September 17, 2014

Rahsia lirik lagu Al-Haq (Mawi ft Ac Mizal)




                                                       Al-Haq : Dato Ac Mizal ft Mawi AF

Assalamualaikum semua, rasanya blog ini tidak diupdate hampir sebulan hehe. Biasalah, sibuk dengan praktikal di Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar, Klang (Sibuk dengan hal-hal dunialah katakan hehe)dan penulisan projek novel yang Alaf 21 request. Novel ini merupakan gabungan empat novelis thriller dan seram iaitu saya(Riduan Judin hehe), Ramlee Awang Murshid(Siapa tak kenalkan), Jessy Mojuru, dan Zharulnizam Shah Z.A. Sebuah novel bertemakan MISTIK. Nantikan kemunculannya Januari 2015 ini. Sudah semestinya lain daripada yang lain hehe.

Baik, tinggalkan hal duniawi tu. Mari kita beralih kepada fokus utama entry saya kali ini yang lebih kepada ukhrawi / syurgawi. Pernah dengar lagu AL-HAQ tak? Gandingan mantap antara Mawi dan Dato Ac Mizal. Jujur, lagu ini slaah satu lagu kegemaran saya. Bila diamati bait-bait lagunya, memang menusuk di jiwa. Tetapi, apa yang saya nak jelaskan di sini ialah, mengenai satu rahsia di sebalik lagu ini.

Sebenarnya, ia satu doa Bismillah berbentuk zikir agung yang sangat baik untuk amalan seharian... jom baca di bawah----> Lagi feel kalau sambil tengok lirik, sambil dengar lagu(serius)




MISTERI LAGU AL-HAQ 
(Mawi dan Dato AC Mizal)

Di dalam liriknya terdapat satu doa yang bagus untuk diamalkan.
"Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi" 
(Ya Allah, peliharalah diriku dan rohku)
"Bismillahi Jibril" 
(Dengan nama Allah, Jibril)
"Fi Yamini" 
(Pada kananku)
"Bismillahi Mikail" 
(Dengan nama Allah, Mikail)
"Fi Shimali" 
(Pada kiriku)
"Bismillahi Israfil"
(Dengan nama Allah, Israfil)
"Fi Amami"
(Pada hadapanku)
"Bismillahi Izrail" 
(Dengan nama Allah, Izrail) 


*Ianya dikenali sebagai Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah.
Antara kelebihannya adalah sebagai doa pelindung daripada syaitan dan hasad dengki.


Ya ALLAH, masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu dan redhailah umur kami serta ahli keluarga kami dan semua mukmin dan mukminat. Say Alhamdulillah...



4 comments:

  1. dh lama dengar tapi x pnah nk tengok lirik lagu ni.. sejak akhir2 ni baru tercari2 apa yg special tentang lagu ni.. nice sharing, RJ ^^

    ReplyDelete
  2. aya pun macam tu, dah lama dengar tapi baru perasan bait-bait liriknya. Memang terus dengar berulang kali. Memang nice hehe, sama-sama :)

    ReplyDelete
  3. Sejak tengok Munafik 2 asyik berlegar-legar dalam kepala apa maksud doa ni. I thought that it was doa pemurah rezeki, rupanya doa minta perlindungan :) thanks for the good sharing :)

    ReplyDelete