November 13, 2013

Puasa Asyura

InsyaAllah akan berpuas hari Asyura hari ini dan esok(13/11/13=10 dan 11 muharram). fadhilatnya ialah dapat menghapuskan dosa kita setahun yang lalu. Dengan izn Allah. Niat : “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

November 10, 2013

Nikmat Habis Exam - mood cuti!


Alhamdulillah, baru lapang rasanya hati selepas berjaya menghabiskan paper sebentar tadi(10/11/13). Bukan apa, biasalah kehidupan sebagai student nie, kalah-kalah kesibukan Perdana Menteri tu ( Haha :D ). Kepenatan tu memang kaw2(orang cakap). Apa-apa pun yang berlalu biarlah sudah(kalau perlu flashback balik baru ingat huhu). 

Lepas ni bercuti selama seblan lebih. So have a nice long journey, travel to Borneo Island and come back to Kuala Lumpur on january - next year. BTW, sebelum pulang, ada satu perkara yang saya paling buat saya pening kalau mahu balik KG. Kalau setakat packing baju-baju tu okay lagi, tapi kalau kemas satu bilik dan masukkan di dalam stor, rasa macam kepala ni berguguran rambut huhu. 

Apa-apa pun, selamat bercuti kepada kawan-kawan. Jaga diri, jaga iman, dan jaga keselamatan. Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang berfaedah. Wasalam :)

November 8, 2013

Runtuh Hati Melalui 'Doa' - Ajaibnya Kuasa Dalam Doa

“ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” [Al-Baqarah2 :186]

*Ajaibnya hdup dengan doa. Ajaib! Benar-benar ajaib. Pernahkah kita terfikir di masa lalu ketika kita berada di dalam satu situasi masalah yang kita fikir pada masa itu, kita tidak akan dapat keluar lagi daripada masalah itu. Lalu kita menadah tangan dan berdoa "Ya ALLAH, Engkau berikanlah petunjuk dan kelapangan bagiku." Lalu ALLAH berikan kita jalan penyelesaian dan kita terkeluar daripada masalah itu. Banyak sekali situasi getir dalam hidup kita lalu diiringi dengan doa. Walhal, seumur hidup kita, banyak sekali ungkapan kalam hati kita kepada Tuhan yang berbentuk doa dan kita telahpun melupakan sebahagian besar daripada apa yang kita pernah minta dalam doa itu. SubahanAllah.

Doa senjata Mukmin. Itu yang biasa kita dengar dan ramai mengakuinya. Tetapi malangnya  amat sedikit yang meyakininya. Allah SWT telah berfirman dalam surah Ghafir (al-Mukmin), ayat 60 yang bermaksud: Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina

Maka, apabila Dia berjanji, letakkan keyakinan dihati bahawa sudah pasti akan dikotakan janji tersebut. Ada pula yang bertanya, bukankah Allah Maha Mengetahui. Dia mengetahui setiap sesuatu yang terdetik dalam hati-hati hamba-Nya. Jadi, mengapa perlu berdoa?

“Berdoa adalah luahan rasa kehambaan terhadap Allah. Dengan berdoa, kita menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT. Menunjukkan kita memerlukan pertolongan-Nya dalam menjalani kehidupan. Menyedarkan kedudukan kita sebagai hamba yang hanya meminjam nikmat-Nya,”

Apabila disebut doa, maka simbol dan isyarat selalunya digandingkan dengan menadah tangan. Hal ini satu tanda bagaimana permintaan seorang hamba yang merendah diri kepada Tuhan yang Maha Memiliki.

Namun doa tidak hanya terhad dalam bentuk mengangkat tangan. Sememangnya terdapat amalan  Nabi s.a.w menadah tangan ketika berdoa sebagaimana sewaktu perstiwa memohon hujan selepas solat istisqa dan qunut nazilah. Namun, ada juga amalan Nabi s.a.w yang berdoa tanpa menadah tangan seperti doa harian ketika makan, bersama dengan isteri, naik kenderaan, masuk tandas dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya suatu hadis daripada Abu Hurairah, bahawa  Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tidaklah seseorang Muslim berdoa kepada Allah sesuatu doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan hubungan ‘rahim’, melainkan Allah akan memberikan kepadanya menerusi satu dari tiga cara, iaitu ;diperkenankan apa yang dimintanya atau disimpan-Nya untuknya diakhirat kelak, atau Dia menghindarkan dirinya sesuatu keburukan yang setimpalnya. Para sahabat pun berkata : ‘Kalau begitu kita perbanyakkan berdoa!’ Nabi s.a.w menjawab : ‘Allah SWT lebih banyak memberikan ganjarannya.’”

Persoalan bila dan bagaimana adalah hak Allah. Bukankah ‘Pemurah’ nya Allah kerana secara berterus terang berjanji Ia akan memakbulkan doa hamba-Nya. Bahkan ‘Pemurah’ nya Allah berlanjutan sehingga ke akhirat kelak. Tidak dapat di dunia. Maka akhirat itu tempatnya. Negeri mana yang lebih beruntung perolehannya jika dinilai dengan negeri akhirat?

Dr. Yusuf  al-Qardawi pernah berkata: “Penerimaan Allah terhadap sesuatu doa ada syarat-syaratnya. Dari satu segi yang lain, makbulnya doa ada jangkamasanya, ada waktunya tertentu. Allah SWT akan makbulkan doa orang pada waktu yang dikehendakinya dan dengan cara yang dikehendakinya.”

*Semoga Kita diampuni dan dirahmati oleh ALLAH. Marilah kita menunaikan solat walaupun terpaksa, kerana lama-kelamaan kita pasti akan menemui keikhlasan. Semoga kita berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Amin :)

November 6, 2013

Raudhah (Taman Syurga)

Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah, ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi. Jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah. Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa dan untuk makluman korang, tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri
dalam erti kata lain, kalau Rasulullah sendiri dah kata ia taman syurga, apalagi nak kita katakan, Subhanallah!

Ada satu cerita menarik mengenai makam ini disebalik kedukaan umat Islam terhadap kewafatan baginda...

Ketika Rasullulah wafat, Baginda dikuburkan didalam kamarnya dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar yang sama, kemudian ketika Abu Bakar ra mendekati ajal beliau minta izin kepada Siti Aisyah agar dapat dikuburkan disamping sahabat yang  paling dicintainya itu dan Aisyah mengizinkannya seperti diketahui Abu Bakar adalah ayah dari Siti Aisyah, kemudian ketika Umar bin al-Khatab mendekati ajal, beliau juga minta izin Siti Aisyah untuk dikuburkan disamping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan disamping suami dan ayah yang sangat dicintainya, tetapi kerana rasa hormatnya kepada Umar bin al-Khatab maka Siti Aisyah juga mengizinkannya

Setelah Umar bin al-Khatab dikuburkan disamping Rasulullah, maka Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikuburkan di kamarnya begitulah mulianya Siti Aisyah, meskipun lelaki yang bukan mahramnya telah meninggal tetap saja Siti Aisyah tidak mahu menampakkan auratnya di depan kuburan Umar

Bagi saya, Raudhah ialah satu lambang penantian. Lambang perasaan cinta yang sangat mendalam. Maha Suci ALLAH. Kenapa saya mengandaikan sebegitu? Sebabnya, Di Raudhahlah Rasululllah selalu menanti waktu solat. Ya Rasulullah, kami merinduimu.

November 3, 2013

Unik: 34 gunung dan lokasinya di Sabah.

       

Salam semua, kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai keunikan di negeri bawah bayu. Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Selebes di sebelah selatan. Secara kasar, saiz negeri Sabah adalah sebesar saiz negara Ireland di Eropah. Ibukota negeri Sabah ialah Kota Kinabalu dan dahulunya dikenali sebagai Jesselton semasa zaman kolonialisme. Kota Kinabalu kini telah dinaiktarafkan kepada status bandaraya pada 2 Februari 2002.
       
      Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan semulajadi tetapi juga  dengan warisan budaya penduduknya. Sabah kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia  dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat boleh ditemui di Sabah. Terdapat  pelbagai spesies bunga lain seperti anggerik, periuk kera dan rhododendron.

    Keadaan geografi Sabah berbukit - bukau malah  bergunung-ganang yang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Terdapat juga gua yang boleh ditemui di hutan-hutannya. justeru, hari ini saya ingin membawa pembaca mengenai gunung-gunung yang terdapat di Sabah.

#MARI kita bersama-sama memuji dan bersyukur atas nikmat dan rahmat yang dikurniakan kepada kita oleh-Nya. 

1. Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia, mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut. Gunung Kinabalu merupakan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara. Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

2. Gunung Wakid adalah gunung yang tertinggi di kawasan daerah Tambunan. Gunung wakid terletak di kampung Sunsuron, Tambunan dan mempunyai ketinggian kira-kira 2,000 meter dan dikeliling hutan tebal yang menghijau. Daerah Tambunan merupakan satu tempat yang seakan-akan lembah sebab Tambunan dikelilingi oleh banjaran pergunungan di sebelah kiri dan sebelah kanan. 


3. Gunung Trusmadi yang juga terletak di Tambunan, Sabah merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu yang juga terletak di Sabah. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian setinggi 2,462 meter (8,669 kaki).Gunung Trusmadi mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan, contohnya Nepenthes macrophylla.


4. Gunung Ginivisan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tambunan di negeri Sabah, Malaysia. Tingginya 1,143 meter.

5. Gunung Harimau merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Harimau mempunyai ketinggian setinggi 1,067 meter.

6. Gunung Hatton merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam daerah Lahad Datu di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Hatton mempunyai ketinggian setinggi 648 meter. Gunung Hatton terletak dalam Taman Perlindungan Tabin.

7. Gunung Kauran merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Kauran mempunyai ketinggian setinggi 1,168 meter. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

8. Gunung Ambun mempunyai ketinggian setinggi 1006 meter,

9. Gunung Kuli merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Kuli mempunyai ketinggian setinggi 1,387 meter terletak di antara daerah Kota Kinabatangan dan Tongod, Sabah.

10. Gunung Ligan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Ligan mempunyai ketinggian setinggi 1,386 meter. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

11. Gunung Lotong yang terletak di Maliau Basin,, Sabah mempunyai ketinggian setinggi 1,664 meter (5,459 kaki). Gunung Lotong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

12. Gunung Lucia merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Lucia mempunyai ketinggian setinggi 1,201 meter.

13.Gunung Luis merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Luis mempunyai ketinggian setinggi 1,426 meter.

14.Gunung Lumutan merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Lumutan mempunyai ketinggian setinggi 1,318 meter.

15.Gunung Magdalena merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Magdalena mempunyai ketinggian setinggi 1,331 meter.

16.Gunung Maria merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Maria mempunyai ketinggian setinggi 1,067 meter.

17.Gunung Mostyn merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam daerah Kunak di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Mostyn mempunyai ketinggian setinggi 495 meter.

18.Gunung Paling-paling merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Paling-paling mempunyai ketinggian setinggi 885 meter.

19.Gunung Panampakan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tambunan di negeri Sabah, Malaysia. Tingginya 1,086 meter.

20.Gunung Pisagan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Pisagan mempunyai ketinggian setinggi 1,137 meter.

21.Gunung Pock merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Semporna di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Pock mempunyai ketinggian setinggi 488 meter.

22.Gunung Rinangisan merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Rinangisan mempunyai ketinggian setinggi 1,326 meter. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

23.Gunung Sigalong merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Semporna di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Sigalong mempunyai ketinggian setinggi 457 meter.

24.Gunung Sigapon merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Sigapon mempunyai ketinggian setinggi 613 meter.

25.Gunung Silam merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam Kampung Lama, daerah Lahad Datu di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Silam mempunyai ketinggian setinggi 883 meter.

26.Gunung Tambuku merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tambuku mempunyai ketinggian setinggi 940 meter.

27.Gunung Tambuyukon yang terletak di Sabah mempunyai ketinggian setinggi 2,579 meter (8,462 kaki).Gunung Tambuyukon mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

28.Gunung Tampilat merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tampilat mempunyai ketinggian setinggi 963 meter.

29.Gunung Tannabalu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Pulau Timbun Mata, daerah Semporna, Sabah. Ketinggian gunung ini 596 meter.

30.Gunung Tinutudan merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tinitudan mempunyai ketinggian setinggi 1,469 meter. Gunung Tinutudan mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

31.Gunung Tribulation merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam Lembah Danum, Banjaran Brassey, daerah Lahad Datu di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tribulation mempunyai ketinggian setinggi 1287 meter.

32. Gunung Gaya merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Semporna di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Gaya mempunyai ketinggian setinggi 455 meter.

33. Gunung Bagahak ialah sebuah gunung yang terletak di Kampung Membati, daerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Tingginya 774 meter,

34.Gunung Wullerstort merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Wullerstort mempunyai ketinggian setinggi 762 meter.

November 2, 2013

Bukan Semua Orang di KL pentingkan diri sendiri.




Cerita aku bermula di tempat ini - Stesen LRT Universiti. 

       Ini 'cerita seorang aku'. Cerita yang mungkin tiada apa-apa nilai bagi kalian yang tidak memaknakan kisah yang aku alami sendiri ini dari sudut tafsiran makna dalaman. Kisah ini berlaku setahun lalu, masa itu aku hendak pergi ke KL Sentral untuk menguruskan penukaran tarikh tiket penerbangan yang aku pinda tarik dan masanya. Ketika itu merupaan bulan ramadhan al-mubarak. Bulan rhmat dan keampunan bagi seluruh umat Islam di dunia. Baiklah aku pendekkan cerita, sebab aklu yakin kalian semua lebih arif dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam bab-bab keagamaan mahupun duniawi. aku ni, apalah yang ada... cuma ilmu sekangkang kera. Huhu...

       Aku menunggu ketibaan LRT di tempat duduk yang disediakan. Selang beberapa minit, sebuah train tiba. Aku tidak menunggu lama. Aku segera bangkit dalam keadaan lemah-lemah manja(maklumlah, masa-masa kritikal) hehe. Aku segera masuk ke dalam. Fuhh! Macam tin sardin King Cup tu tidaklah, tapi memang Full House dan aku berdiri sahaja sambil berpaut di tempat yang disediakan.

       Agak lama juga aku membisu. Selepas train melepasi Stesen Kerinchi, hujung mataku seperti tertangkap kelibat lelaki di sebelahku yang asyik memandangku sedari tadi. Aku jadi rimas. Bukan apa, direnung begitu, aku jadi malu walaupun sesama lelaki. Aku  memberanikan diri menoleh ke sebelah kanan. Sah, seorang lelaki merenungku. Pandangan kami tertaut. Aku menguntumkan senyuman(walaupun senyuman aku tidak manis huhu), dia membalasnya. 

       Lelaki itu berjubah putih, seorang lagi rakannya yang juga berjubah putih tertidur(mungkin lelah sebab dia sudah agak berusia). Lelaki itu pun bertanya siapa nama, aku jawablah dengan jujur. Lepas tu dia perkenalkan dirinya(aku ingat-ingat lupa. Maklumlah cerita ini sudah setahun yang lepas dan sekarang aku baru tulis sebab aku takut terlupa lagi). Dia cakap dia mahu bermula nelajar ilmu keagamaan. Aku tersenyum memuji keazamannya yang tinggi. Selepas itu, dia mengejutkan rakannya yang tertidur di sebelahnya. Lelaki itu terjaga dan aku merenungnya, kami berbalas senyuman.

       Aku pantas mendekati mereka berdua dan mengunjukkan tangan untuk berjabat tanda persaudaraan. tanganku disambut lembut. Lelaki yang agak berusia itu bertanya, "APA KHABAR SYURGA?". Aku terkesima. Mungkin dia tahu aku Islam sebab bibirku kering pada masa itu yang menandakan aku berpuasa(Sebab, kebiasaannya kawan-kawan yang baru mengenaliku akan bertanya "MUSLIM" atau "NON MUSLIM". Bila aku jawab Muslim dan aku tanya kenapa, mereka kata mukaku macam NON MUSLIM - Aku hanya diam sahaja. ISLAM itu bukan pada warna kulit, pangkat, kekayaan, ketampanan atau kecantikan, tetapi hanya dibezakan oleh "IMAN dan TAQWA". 

       Berbalik kepada soalan itu. Ya ALLAH, soalan yang mudah dijawab tetapi memerlukan teknik berfikir yang tinggi beserta dengan kejujuran. Secara jujurnya, aku tidak tahu nak jawab apa. Sebab aku rasakan diri ini terlalu sedikit amal dan ibadah. Sebagai manusia biasa, Aku tidak tahu di mana tempat kembaliku kelak. Tapi aku meyakini bahawa ALLAH itu Tuhan yang Maha Pengasih. Keampunan-Nya mendahului Kemurkaan-Nya. InsyaAllah. 

       Selepas itu, aku pun jawab soalannya. Ringkas sahaja jawabanku "InsyaAllah baik-baik saja, cuma aku masih sentiasa mengharap keredhaan ALLAH." Seiring dengan itu aku menyedekahkan seulas senyuman. Lelaki itu segera menguntum senyuman dan memberitahu yang mereka berdua sebenarnya hendak ke Gombak(aku terlupa pula atas urusan apa). Dia bertanya lagi aku dari mana? Aku jawab spontan yang aku dari negeri di bawah bayu. Masih belajar tanyanya. "Ya, tengah belajar di IPG KBM." Ujarku dalam loghat Sabahan yang sedikit pekat hehe :D . Dia bertanya lagi kos apa? Aku jawab insyaAllah akan menyambung pekerjaan yang menjadi sunnah Rasulullah jawabku." Alhamdulillah, kerja cikgu amat mulia." jawabnya spontan. Aku hanya tersenyum.

       Sedar tak sedar, dikejutkan oleh suara operator yang diprogramkan di dalam LRT "Stesen seterusnya, KL Sentral." Aku tersentak. Sudah hampir sampai rupanya. Apabila train berhenti, aku segera berjabat tangan dengan mereka berdua. Aku sempat mencium tangan lelaki separuh abad yang tertidur tadi. Apa lagi, aku pandang ke kiri dan ke kanan, kami jadi tumpuan orang rupanya(tanpa kusedar huhu. Arghh, tak apalah) Aku segera keluar setelah aku ucapkan salam. Aku terus mencari kaunter MAS di bawah.

        Ya Allah, singkatnya pertemuan kami. semoga pertemuan itu singkat di dunia dan berpanjangan di akhirat. Yakni di syurga ALLAH. Amin. Aku turut mendoakan rahmat dan kebaikan untuk kalian semua juga. InsyaALlah. Semoga itu pertemuan rahmat. Sejujurnya, aku tidak pernah lagi bertegur sapa dengan orang yang aku tidak kenali secara mesra dan seumpama sudah lama kenal seperti hari itu. Alhamdulillah, persaudaraan itu sebahagian daripada iman.

Moral yang ALLAH tunjukkan:
- Senyuman itu satu sedekah yang mudah kita peroleh.
- Takdir ALLAH itu tidak siapa tahu.
- Hubungan persaudaraan itu satu tuntutan dalam Islam. Siapa yang memutuskan silaturahim, maka dia tidak    akan tergolong dalam umat Nabi Muhammad S.A.W.
- Menghormati semua orang.
- dan yang paling penting, jangan pentingkan diri sendiri walaupun berada di dalam 'Zon' masyarakat yang       suka pentingkan diri sendiri. Nauzubillah...

*Ini sahaja cerita seorang aku. Jumpa lagi...