October 20, 2013

Borak Buku bersama Ramlee Awang Murshid

Gambar kenangan bersama Ramlee Awang Murshid - 20/10/2013

Karnival Karangkraf pada 28 Januari 2012. Posing kami tetap sama dgn gambar yg kami ambil hujung tahun 2013 ni haha :D

       Alhamdulillah, baru tadi saya menghadiri satu Program santai Borak Buku bersama Penulis Thriller No. 1 Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid(Abg RAM hehe). Kali ini, buku yang kami bincangkan adalah Resepi Dari Kubur karya Ahadiat Ashari yang bertempat di The Cofee Bean & Leaf, KL Sentral. 

       Topik perbualan? tentulah mengenai buku(novel) hehe... perbualan kami menjurus kepada novelis yang lain seperti Zaifuzaman Ahmad yang mengetehgahkan tema seram dan mistik. Novel RAM pd masa akan datang InsyaALLAH bertajuk Raudhah(Love Story), SUNAN (2015 katanya) dan satu lagi... saya tak ingat sangat, tapi temanya seram!!! 

Mengenai penulisan novel, ni ada sedikit teknik yang sedari dulu saya ceduk ilmu dari dia:
- Teknik Bomb(bukan nk letupkan buku tu, tp lbh kurang mcam kita bentang masalah di awal bab dan mulakan siasatan)
- Teknik hook/kail(pancing pembacaan pembaca)
- Teknik flash back(ni biasalah kan?)
- teknik Imbas muka( ni pn sama, dh biasa)
- Teknik Suspen
- Teknik Question mark( ni yang paling penting - kita buatkan pembaca tu tertanya2 dengan persoalan)

2 comments:

  1. wahhh...tahniah wan...aq doakan kau akan berjaya suatu hari nanti...jgn lupakan kami aa..hihi^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Terima kasih atas doa tu za. semoga semua doa kebaikan dopantulkan juga kepada yang empunya badan hehe. Aisehh, mna blh lupa dgn keluarga kump. C(Blood brother sampai graduate dn smpai bila2 hehe)

      Delete