January 21, 2013

Sayembara Menulis pelbagai Genre-ITBM


Bagi sesiapa yang ingin mencuba nasib, bolehlah ikut sayembara ni. Admin-InsyaAllah akan menghantar satu/dua penyertaan(kalaulah sempat siapkan manuskrip hehe)

Aktiviti

Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian

16 Jan 2012 -
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian

SAYEMBARA PENULISAN NOVEL, CERPEN DAN PUISI ITBM-PENA-BERITA HARIAN

HADIAH KESELURUHAN RM130,000!

KATEGORI NOVEL
Hadiah Pertama : 1 x RM15,000
Hadiah Kedua   : 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga   : 1 x RM9,000
Hadiah Sagu hati :7 x RM3,000
KATEGORI CERPEN
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua   : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga   : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000
KATEGORI PUISI
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Sayembara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur bawah 45 tahun (yang lahir pada tahun 1966 dan seterusnya).
  • Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
  • Peserta dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu penyertaan untuk mana-mana kategori. Namun peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori yang disertai.
  • Karya mestilah belum pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
  • Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun di laman sesawang ITBM, iaitu di sini.
  • Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4.
  • Kepanjangan karya sayembara:
  • Novel: tiada had halaman.
  • Kumpulan Cerpen: minimum 10 karya (atau 10 buah cerpen).
  • Kumpulan Puisi: minimum 30 karya (atau 30 buah puisi).
  • Manuskrip yang telah diterima untuk sayembara tidak akan dipulangkan kepada penulis.
  • Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.        
  • Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh masa tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit.
  • Tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi pada 31 Januari 2013. Semua penyertaan akan diberikan surat tanda terima.
  • Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.
  • Sila e-melkan manuskrip dan borang penyertaan yang lengkap ke buku@itbm.com.my ataubuku@pena.com.my. Manuskrip tersebut boleh juga diposkan ke alamat berikut:
URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian

Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
(u/p: Mohd Rozlan Mohamed Noor) 
atau
URUS SETIASayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita HarianRumah PENA
961-7, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460, Kuala Lumpur.
(u/p: Azalan Hussain)

No comments:

Post a Comment