February 7, 2014

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Alkisah~~~
Hari ini hari pertama penghulu segala hari dalam bulan februari ini. Alhamdulillah. Tapi bukan itu motif cerita aku. Tadi, semasa solat jumaat, aku bersolat di sebelah seorang lelaki yang sakit(Sebab beliau solat secara duduk sahaja). Allah ~ alangkah rasa teruja dan simpatinya aku melihat dia solat sambil duduk. Aku rasa kagum dengan lelaki separuh abad itu. Sedangkan lelaki separuh abad yang sedang sakit itu pun datang solat jumaat, apatah lagi lelaki-lelaki di luar sana yang masih sihat dan cergas. Malah, ada lelaki-lelaki yang rajin masuk gym, angkat beban yang berat-berat untuk membina otot, tetapi sukar dan amat payah sekali mereka angkat takbir mentauhidkan kekuasaan Allah. MasyaAllah - aku membalikkan semula kepada diri aku yang biasa-biasa ini. Aku segera hisab diri sebelum aku hisab orang lain, kerana aku tahu yang Allah jugalah penghisab manusia yang paling adil. Dia Maha Sempurna. Allahurabi~Aku semakin yakin dengan ungkapan syahdu 'Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara'. Dan antara 5 perkaraitu adalah, "Sihat Sebelum Sakit" MasyaAllah, perelokkan kesihatanku, keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan seluruh muslimin dan muslimat di dunia ini. Masukkan kami dalam golongan yang menduduki syurga-Mu ya ALLAH. Sesungguhnya, hanya Engkaulah Tuhan yang aku sembah, dan hanya kepada-Mu aku memohon pertolongan.

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

Moral:

#Mari bersembahyang(solat) walau dengan apa keadaan pun
#Allah tidak memandang manusia kecuali dengan iman dan taqwa
#Ukhwahfillah
#Jihad dalam diri_InsyaAllah

Anta Wan

No comments:

Post a Comment