March 30, 2016

Review Movie Batman vs Superman!!!


Batman vs Superman
Down Of Justice


Hai,
Agak lama rasanya tidak update blog ni. Biasalah kalau musim sibuk ni, banyak komitmen lain yang perlu disiapkan. Kerja di sekolah... menulis novel terbaharu(Ehem, tajuknya biar rahsia dulu. Sekuel Petaka Nyawa iaitu Waris Sang Petaka, saya dah hantar dengan editor).

Okay, straight to the point sajalah. Hari ni, saja nak update review filem Batman vs Superman. Hmm, secara jujurnya, RJ ni memang agak kurang minat dengan watak "Superman" - tak tahulah kenapa! RJ buat review ni pun sebab minat watak Batman. Kenapa RJ minat watak Batman? Sebab watak Batman ni bagi RJ banyak memberikan inspirasi dan kekuatan untuk 'Move On' dalam semua hal.

Cerita ni not bad. RJ suka konsep cerita. Kesan khas yang hebat. Secara jujurnya, filem ini hanya menghidangkan tentang sengketa individu. Batman dan Superman bermusuh pada awalnya disebabkan oleh kepentingan diri masing-masing. Masing-masing dianggap hero, dan dianggap pula sebagai pembawa kemusnahan!!! Acener tu? :D

Benda yang paling RJ suka ialah pembawaan watak dan view filem ini. Dan yang paling RJ tidak puas hati (haha ) sebab pelakon Batman ni ialah Ben Affleck.  Agak tidak seronok, sebab saya mengikuti siri Batman : The Begin, Batman : The Dark Knight, dan Batman : The Dark Knight Rises. Pelakonnya Christian Bale sebagai Bruce Wayne.  Satu lagi, RJ minat producer filem asal Batman iaitu Christopher Nolan! He is a briliant man! Bijak dan otak geliga kalau buat filem!

SPOILER!!! - Skip baca kalau taknak kena spoiler. Takdalah nak buat spoiler sangat, hihi...

#Dan saja nak beritahu, filem ni sad ending. Eyalah, bagi RJ, watak Superman ni terlalu sempurna. Terlalu kuat! Macam tidak best tengok. Sebab tiada challange hehe...

Tapi....
Ada satu dialog Batman dalam filem ini yang RJ terlalu suka... dialog ni Batman(Bruce Wayne) bertanya kepada Superman(Clark)... Superman tak jawab... dan Batman sendiri yang jawab dengan penuh keyakinan.

"You can bleeding?" - "Awak boleh berdarah?"

Scene ni Superman halang Batman daripada merampas batu hijau yang boleh menciptakan makhluk kuno yang susah nak dibunuh! Batman macam hampir dibunuh oleh Superman. Superman melepaskan Batman. Sebelum tu, kereta kebal Batman tu melanggar Superman, dan kereta Batman total lost(bayangkan betapa kebalnya badan superman haha)

Lepas tu Superman blah macam tu saja tanpa menjawab pertanyaan Batman. Dan akhirnya Batman jawab sendiri...

"Of course," - Sudah tentu," 

Nice question... and answer hehe...

"You can bleeding?" - "Awak boleh berdarah?"

"Of course," - Sudah tentu," 

Batman - You gave me so many inspiration in my life!!!

Rating???
Keseluruhan = 7.5/10
Batman = 9/10
Superman = 6.5/10

~RJ~