aku masih sentiasa mengharap keredhaan ALLAH." Seiring dengan itu aku menyedekahkan seulas senyuman. Lelaki itu segera menguntum senyuman dan memberitahu yang mereka berdua sebenarnya hendak ke Gombak(aku terlupa pula atas urusan apa). Dia bertanya lagi aku dari mana? Aku jawab spontan yang aku dari negeri di bawah bayu. Masih belajar tanyanya. "Ya, tengah belajar di IPG KBM." Ujarku dalam loghat Sabahan yang sedikit pekat hehe :D . Dia bertanya lagi kos apa? Aku jawab insyaAllah akan menyambung pekerjaan yang menjadi sunnah Rasulullah jawabku." Alhamdulillah, kerja cikgu amat mulia." jawabnya spontan. Aku hanya tersenyum.

       Sedar tak sedar, dikejutkan oleh suara operator yang diprogramkan di dalam LRT "Stesen seterusnya, KL Sentral." Aku tersentak. Sudah hampir sampai rupanya. Apabila train berhenti, aku segera berjabat tangan dengan mereka berdua. Aku sempat mencium tangan lelaki separuh abad yang tertidur tadi. Apa lagi, aku pandang ke kiri dan ke kanan, kami jadi tumpuan orang rupanya(tanpa kusedar huhu. Arghh, tak apalah) Aku segera keluar setelah aku ucapkan salam. Aku terus mencari kaunter MAS di bawah.

        Ya Allah, singkatnya pertemuan kami. semoga pertemuan itu singkat di dunia dan berpanjangan di akhirat. Yakni di syurga ALLAH. Amin. Aku turut mendoakan rahmat dan kebaikan untuk kalian semua juga. InsyaALlah. Semoga itu pertemuan rahmat. Sejujurnya, aku tidak pernah lagi bertegur sapa dengan orang yang aku tidak kenali secara mesra dan seumpama sudah lama kenal seperti hari itu. Alhamdulillah, persaudaraan itu sebahagian daripada iman.

Moral yang ALLAH tunjukkan:
- Senyuman itu satu sedekah yang mudah kita peroleh.
- Takdir ALLAH itu tidak siapa tahu.
- Hubungan persaudaraan itu satu tuntutan dalam Islam. Siapa yang memutuskan silaturahim, maka dia tidak    akan tergolong dalam umat Nabi Muhammad S.A.W.
- Menghormati semua orang.
- dan yang paling penting, jangan pentingkan diri sendiri walaupun berada di dalam 'Zon' masyarakat yang       suka pentingkan diri sendiri. Nauzubillah...

*Ini sahaja cerita seorang aku. Jumpa lagi...

       

October 29, 2013

Ketampanan Nabi Yusuf a.s

       Salam ukhwah fillah, hari ini saya ingin berkongsi mengenai ketampanan Nabi Yusuf a.s yang ALLAH episodkan melalui Kalam suci-Nya Al-Quran.

       Sebelum tu, saya nak tegaskan bahawa kisah Nabi Yusuf a.s ialah sebaik-baik kisah. Perjalanan hidup yang agung dan penuh simbolik. Surah Yusuf mempunyai 111 ayat. Surah Yusuf adalah surah yang ke 12 di dalam Al Quran, diturunkan setelah surah Hud. Surah ini diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Surah ini dinamakan surah Yusuf adalah kerana metitikberatkan isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf a.s. Riwayat tersebut adalah salah satu di antara cerita-cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai mukjizat .

        Surah Yusuf merupakan satu-satunya Surah yang tidak dicampuri dengan kisah-kisah lain dalam Al-Quran. Maksudnya, ALLAH sengaja mengkhaskan satu Surah ini untuk menunjukkan keistimewaannya. Malah, ALLAH sendiri mengakui dalam Al-Quran bahawa, Kisah hidup Nabi Yusuf ialah sebaik-baik kisah. ALLAH berfirman dalam Surah Yusuf ayat: 3 yang bermaksud: 
"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahikan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahi itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya."

         Maha Suci ALLAH. Betapa indahnya kisah Nabi Yusuf sehingga ALLAh sendiri yang mengakuinya. Tapi kenapa kisah baginda begitu indah? adakah melalui dasar percintaan dan sebaliknya? Bagi pendapat saya, kisah baginda ialah sebaik-baik kisah disebabkan atas dasar perjalanan hidupnya. Penuh dugaan, malah perjalanan hidup baginda sangat berliku. kenapa? Sebabnya, kehidupan baginda dimulakan dengan satu peristiwa pahit yang mana saudara-saudara kandungnya telah membuangnya di sebuah perigi, lalu ALLAH beri hikmah dengan mempertemukan Yusuf dengan sekumpulan musafir yang secara kebetulan melalui kawasan itu dan dijual kepada seorang Raja. SubahanAllah.

          Persoalannya, Bagaimanakah ketampanan Nabi Yusuf a.s? 
Maha Suci ALLAH, Hanya Dia yang mengetahuinya. Tetapi menurut Kalam ALLAH, ketampanannya sangat mempesonakan sehingga isteri seorang Raja yang hartawan dan rupawan begitu menggilai Nabi Yusuf a.s iaitu Siti Zulaikha. Sehingga satu peristiwa pahit yang mengheret Nabi Yusuf ke penjara iaitu fitnah bahawa Nabi Yusuf mencuba untuk menggoda Siti Zulaikha. Selepas itu, Siti Zulaikha menjadi bualan para wanita di kota itu. Lantas Zulaikha mengundang para gadis yang mengatanya dengan memberikan pisau tajam dan buah epal. Lalu diseru nama Nabi Yusuf agar keluar menemui mereka.

      Maha Suci ALLAH, para gadis itu menghiris jari-jemari mereka dengan pisau itu tanpa disedari kesakitan itu tatkala menatap keelokan paras wajah baginda. Maksudnya, Paras wajah baginda sahaja mampu melenyapkan kesakitan atas izin ALLAH. apatah lagi mendengar suaranya berbisik, sudah tentunya teramat menyenangkan halwa telinga. Pernah diceritakan oleh seorang Ustaz yakni guru saya semasa di SMK Pinggan-Pinggan, Pitas dahulu, namanya Ustaz Zamzuri. Beliau pernah memberitahu bahawa ada riwayat mengatakan bahawa "Ketampanan Nabi Yusuf a.s begitu hebat, sehingga seekor burung yang sedang terbang akan terhenti terbang tatkala terpandang Nabi ALLAH itu." Maha Suci ALLAH, sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mangetahui sesuatu yang tersembunyi. Wallahualam.
#Kesimpulannya, ketampanan wajah Nabi Yusuf sukar untuk digambarkan kalau jari yang terhiris oleh pisau pun tidak terasa. Walau begitu, ketampanan Nabi Yusuf tidak dapat menandingi ketampanan wajah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Yusuf a.s diuji dengan ketampanan yang ALLAH anugerahkan kepadanya. Manakala Nabi Muhammad S.A.W diuji dengan cara yang lain, walaupun baginda teramat tampan. Wallahualam. Hanya ALLAH Taala sahaja yang Maha Mengetahui. 


October 21, 2013

Dracula bukan Pontianak! Dracula ialah Tentera Salib!




Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat. Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen. Bermula dari novel karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden.


Dalam buku berjudul “Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna



kisah Dracula sebenarnya merupakan pembesar Wallachia , berketurunan Vlad Dracul.


Istana Drakula, pemerintah Romania - Transylvania

Dalam huraian Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh dilepaskan menjelang tempoh akhir Perang Salib. Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottomaniahsebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristien, dimana peperangan ini semakin sengit.

Kedua – dua kerajaan tersebut berusaha merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik Eropah mahupun Asia . Puncak peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottomaniah.

Dalam peristiwa Perang Salib, Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan terhadap umat Islam. Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam. Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang sangat biadab dan kejam, iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula.

Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan. Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkong, atau kepala.Hyphatia mengatakan dalam bukunya :


“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut seolah robot yang telah dipogram. Penyulaan disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu. Mereka, umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”


Tidak hanya orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa penyulaan, tapi juga bayi. Hyphatia memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai berikut:


“Bayi-bayi yang disula tak sempat menangis kerana mereka kesakitan yang amat apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di kayu sula untuk menjemput ajal.”


Kekejaman seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua sebab. Pertama, pembunuhan beramai – ramai yang dilakukan Dracula terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib.

Negara – negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib, tidak mahu tercoreng wajahnya. Mereka yang mengutuk dan menentang pembunuhan beramai – ramai oleh Hilter dan Pol Pot, enggan membuka pekung mereka sendiri. Perkaraini sudah menjadi tabiat Barat yang selalu ingin nampak seperti Hero.

Kedua, Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib. Walaubagaimana kejamnya Dracula pun, tetapi dia akan selalu dilindungi nama baiknya. Dan, sehingga saat ini di Romania , Dracula masih dianggap pahlawan. Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan – pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan kelemahannya.

Untuk menutup kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula. Mereka berusaha agar sejarah jati diri Dracula yang sebenarnya tidak terkuak. Dan, harus diakui bahawa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi fiksyen ini cukup berhasil.




Ukuran keberhasilan ini dapat dilihat dengan banyak masyarakat, khususnya umat Islam sendiri yang mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula. Masyarakat umum hanya mengetahui bahawa Dracula adalah merupakan lagenda vampire (pontianak) yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah sebenarnya.

Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula. Seperti yang telah diketahui umum bahawa penggambaran Dracula yang telah menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, iaitu bawang putih dan salib.

Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan boleh dikalahkan. Menurut Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka.




Sultan Mahmud II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam. Sultan ini merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, adalah insan yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danua Snagov. Namun barat berusaha memutar belit fakta ini .

Mereka berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka diciptakan sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib. Tujuan hendak mengaburkan peranan Sultan Mahmud II juga sekaligus untuk menunjukkan bahawa merekalah yang paling hebat, yang boleh mengalahkan Dracula si Haus Darah.

Komputer Tertua di Dunia seberat 2.5 Tan!

Harwell Dekatron ialah merupakan komputer digital tertua di dunia kini di pamerkan di Muzium Nasional Komputer di Birmigham, Britain. Komputer yang mempunyai berat sebanyak 2.5 tan ini berjaya di hidupkan semula selepas usaha baik pulih yang memakan masa hampir 3 tahun.

Harwell Dekatron merupakan komputer super yang di gunakan pada tahun 1950-an bagi menyokong program penyelidikan tenaga atom di United Kingdom. Komputer gergasi ini di temui secara tidak sengaja di sebuah gudang selepas 15 tahun di biarkan terbiar.
Reka bentuk dan pembinaan komputer ini dibina pada 1949 bagi kegunaan saintis yang bekerja di pusat penyelidikan tenaga atom di Harwell, Oxfordshire. Awalnya, komputer ini dicipta untuk meringankan tugas pengiraan secara elektrik yang sebelumnya dilakukan dengan mesin.
Usaha pembaikan komputer ini di ketuai oleh Delwyn Holrod yang mengakui komputer ini terlalu uzur dan kotor tetapi dari sudut fizikal komputer ini tidak mengalami banyak kerosakan.
95 peratus penambahbaikan di gunakan daripada komponen komputer ini sendiri termasuk 480 relay dan 828 tabung Dekatron yang masih berfungsi.
Kini dengan segala penambahbaikan Harwell Dakatron ,komputer tertua di dunia boleh berfungsi dan beroperasi seperti biasa.








Sumber : US Teknologi News

October 20, 2013

Borak Buku bersama Ramlee Awang Murshid

Gambar kenangan bersama Ramlee Awang Murshid - 20/10/2013

Karnival Karangkraf pada 28 Januari 2012. Posing kami tetap sama dgn gambar yg kami ambil hujung tahun 2013 ni haha :D

       Alhamdulillah, baru tadi saya menghadiri satu Program santai Borak Buku bersama Penulis Thriller No. 1 Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid(Abg RAM hehe). Kali ini, buku yang kami bincangkan adalah Resepi Dari Kubur karya Ahadiat Ashari yang bertempat di The Cofee Bean & Leaf, KL Sentral. 

       Topik perbualan? tentulah mengenai buku(novel) hehe... perbualan kami menjurus kepada novelis yang lain seperti Zaifuzaman Ahmad yang mengetehgahkan tema seram dan mistik. Novel RAM pd masa akan datang InsyaALLAH bertajuk Raudhah(Love Story), SUNAN (2015 katanya) dan satu lagi... saya tak ingat sangat, tapi temanya seram!!! 

Mengenai penulisan novel, ni ada sedikit teknik yang sedari dulu saya ceduk ilmu dari dia:
- Teknik Bomb(bukan nk letupkan buku tu, tp lbh kurang mcam kita bentang masalah di awal bab dan mulakan siasatan)
- Teknik hook/kail(pancing pembacaan pembaca)
- Teknik flash back(ni biasalah kan?)
- teknik Imbas muka( ni pn sama, dh biasa)
- Teknik Suspen
- Teknik Question mark( ni yang paling penting - kita buatkan pembaca tu tertanya2 dengan persoalan)