January 21, 2013

Hakikat Hati

Dalam kesibukan meniti punat-punat laptop semasa buat kerja, tercuit juga rasanya hati ini dengan masalah yang berkaitan dengan hati ini. Bukan apa, biasalah insan biasa. Apa-apapun hati adalah pemula dalam segala hal, niat adalah lintasan hati. Justeru, lintasan perkara-perkara yang pelbagai terkadang mempengaruhi perlakuan kita. Saya pernah dengar cerita seorang teman yang sangat rapat dengan saya, dia ni kira ramai peminatlah juga(peminat pmpuan)...tetapi dalam masa yang sama dia ada seorang teman wanita. Suatu hari, dia kedapatan tentang seorang peminat fanatiknya oleh teman wanitanya itu...sudah bertahun gadis tersebut memendam rasa dan sanggup menunggu teman saya tu, walaupun dia tahu yang teman saya tu sudah ada yang bertakhta di hatinya. Apabila teman wanitanya dapat tahu tentang perasaan gadis tu terhadap teman saya, dia terus menerjah dan menuduh teman saya tu curang dan penipu?perlukah dia bercakap seperti itu? Dia tidak curang sebenarnya, saya sangat faham dengan situasi dirinya...inilah hakikat hati setiap insan. Pepatah Melayu mengatakan "rambut sama hitam, hati lain-lain". Ya memang betul...

No comments:

Post a Comment