May 10, 2013

~Photoshoot Di Sebalik Tabir Film-Film Terhebat~

~Photoshoot Di Sebalik Tabir Film-Film Terhebat~

"The Lord of the Rings." pengarah Peter Jackson dan pelakon Ian McKellen



"Some Like It Hot"



"Jurassic Park"



"Robocop"



"Superman"



"The Silence of the Lambs."



"Transformers"



"The Matrix. Reloading "



"Jaws"



"Titanic." Gambar pengarah James Cameron dengan pelakon





"Alien"





"Gold Rush"Charlie Chaplin, 1925



"Indiana Jones"



"Avatar"



"The Beginning"



"Terminator 3"


Sumber - http://kartikel.com

May 7, 2013

Negara-Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi


Negara-Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi



Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .

Abyssinia
Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 2

Austria - Hungary
Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .

Basutoland
Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966

Bengal
Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .

Burma
Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .

Catalonia
Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .

Ceylon
Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972

Champa
Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.

Corsica
Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .

Czechoslovakia
Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.

Jerman Timur & Jerman Barat
Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .

Pakistan Timur

Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.

Gran Colombia
Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.

Hawaii
Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.

New Granada
Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)

Yaman Utara & Yaman Selatan
Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.

Empayar Uthmaniyyah
Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.

Persia
Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .

Prussia
Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .

Rhodesia

Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .

Siam
Menjadi Thailand pada tahun 1939.

Sikkim
Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.

Vietnam Selatan
Wujud sekitar 1954 - 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .

Southwest Afrika
Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.

Taiwan
Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.

Tanganyika dan Zanziba
2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.

Texas
Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.

Tibet
Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang

Transjordan
Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946

USSR
Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

Urjanchai Republic
Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .

Vermont
Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.

West Florida
Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.

Western Samoa
Menjadi Samoa pada 1998.

Yugoslavia

Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.

Zaire
Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.

p/s : Israel jahanam tu bile nak lenyap? opps.. lupe lak Israel bukan negara..kan kan kan

Tangga Bergerak Di Dalam Kampung


Tangga Bergerak Di Dalam Kampung

Mesti korang selalu guna tangga bergerak ni kan? terutamanya di pasaraya- pasaraya besar dan sebagainya, tapi pernah tak korang tengok tangga bergerak atau escalator di tengah-tengah pekan atau kampung? cuba tengok gambar ni..






haa, memang pelik kan? tapi inilah realitinya di Colombia, di sebuah perkampungan setinggan di atas bukit telah di bina tangga bergerak atau escalator.


Dikatakan mereka telah menggantikan lebih daripada 350 anak tangga konkrit. Pegawai-pegawai berkata bahawa penggunaan mereka akan mengurangkan kenaikan 35 minit menuruni cerun hingga enam minit.

~5 Pantai Paling Bahaya Di Dunia~


~5 Pantai Paling Bahaya Di Dunia~

Kawasan pantai sering menjadi tumpuan bagi mereka yang ingankan percutian aman damai dan jauh dari kesibukkan kota.
Iyalah lebih-lebih lagi apabila kawasan pantai itu mepunyai pasir putih dan air laut hijau kebiruan.
Namun tahukah anda terdapat beberapa pantai yang tidak selamat untuk dilawati?
Berikut merupakan 5 pantai yang paling bahaya di dunia.

1. Pantai Gulf, California


Pantai ini nampak cantik dengan pasir yang putih kan? Tapi jangan terpedaya dengan kecantikan pulau ini. Ini kerana pulau ini sebenarnya adalah habitat ular yang paling berbisa di Amerika Syarikat. Bisa ular ini mampu membunuh orang dewasa dalam masa kurang dari 2 jam.

2. Pantai Amazon, Amerika Selatan


Pantai ini merupakan habitat haiwan pemangsa yang berbahaya seperti piranha. Jangan sekali-sekali cuba berenang di sini ketika musim kemarau kerana anda berpotensi menjadi mangsa ikan piranha yang kelaparan.


3. Pantai Bolinas, California


Pantai ini merupakan syurga bagi peluncur. Walaubagaimanapun, para peluncur harus mengambil langkah berhati-hati kerana terdapat banyak ikan yu di pantai ini. Para peluncur dinasihatkan untuk tidak turun ke pantai pada waktu malam dan memakai sebarang perhiasan yang berkilat. Wanita yang sedang uzur juga tidak digalakan mandi di kawasan pantai ini.


4. Pantai Hanakapiai, Hawaii


Pantai ini mungkin kelihatan seperti sebuah tempat riadah yang menyeronokkan kerana kecantikan pasir dan lautnya. Namun pada hakikatnya banyak nyawa yang terkorban di pantai ini akibat ombak pantai dan arus yang kuat.


5. Pantai Pulau Shired, Florida


Pantai yang terletak di Florida, Amerika Syarikat ini merupakan pantai yang tercemar di negara tersebut. Sekiranya anda mandi di situ, kemungkinan besar anda akan mengalami iritasi kulit, meningitis, hepatitis dan masalah perut.

Kiamat Diramal Akan Berlaku Pada Tahun 5079, Berikut Adalah Kronologinya


 Kiamat Diramal Akan Berlaku Pada Tahun 5079, Berikut Adalah Kronologinya

MasyaALLAH~~~Admin terjumpa satu artikel ni. Bagi orang-orang Islam, kita dilarang mempercayainya. Kiamat itu adalah rahsia dan hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui. Sekadar perkongsian. InsyaAllah-Wan.


Siapakah manusia yang sangat berani meramalkan sesuatu yang besar seperti ini..? Dia adalah Nabiah Baba Vanga yang selalu meramalkan apa yang akan terjadi kepada dunia dalam tempoh 3000 tahun akan datang.

Vanga (Vangelia) Pandeva lahir pada 31 Januari 1911 dan menghabiskan hidupnya menetap di Bulgaria sampai lah dia meninggal dunia pada 11 Ogos 1996. Dia kehilangan penglihatannya ketika berusia 12 tahun ketika itu dia telah dibawa oleh tornado. Dia telah ditemui hidup dengan pasir di matanya, sehingga menyebabkan ianya buta. Vanga mula membuat ramalan ketika dia berusia 16 tahun. Dia menjadi sangat terkenal kerana kurnia yang diperolehinya banyak yang tepat. Banyak pemimpin negara termasuk Hitler mengunjunginya.

Ramalan Vanga yang paling mengejutkan dan sudah terbukti adalah:

*Pada permulaan abad, pada bulan Ogos 1999 atau 2000, Kursk akan ditutupi dengan air, dan seluruh dunia akan menangis di atasnya.

Ramalan yang tidak masuk akal saat itu. Awalnya ramai yang tidak percaya sehingga akhirnya dua puluh tahun kemudian, ketika kapal selam nuklear Russia tenggelam dalam kemalangan pada bulan
Ogos 2000. Kapal selam itu bernama Kursk. Kursk adalah nama kepada sebuah bandar (menjadi nama kapal tersebut).

*Kembar Amerika akan jatuh setelah diserang oleh burung-burung besi. Serigala akan melolong dalam semak (Bush), dan banyak orang tidak berdosa menjadi mangsa.

Terjadi seperti yang dianggarkan. World Trade Center Towers di New York runtuh selepas serangan pengganas pada 11 September 2001. WTC Towers itu digelar Para pengganas menghantar penumpang pesawat burung besi kedalam menara (bush)jelas berkaitan dengan nama keluarga presiden AS ketika itu.

Itu adalah 2 ramalan Vanga yang benar 100%. Anda hendak percaya atau tidak atau mungkin menjadi paranoid? Faktanya adalah tiada siapa yang tahu adakah semua yang diramalkan di bawah ini akan menjadi kenyataan atau tidak, kita lihat sahaja lah perkembangan dan kenyataanya.

Antar ramalan-ramalan Vanga di masa depan:

Tahun 2011: Diturunkan hujan radioaktif di sebelah utara bumi, tiada haiwan atau tumbuh-tumbuhan akan tertinggal.

Tahun 2014: Sebahagian besar orang di dunia ini akan mempunyai kanser kulit dan penyakit seumpamanya, akibat daripada perang kimia.

Tahun 2016: Eropah hampir tiada orang yang akan tinggal di sana.

Tahun 2018: china akan menjadi kuasa besar baru selepas perang. Pengeksploitasi akan menjadi yang dieksploitasi.

Tahun 2023: orbit Bumi akan berubah.

Tahun 2025: Eropah hampir tiada penduduk.

Tahun 2028: Satu sumber tenaga baru akan ditemui. Ini akan mengatasi masalah kebuluran di dunia. Penerbangan angkasa oleh manusia Ke planet Zuhrah.

Tahun 2033: paras air dunia akan meningkat kerana kawasan kutub mencair.

Tahun2043: Orang-orang Islam akan berhijrah Eropah.

Tahun 2046: Satu penemuan baru dalam sejarah perubatan. Semua organ-organ badan boleh diterbitkan semula, menjadi kaedah yang paling mudah dan paling popular dalam perubatan.

Tahun 2066: Amerika Syarikat menggunakan senjata baru yang mengubah iklim (Pembekuan segera).

Tahun 2076: Komunisme mengambil alih dunia. Terdapat tiada kelas masyarakat.

Tahun 2084: Pemulihan Alam Semula Jadi. Dunia akan mencapai pencemaran yang paling rendah.

Tahun 2088: Penyakit baru – penyakit menjadi tua dengan pantas (manusia) menjadi tua dalam beberapa saat.

Tahun 2097: Penemuan penawar kepada penyakit cepat tua.

Tahun 2100: Manusia mencipta matahari tiruan sebagai lampu untuk menerangi bahagian gelap planet bumi. Cahaya 24 jam sehari.

Tahun 2111: Manusia akan disepadukan dengan robot. Seperti androids.

Tahun 2123: Perang di antara negara-negara kecil. Negara-negara besar tidak campur tangan.

Tahun 2125: Isyarat dari Angkasa akan diterima di Hungary. Manusia mula berkomunikasi dengan tetamu tambahan Terrestrials.

Tahun 2130: Dengan bantuan makhluk asing, tamadun akan hidup di bawah air.

Tahun 2164: Haiwan separuh manusia.

Tahun 2167: Muncul agama baru.

Tahun 2170: kemarau yang teruk.

Tahun 2183: Sebuah tanah jajahan di Marikh akan menjadi kuasa nuklear dan meminta kemerdekaan dari Bumi. (Seperti Amerika Syarikat meminta dari England.)

Tahun 2187: 2 letusan gunung berapi yang besar akan berjaya dihentikan.

Tahun 2195: koloni laut akan mempunyai tenaga dan makanan.

Tahun 2196: Asia dan Eropah akan bercampur-campur. Tiada perbezaan warna kulit.

Tahun 2201: Suhu menurun sebagai proses termonuklear matahari secara perlahan-lahan.

Tahun 2221: Dalam mencari kehidupan lain tambahan daratan, manusia akan menemukan sesuatu yang dasyat.

Tahun 2256: kapal angkasa akan membawa penyakit baru ke Bumi.

Tahun 2262: Planet perlahan-lahan akan menukar orbit. Marikh akan terancam oleh sebuah komet.

Tahun 2271: Hukum Fizik berubah.

Tahun 2273: kaum Putih, hitam dan kuning akan membentuk satu bangsa yang baru.

Tahun 2279: Kuasa akan diperolehi daripada tiada. (Mungkin vakum atau lubang hitam.)

Tahun 2288: Manusia menemukan jalan ke masa lalu.

Tahun 2291: Matahari menjadi semakin sejuk. Percubaan akan dibuat untuk menjadikan ia panas kembali.

Tahun 2296: letupan kuat di bawah cahaya matahari. Kuasa-kuasa graviti akan berubah. Stesen angkasa Lama dan satelit akan jatuh.

Tahun 2299: Di Perancis, sebuah gerakan penentangan akan bangkit menentang Islam.

Tahun 2302: Manusia menemukan undang-undang yang penting dan rahsia alam semesta.

Tahun 2304: Rahsia Bulan juga didedahkan.

Tahun 2341: Sesuatu yang dahsyat akan mendekati Bumi daripada angkasa.

Tahun 2354: Suatu kemalangan pada matahari tiruan akan menyebabkan kemarau.

Tahun 2371: Dunia kelaparan.

Tahun 2378: Satu bangsa yang baru dan yang berkembang pesat.

Tahun 2480: 2 matahari tiruan (buatan manusia) matahari akan berlanggar dan meninggalkan bumi dalam kegelapan.

Tahun 3005: perang ke atas Marikh akan mengubah trajektori planet.

Tahun 3010: komet akan melanggar bulan. Bumi akan dikelilingi oleh gelang batu dan abu.

Tahun 3797: Pada masa ini, segala-galanya di bumi akan mati Walau bagaimanapun, tamadun manusia akan maju cukup untuk bergerak ke sistem bintang baru.

Tahun 3803: Sebuah planet baru penduduk demi sedikit. Sedikit kenalan di antara manusia. Iklim planet baru mempengaruhi organisma orang – mereka bermutasi.

Tahun 3805: Perang antara manusia untuk sumber. Lebih separuh orang meninggal dunia.

Tahun 3815: Peperangan ini berakhir.

Tahun 3854: Perkembangan peradapan hampir berhenti.

Tahun 4302: bandar-bandar baru berkembang di dunia. New Church menggalakkan pembangunan teknologi baru dan sains.

Tahun 4302: Pembangunan sains. Saintis menemui kesan keseluruhan semua penyakit dalam tingkah laku organisma.

Tahun 4304: Menemui cara untuk merawat apa-apa penyakit.

Tahun 4308: Disebabkan oleh orang mutasi pada awal lepas untuk menggunakan otak mereka lebih daripada 34%. Sepenuhnya kehilangan idea kejahatan dan kebencian.

Tahun 4509: Memahami tuhan

Tahun 4599: Orang yang mencapai keabadian.

Tahun 4674: Pembangunan tamadun telah mencapai kemuncaknya. Bilangan penduduk yang tinggal di planet-planet yang berbeza kira-kira 340 bilion. Asimilasi bermula dengan makhluk asing.

Tahun 5076: Menemui sempadan alam semesta.

Tahun 5078: keputusan untuk keluar dari sempadan alam semesta. Walaupun kira-kira 40 peratus daripada penduduk menentangnya.

Tahun 5079: Akhir Dunia Manusia.

Tahun Peringatan:

Agama islam melarang mempercayai sebarang ramalan yang boleh merosakan akidah lalu menjurus kepada syirik.

Gambar Lama Pembinaan London Tower Bridge


Gambar Lama Pembinaan London Tower Bridge

Siapa yang tak kenal London Tower Bridge?
Jambatan ni adalah antara jambatan yang paling femes di England dan telah menjadi landmark utama dan tarikan para pelancong di London.
Tapi korang pernah tak tengok gambar masa pembinaan jambatan ni dulu? Layan gambar kat bawah..
































Restoran McDonald Pertama Di Dunia


Restoran McDonald Pertama Di Dunia


Selama ni kita asyik keluar masuk di McD je,.. :D



 



Straight to the point, restoran McD pertama di dnuia ialah di San Bernardino yang dibuka pada tahun 1940. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang McDonald, baca info dibawah.





Diasaskan oleh 2 beradik Richard "Dick" J. McDonald and Maurice "Mac" McDonald yang berasal dari Manchester, New Hamsphire. Mereka berketurunan Irish

Mereka bermula dengan membuka sebuah gerai menjual hot-dog yang dipanggil Airdrome di Monrovia, California pada tahun 1937.





Hasil daripada keuntungan di Airdrome, dua beradik ini bersama bapa mereka, Patrick Macdonald kemudiannya membuka sebuah restoran barbeku drive-in pada tahun 1940 di San Bernardino, California

Untuk lebih spesifik, restoren ini dibuka pada tanggal 15 May 1940 di Route 66, dekat 14th and E St.

Ini merupakan restoran McD pertama mereka yang mengaut keuntungan $366.12 pada hari pertama pembukaannya.

Sebanyak 25 menu makanan dihidangkan, kebanyakannya makanan jenis barbeku. Manakala seramai 20 orang pekerja diperlukan untuk mengurus operasi restoren.

Siapa sangka, daripada hanya sebuah gerai menjual hot-dog di tepi jalan, kini terdapat lebih daripada 30 ribu restoran McD diseluruh dunia!














13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh a.s


13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh a.s



Berikut ialah sedikit info mengenai Nabi Nuh a.s dan Bahtera yang dibina olehnya. Dalam kisah-kisah para anbia yang selalu kita baca, Allah memerintahkan Nabi Nuh a.s untuk membuat bahtera. Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh a.s mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang di tanam selama 40 tahun. Melalui wahyu-Nya, Allah SWT membimbing Nabi Nuh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan ribut taufan dan banjir besar. Bahtera yang dibina Nabi Nuh a.s juga dikatakan telah memegang beberapa rekod dunia, seperti berikut..

1. Nabi Nuh Merupakan Nahkoda Tertua Di Dunia (berusia 600 thn).
- Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.

2. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.
- Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.

3. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia.
- Allah mengajar Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia

4. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.
- Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.

5. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat).
- Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.

6. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut.
- Menurut Al Quraan, bahtera Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).

7. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia.
- Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.

8. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas
- Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian (buku pertama di dalam AlKitab dan Taurat) menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

9. Bahtera Nabi Nuh Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut.
- Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.

10. Bahtera Nabi Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia.
- Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) disebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.

11. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia.
- Nuh memiliki 4 anak laki-laki: Kan'an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.

12. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung.
- Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7.546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi diatasnya.

13. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia.
- Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.

p/s: Wallahualam . . .