November 2, 2013

Bukan Semua Orang di KL pentingkan diri sendiri.




Cerita aku bermula di tempat ini - Stesen LRT Universiti. 

       Ini 'cerita seorang aku'. Cerita yang mungkin tiada apa-apa nilai bagi kalian yang tidak memaknakan kisah yang aku alami sendiri ini dari sudut tafsiran makna dalaman. Kisah ini berlaku setahun lalu, masa itu aku hendak pergi ke KL Sentral untuk menguruskan penukaran tarikh tiket penerbangan yang aku pinda tarik dan masanya. Ketika itu merupaan bulan ramadhan al-mubarak. Bulan rhmat dan keampunan bagi seluruh umat Islam di dunia. Baiklah aku pendekkan cerita, sebab aklu yakin kalian semua lebih arif dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam bab-bab keagamaan mahupun duniawi. aku ni, apalah yang ada... cuma ilmu sekangkang kera. Huhu...

       Aku menunggu ketibaan LRT di tempat duduk yang disediakan. Selang beberapa minit, sebuah train tiba. Aku tidak menunggu lama. Aku segera bangkit dalam keadaan lemah-lemah manja(maklumlah, masa-masa kritikal) hehe. Aku segera masuk ke dalam. Fuhh! Macam tin sardin King Cup tu tidaklah, tapi memang Full House dan aku berdiri sahaja sambil berpaut di tempat yang disediakan.

       Agak lama juga aku membisu. Selepas train melepasi Stesen Kerinchi, hujung mataku seperti tertangkap kelibat lelaki di sebelahku yang asyik memandangku sedari tadi. Aku jadi rimas. Bukan apa, direnung begitu, aku jadi malu walaupun sesama lelaki. Aku  memberanikan diri menoleh ke sebelah kanan. Sah, seorang lelaki merenungku. Pandangan kami tertaut. Aku menguntumkan senyuman(walaupun senyuman aku tidak manis huhu), dia membalasnya. 

       Lelaki itu berjubah putih, seorang lagi rakannya yang juga berjubah putih tertidur(mungkin lelah sebab dia sudah agak berusia). Lelaki itu pun bertanya siapa nama, aku jawablah dengan jujur. Lepas tu dia perkenalkan dirinya(aku ingat-ingat lupa. Maklumlah cerita ini sudah setahun yang lepas dan sekarang aku baru tulis sebab aku takut terlupa lagi). Dia cakap dia mahu bermula nelajar ilmu keagamaan. Aku tersenyum memuji keazamannya yang tinggi. Selepas itu, dia mengejutkan rakannya yang tertidur di sebelahnya. Lelaki itu terjaga dan aku merenungnya, kami berbalas senyuman.

       Aku pantas mendekati mereka berdua dan mengunjukkan tangan untuk berjabat tanda persaudaraan. tanganku disambut lembut. Lelaki yang agak berusia itu bertanya, "APA KHABAR SYURGA?". Aku terkesima. Mungkin dia tahu aku Islam sebab bibirku kering pada masa itu yang menandakan aku berpuasa(Sebab, kebiasaannya kawan-kawan yang baru mengenaliku akan bertanya "MUSLIM" atau "NON MUSLIM". Bila aku jawab Muslim dan aku tanya kenapa, mereka kata mukaku macam NON MUSLIM - Aku hanya diam sahaja. ISLAM itu bukan pada warna kulit, pangkat, kekayaan, ketampanan atau kecantikan, tetapi hanya dibezakan oleh "IMAN dan TAQWA". 

       Berbalik kepada soalan itu. Ya ALLAH, soalan yang mudah dijawab tetapi memerlukan teknik berfikir yang tinggi beserta dengan kejujuran. Secara jujurnya, aku tidak tahu nak jawab apa. Sebab aku rasakan diri ini terlalu sedikit amal dan ibadah. Sebagai manusia biasa, Aku tidak tahu di mana tempat kembaliku kelak. Tapi aku meyakini bahawa ALLAH itu Tuhan yang Maha Pengasih. Keampunan-Nya mendahului Kemurkaan-Nya. InsyaAllah. 

       Selepas itu, aku pun jawab soalannya. Ringkas sahaja jawabanku "InsyaAllah baik-baik saja, cuma aku masih sentiasa mengharap keredhaan ALLAH." Seiring dengan itu aku menyedekahkan seulas senyuman. Lelaki itu segera menguntum senyuman dan memberitahu yang mereka berdua sebenarnya hendak ke Gombak(aku terlupa pula atas urusan apa). Dia bertanya lagi aku dari mana? Aku jawab spontan yang aku dari negeri di bawah bayu. Masih belajar tanyanya. "Ya, tengah belajar di IPG KBM." Ujarku dalam loghat Sabahan yang sedikit pekat hehe :D . Dia bertanya lagi kos apa? Aku jawab insyaAllah akan menyambung pekerjaan yang menjadi sunnah Rasulullah jawabku." Alhamdulillah, kerja cikgu amat mulia." jawabnya spontan. Aku hanya tersenyum.

       Sedar tak sedar, dikejutkan oleh suara operator yang diprogramkan di dalam LRT "Stesen seterusnya, KL Sentral." Aku tersentak. Sudah hampir sampai rupanya. Apabila train berhenti, aku segera berjabat tangan dengan mereka berdua. Aku sempat mencium tangan lelaki separuh abad yang tertidur tadi. Apa lagi, aku pandang ke kiri dan ke kanan, kami jadi tumpuan orang rupanya(tanpa kusedar huhu. Arghh, tak apalah) Aku segera keluar setelah aku ucapkan salam. Aku terus mencari kaunter MAS di bawah.

        Ya Allah, singkatnya pertemuan kami. semoga pertemuan itu singkat di dunia dan berpanjangan di akhirat. Yakni di syurga ALLAH. Amin. Aku turut mendoakan rahmat dan kebaikan untuk kalian semua juga. InsyaALlah. Semoga itu pertemuan rahmat. Sejujurnya, aku tidak pernah lagi bertegur sapa dengan orang yang aku tidak kenali secara mesra dan seumpama sudah lama kenal seperti hari itu. Alhamdulillah, persaudaraan itu sebahagian daripada iman.

Moral yang ALLAH tunjukkan:
- Senyuman itu satu sedekah yang mudah kita peroleh.
- Takdir ALLAH itu tidak siapa tahu.
- Hubungan persaudaraan itu satu tuntutan dalam Islam. Siapa yang memutuskan silaturahim, maka dia tidak    akan tergolong dalam umat Nabi Muhammad S.A.W.
- Menghormati semua orang.
- dan yang paling penting, jangan pentingkan diri sendiri walaupun berada di dalam 'Zon' masyarakat yang       suka pentingkan diri sendiri. Nauzubillah...

*Ini sahaja cerita seorang aku. Jumpa lagi...

       

4 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah, aku pun tak kenal orang tu. cuma aku tertarik dengan ilmu yang dia ada. Dia nampak berilmu gitu. Yang aku salute, 1st aku disapa macam tu. Ada hikmahnya...huhu

      Delete
  2. wah.beruntung..kadang kala kita takut utk berkomunikasi dgn org di kl ni...tapi, ada kalanya kita mesti tukar mind set x semua org kl gitu..:)

    apa yg pnting niat kita kerana allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eya betul tu Cik Lyeen.Niat yang betul akan membawa kaki kita ke arah yang betul. Bukan semua orang yang tinggal di KL ni tak baik. Cuma kena berhati-hati pada setiap masa. Dorang baik juga sebenarnya, cuma kadang-kadang, dorang tu terhimpit dan terdesak dengan gaya hidup di sini yang mencekik. huhu..

      Delete