June 30, 2015

Penjara Mati - Riduan Judin

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, editor baru attach cover official Penjara Mati. Rasa teruja sangat-sangat tengok cover ni. Sejujurnya, saya suka konsep cover dan warnanya. Nampak 'mengancam' dan ada daya tarikan. Warna merah tu membuatkan saya sendiri exited walaupun saya yang tulis hehe...

InsyaAllah, novel ni akan terbit untuk edisi ogos 2015. Tai biasanya penghujung julai tu dah ada di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Bergantunglah kecekapan staf dan hantar order. Kecuali di Sabah dan Sarawak, memang akan  lambat sedikit sebab jauh nak hantar. Jadi saya harp para peminat buku-buku saya akan terus follow up updates saya dan memberikan sokongan padu. Semoga ALLAH membalasnya pula dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

Okay, dah tulis panjang lebar ni, boleh baca terus SINOPSIS di bawah ni:


Tajuk Novel : Penjara Mati
Penulis : Riduan Judin
Penerbit : Alaf 21
Harga : RM25.00


Koleksi Penulis :
1. Petaka Nyawa (Ogos 2014)
2. Antologi Mistik Jembalang : Bidadari Pencabut Nyawa (Januari 2015)
3. Penjara Mati (Ogos 2015)
4. Coming soon...

SINOPSIS

PEMBUNUHAN Datuk Haris menjadi satu tanda tanya. Satu-satunya wajah yang berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup ialah wajah Malik, sekali gus membuatkan lelaki itu diburu polis. Dia nekad membawa diri pulang semula ke tanah kelahirannya, Sabah.

            Mahairah – Gadis kelahiran Tambunan yang terbuka hijab mata. Sering kali melihat manusia primitif yang berjalan berbondong-bondong dan dihantui semangat yang maha ghaib. Misteri itu lebih tragis apabila dia kerap kali pengsan. Apabila tersedar, dunianya sudah berubah.

            Pertemuan Malik dan Mahairah menggamit memori lama. Akibat hijab mata Mahairah yang terbuka, dia dan Malik terdampar di dunia yang tidak pernah terfikir dek minda. Mustahil ada jalan keluar! Untuk hidup di situ, mereka harus mati!

“Ini tempat orang yang sudah mati. Yang masih hidup tidak boleh berada di sini!” – Manusia Primitif.

 ‘Topeng’ merupakan cara terbaik menyembunyikan kejahatan. Jangan sesekali tertipu.


Baik, kalau nak tengok trailer yang saya buat pun boleh. Masuk di youtube dan search 'Riduan Judin'. Ataupun boleh klik link di bawah ni. Happy watching yeah... :)