February 27, 2014

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?



Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

mumia ramses

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!

PLEASE "SHARE" SEBANYAKNYA..cerita kebenaran ini jika anda rasa Islam itu Agama Yang Benar..!!

February 26, 2014

Cara khatam Quran, dan ibadah Haji hanya dalam satu malam(hatta beberapa minit saja)

PINJAM MATA DAN HATI SAUDARA/I DALAM DUA MINIT YA, HEHE. SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBAWA MANFAAT YANG BERTERUSAN.

Ini merupakan cara khatam Quran, dan ibadah Haji hanya dalam satu malam(hatta beberapa minit saja)

Bertanya siti Aisyah kepada kekasih hatinya iaitu Rasulullah :

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat
melaksanakan empat perkara seketika?“
Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur ,
membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-
khatamkan Al-Quran ” Bismillaahirroh
maan irrohiim, ‘Qulhuallaahu ahad’
Allaahussomad’ lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan
ahad’ ( 3x ) “


2. "Membacalah shalawat untukku dan
untuk para nabi sebelum aku" maka
kami semua akan memberimu syafaat di
hari kiamat “ “ Bismillaahirrahmaan
irrahiim, Allaahumma sollii ‘alaa
Muhammad wa’alaa aaliihi Muhammad
( 3x ) “


3. “Beristighfarlah” untuk para
mukminin maka mereka akan meridhai
engkau “ Astaghfirullaahal aziim allazii
laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3x )


4. Dan perbanyaklah “bertasbih,
bertahmid , bertahlil dan bertakbir”
maka seakan-akan engkau telah
melaksanakan ibadah haji dan umrah “
Bismillaahirrahmaanirrahiim,
Subhanallaahi Walhamdulillaahi
walaailaaha illallaahu allaahu akbar
( 3x )


Sampaikanlah kepada orang lain, maka
ini akan menjadi Sedekah Jariah pada
setiap orang yang anda kirimkan pesan
ini, dan apabila kemudian dia
mengamalkannya, maka kamu juga akan
ikut mendapat pahalanya sampai hari
kiamat....
Tiada daya dan upaya melainkan dengan
kekuasaan dan izin ALLAH
ALLAHUMMA SHALLI ' ALA SYYIDINA
MUHAMMAD WA' ALA AALI SYYIDINA
MUHAMMAD


***Kongsilah ilmu ini dengan orang yang anda sayang dan kepada saudara-saudara kita yang lain, InsyaAllah pahala kita berterusan. Ana Wan :)

February 21, 2014

Cara-cara 'Bypass' survey download



Assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ini aku nak share tutorial cara nakBYPASS SURVEY download. Bagi kaki download software dan game mesti pernah jumpa survey yang menyakitkan hati ni. Tapi jangan risau, hari ni aku ajar korang cara bypass hoho...

Sebenarnya trick ni bukan bypass pun, tetapi cara yang betul nak lepas survey. cara ni boleh guna kat semua jenis survey macam sharecash, fileice, dan lain2 lagi, asalkan cukup syarat dan buat macam dalam tutorial ni.

Tutorial ni disediakan oleh :
Anis Asraf And ZACC Team


Benda Wajib yang Perlu Ada :

- Handset/Handphone/Phone/
- Simcard/Kad sim (Jangan guna simcard yang postpaid atau Line)
- Kredit Bawah RM 2 ( Kalau Nak Selamat )


Cara-cara :

1. Buka laman web yang korang nak download tu, dan akan ada keluar survey.

2. Pilih mana-mana Survey (Kalau boleh cari yang Number :33370)

3. Lepas tu ikut ja apa yang dia suruh buat, contohnya macam suruh main tembak itik ka, letak nama tengok jodoh la macam2.Buat ja...Tapi jangan tutup tab yang ada survey tu.

4. Dalam survey korang selalunya diminta untuk letakkan no telefon korang. letak ja .
Lepas tu akan ada satu mesej sampai .lepas dapat ja mesej tu, survey akan unlock dan korang dah boleh download file tu!

5. Sekarang step paling penting! Jangan terus download, korang kena batalkan langganan korang dengan survey tu dulu. Caranya :Hantar Sms Ni

CONTOH : Tulis "Stop" and Send Ke nombor Contoh : 33370 atau 33134

Itu Sajaa ! Dah Try 3 Kali . 50 Posen Je Hilang . Tapi Step 5 PALING PENTING !

#Ini adalah entry blog rakan, saya belum pernah mencuba kaedah ini.

February 7, 2014

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Alkisah~~~
Hari ini hari pertama penghulu segala hari dalam bulan februari ini. Alhamdulillah. Tapi bukan itu motif cerita aku. Tadi, semasa solat jumaat, aku bersolat di sebelah seorang lelaki yang sakit(Sebab beliau solat secara duduk sahaja). Allah ~ alangkah rasa teruja dan simpatinya aku melihat dia solat sambil duduk. Aku rasa kagum dengan lelaki separuh abad itu. Sedangkan lelaki separuh abad yang sedang sakit itu pun datang solat jumaat, apatah lagi lelaki-lelaki di luar sana yang masih sihat dan cergas. Malah, ada lelaki-lelaki yang rajin masuk gym, angkat beban yang berat-berat untuk membina otot, tetapi sukar dan amat payah sekali mereka angkat takbir mentauhidkan kekuasaan Allah. MasyaAllah - aku membalikkan semula kepada diri aku yang biasa-biasa ini. Aku segera hisab diri sebelum aku hisab orang lain, kerana aku tahu yang Allah jugalah penghisab manusia yang paling adil. Dia Maha Sempurna. Allahurabi~Aku semakin yakin dengan ungkapan syahdu 'Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara'. Dan antara 5 perkaraitu adalah, "Sihat Sebelum Sakit" MasyaAllah, perelokkan kesihatanku, keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan seluruh muslimin dan muslimat di dunia ini. Masukkan kami dalam golongan yang menduduki syurga-Mu ya ALLAH. Sesungguhnya, hanya Engkaulah Tuhan yang aku sembah, dan hanya kepada-Mu aku memohon pertolongan.

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

Moral:

#Mari bersembahyang(solat) walau dengan apa keadaan pun
#Allah tidak memandang manusia kecuali dengan iman dan taqwa
#Ukhwahfillah
#Jihad dalam diri_InsyaAllah

Anta Wan

January 12, 2014

Baca Novel Secara Percuma!

Tajuk Novel: M.U.R.S.H.I.D
Penulis: Riduan Judin
Genre : Thriller(Merangkumi kisah cinta dan lain-lain)
Baca Penuh di SINI dan SINI
Hak Cipta Terpelihara

EPILOG
HUJAN pertama yang ALLAH turunkan  ke dunia ialah pada 10 Muharram bersamaan dengan Hari As-Syura. Pada hari tersebut, banyak sejarah peradaban yang berlaku atas izin dan kehendak ALLAH seperti penciptaan Arasy, langit, bumi dan bintang-bintang. Lalu diciptakan pula sekalian makhluk yang begitu taat iaitu malaikat dan azazil yakni iblis.
Selepas itu, ALLAH menjadikan Adam lalu memerintahkan malaikat dan azazil tunduk sujud kepada Nabi ALLAH itu. Dan di sinilah titik pertama berlakunya perbalahan di langit yang berlanjutan sehingga ke bumi. Iblis dilaknat atas kesombongannya yang diciptakan daripada api. Bukankah manusia ialah sebaik-baik ciptaan? Kerana manusia mempunyai akal fikiran untuk menjadi ‘khalifah’. Umpama tanah dan api. Tanah itu menyuburkan dan api itu membinasakan. Maha Suci ALLAH.

Tambunan,Sabah

MAKHLUK yang dinamakan Duwarung menyeringai kasar. Gigi-giginya yang tajam meruncing tampak kelihatan. Mangsanya mati dijadikan santapan. Dia melakukannya dengan rakus sekali. Dia makhluk ciptaan ALLAH yang ingkar. Hidupnya umpama tidak bertuhan. Malah kelakuannya umpama gabungan sifat jahat manusia dan syaitan. Dia makan semata-mata untuk hidup dan dia tidak akan sesekali suka minum. Dia ada sejarah hidup tersendiri, dia bukan ‘manusia’ tapi bukan juga syaitan. Apabila aura kejahatan diseru, maka waktu itulah dia akan datang.

Hotel Hilton, Petaling Jaya

MALIK mendongak di hujung bumbung Hotel Hilton. Anak matanya tajam menerkam salah satu bilik yang sudah dikenal pastinya - bilik 1109. Sedari petang tadi, dia telah pun berjaya menjejaki ‘mangsanya’ dengan membuat intipan awal. Dia meraba pinggangnya, memeriksa pistol yang dilengkapi dengan silencer  ataupun penyerap bunyi - penuh berisi peluru. Pistol itu disimpan semula. Lalu kakinya pantas menuju ke lobi utama hotel.
Ayunan kaki diperlahankan. Dia tidak terburu-buru kerana mangsanya pasti sedang bergembira di dalam bilik sewa yang disewany. Namun, nasibnya sedikit malang apabila salah seorang petugas wanita di kaunter itu memanggilnya. Dia segera menoleh dan menguntum satu senyuman. Pantas dia mengeluarkan sebuah kunci berbentuk seperti kad yang menyerupai kunci bilik hotel itu. Staf itu segera tersenyum. Malik segera melangkah tanpa menoleh lagi.
Hari ini, Malik tidak akan membazirkan malamnya. Kedatangannya ke sini mesti membuahkan hasil. Dia juga tidak ingin intipannya terhadap mangsa menjadi sia-sia. Dia mahukan nyawa. Malah, kalau diikutkan kata hati, mayat mangsanya akan dikerat dan dibakar sehingga menjadi abu. Mukanya masih begitu – Dia lelaki serius. Senyuman adalah satu kebencian baginya. dia tidak begitu, Cuma hambatan masa lalu yang terlalu perit menghimpit jiwanya.

DATUK HARIS sedang duduk di salah sebuah sofa berjenama sambil menikmati perahan buah anggur yang disediakan oleh pihak hotel. Seorang wanita yang dipercayai bukan warga tempatan duduk di sebelah lelaki itu sambil melentokkan kepalanya di dada Datuk Haris. Pakaiannya yang sendat mengundang mainan otak nakal lelaki itu.
            Ketukan dari arah luar bilik kedengaran. Darahnya serta-merta berselirat ke otak. Sebelum mengunci pintu tadi, Datuk Haris telah pun meletakkan tag ‘Don’t Disturb’ di depan pintu bilik itu. Dia bingkas bangun, berjalan ke arah pintu dengan emosi yang membuak-buak. Dia tidak suka diganggu. Pintu dibuka dengan kasar. Dalam hatinya menghamburkan sumpah.
            “Kau tak faham bahasa ke? Aku dah letak tag di depan pintu tu.” Suara Datuk Haris kasar. Dia menyingga lelaki yang dia percayai sebagai pelayan hotel mewah itu.
            “Maaflah, tetapi tag itu tertanggal.” Seiring dengan itu, sepucuk pistol dihalakan tepat ke dahinya. Datuk Haris terundur ke belakang. Malik segera masuk, sekali gus mengunci pintu agar mereka terkurung di dalam bilik itu.
            “Si… siapa kau? Kau nak apa?” Suara Datuk Haris mengendur. Situasi seperti itu benar-benar mengecutkan perut. Umpama berhadapan dengan binatang pemangsa yang sedang kelaparan. Dia dibasahi peluh dingin.
            “Namaku Malik, aku datang untuk mencabut nyawamu.” Malik masih tidak melepaskan tembakan. Seolah-olah ingin melihat wajah ketakutan yang dipamerkan oleh Datuk Haris.
“Tapi, ke... kenapa?” Datuk Haris terketar-ketar. Gadis yang menemaninya tadi tidak kelihatan di situ. Dia ke bilik air.
“Sekarang pukul 10.00 malam, berita kematian kau masih sempat masuk dalam berita pukul 12.00 tengah malam nanti.” Picu pistol ditekan. Sebutir peluru pantas menujah dahi Datuk Haris. Badannya serta-merta rebah ke lantai. Darah merah pekat menyeruak. Halkumnya mengeluarkan bunyi seperti lembu disembelih, seolah-olah meratapi pemergian yang empunya badan.
Hukuman telah dijatuhkan dan sekarang dia harus melepaskan diri agar tidak terhukum atas hukuman yang dia jatuhkan mengikut undang-undangnya sendiri. Malik segera menyisipkan kembali pistolnya. Dia mula mengatur langkah namun terhenti apabila melihat wanita yang bersama Datuk Haris tadi sedang menekup mulutnya di depan pintu bilik air.
“If You do not want to be accused killed, go from here. Immediately!” Muka Malik tetap serius seperti tadi. Dia pantas meninggalkan jasad kaku Datuk Haris bersama wanita itu. Ternyata, malamnya yang dibazirkan tidak sia-sia. Ia dibayar dengan harga yang sangat mahal iaitu – nyawa.




           

January 10, 2014

Indahnya 99 Nama-Nama ALLAH


                                                

Nama-nama Allah SWT yang agung dan mulia itu merupakan satu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isi di dalamnya.


1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muzil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

#Ya Rahim - Warhamni / Sayangilah aku - Wan

January 9, 2014

Pohon Yang Menaungi Nabi Muhammad S.A.W Masih Hidup Sehingga Sekarang

INILAH POHON NABI SAW YANG MASIH HIDUP HINGGA SEKARANG
POHON NABI
Yang dimaksud dengan Pohon Nabi adalah Pohon yang pernah menanungi Nabi Muhammad Saw. dari terik matahari. Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan tahun, namun anehnya Pohon Nabi ini masih hidup dan berbuah hingga sekarang.
Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi pengingat, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh.
Dulu ketika Rasulullah Saw. melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah Saw. berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw. dari panasnya terik matahari.
Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah Saw. itu seraya berkata: “Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu.”
Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendaknya.
TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?
Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW, Pohon yang diberkati.
Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “ the only living sahabi ” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”.
Sedikit sejarah mengenainya…
Ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah – pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda SAW pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.
Semasa Baginda SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi Baginda SAW daripada cahaya matahari.
Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah SAW itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”
Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria.
Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W dua kali tiba di Bosra :
1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda
SAW di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan  nabi akhir zaman.
2. kali kedua rasulullah SAW ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. Apa yg menarik selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra
Kelihatan Pohon Nabi SAW yang mampu hidup subur di tanah gersang padang pasir ini . . .
sejauh lebih 500km kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas. Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan yang boleh  hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua.
Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah SAW menziarahi pohon di mana Datuknya – Rasulullah SAW – pernah berada di situ.
SubhanAllah, Indahnya Ciptaan الله  menitis air mata.. rindunya pada Rasulullah.. :') Allahumasolia'alla muhamad~.
sumber: alamcyber.blogspot.com

January 8, 2014

Biodata Iblis yang kita patut ketahui

Biodata iblis, anda patut tahu!
Nama sebenar: IBLIS LAKNATULLAH
Kelahiran: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri: Fasik kelas pertama
Agama: Kufur
Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap: Neraka jahanam
Kawasan: Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH
Arah perjalanan: Tiada haluan dan bengkang-bengkok
Isteri: Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya
Kaum kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH
Modal pusingan: Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus
Tempat pertemuan: Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat: Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib: Anak-anak Adam
Motto kerja: 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi: Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita-cita: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yang tidak digemari): Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri: Bila manusia membaca istighfar
Mentor yang dikagumi: Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo: Sebarang tatu
Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan: Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT
Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
Matlamat sebenar: Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam
Teman sejawat: Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran: Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH
Pembantu setia: Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yang tak dapat dilupakan: Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis: Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit: Manusia yang digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yang digemari: Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan.
Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci: Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH
Alat perangkap: Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Saat ajal: Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak
Yang paling membosankan: Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yang paling meletihkan: Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala
Tugas yang paling disukai: Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina
Janji kepada manusia: Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira: Manusia yang mengikut jejak langkahnya
Saat yang mendukacitakannya: Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis: Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT 
- detikislam.blogspot.com


January 6, 2014

Cara mengatasi masalah Limited Akses

Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7 ~ Pernakah anda mempunyai masalah koneksi internet di windows 7 dengan menggunakan wifi atau wireless ? dimana anda tidak dapat mengakses internet karena terdapat notifikasi wifi yang menyatakan Limeted Access. Limeted Access terjadi biasanya karena IP anda mengalami konflik atau dengan kata lain mengalami tabrakan, kres, atau mengalami gangguan. Masalah ini dapat di atasi dengan beberapa pilihan. Ada beberapa cara yang bisa anda gunakan untuk mengatasi limited access wifi di windows 7 berikut cara-caranya.

 Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7
Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7
Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7

1. Menjadikan settingan IP Address menjadi automatically
Cara ini merupakan cara untuk menjadikan IP Address komputer anda menyesuaikan otomatis dengan wifi yang digunakan. Caranya buka control panel => Pilih Network and Internet => Pilih Network and Sharing Center => Pilih Change Adapter Settings =>Klik kanan pada Wireless Netwok Connections pilih properties => Klik 2 kali pada Internet protocol Version 4 (TCP/IPv4) => Pilih obtain an IP address automatically dan obtain DNS server address automatically lalu klik ok.
atau ikuti gambar berikut ini :
- Klik Icon wireless pada dekstop lalu pilih open network and sharing center

Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7 open network and sharing center

- Setelah itu pilih change adapter settings

Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7 change adapter settings

- Setelah itu klik kanan pada Wireless network connections dan pilih properties

Cara Mengatasi Limited Access Wifi di Windows 7 wireless network connections

- Setelah itu klik 2 kali internet protocol version 4 (TCP/IPv4) atau klik properties 

internet protocol version 4 (TCP/IPv4)


- Setelah itu Pilih obtain an IP address automatically dan obtain DNS server address automatically lalu klik ok.
obtain an IP address automatically dan obtain DNS server address automatically

Setelah itu silahkan restart komputer anda dan tes koneksi internet anda. Jika masih limited access silahkan coba cara ke dua.


CARA KEDUA(Kalau masih tidak dapat :D)


Cara Mudah Mengatasi Masalah Limited Access Pada Wifi Laptop
Pernahkah Anda Mengalami Limited Access ?? dan kenapa bisa terjadi Limited Acces?Limited Access ini dapat terjadi ketika ip Anda mengalami beberapa kres/bertabrakan/ip anda sedang mengalai gangguan. Berikut Cara Mengatasinya
1.       Buka Command Promt, Menggunakan Hak Akses Administrator (RUN ADMINISTRATOR)
2.       Selanjutnya Klik Perintah : netsh int ip reset C:\resetlog.txt



3.       Restart Komputer


Selamat Mencoba

January 4, 2014

Cara Lajukan Broadbang Celcom, DG, dan Maxis yang habis Quota

Assalamualaikum, mesti anda tertanya-tanya 'Pak Cik Google' pasal benda ni kan? Cara ini hanya untuk broadband dan belum dicuba pada Wifi. 

1. Pastikan broadband tu dah connect kat laptop dan internet. Kemudian tekan butang logo "start" dan taip "cmd". Bila dah jumpa "cmd" tekan ENTER. 


2. Selepas itu, akan keluar satu command prompt dan taip "ipconfig/all" serta tekan ENTER. Contoh seperti dibawah. 


3. Bila korang dah tekan ENTER, akan terpapar segala senarai connection. Pilih IP ADDRESS untuk broadband korang sendri. Macam aku punye IP ADDRESS 10.145.131.178. Rujuk gambar kat bawah ini. 



4. Sekarang scroll down dan taip IP ADDRESS yang korang dah pilih. Contoh : taip "ping" dan "IP ADDRESS" 
taip jugak "-t" dan tekan ENTER macam gambar di bawah. Dan selepas tu akan keluar text macam ni : reply from (korang punye IP ADDRESS): bytes=32 time<1ms ttll="">



5. Biarkan benda ni jalan selama mana korang online. Korang boleh minimize je benda ni. Kalau nak offline barulah boleh tutup. Selamat mencuba.