April 27, 2016

Latihan Ketenteraan ISIS Lupa Tutup Logo USA

latihan isis lupa tutup logo usa.jpgLatihan Ketenteraan ISIS Lupa Tutup Logo USA
Sungguh kelakar dengan propaganda ini! Satu video yang memaparkan Kumpulan Negara Islam Iraq Dan Syam(ISIS) yang membuat latihan ketenteraan dan lupa untuk menutup logo “US” pada khemahnya.
ISIS atau IS adalah kumpulan yang disebut-sebut oleh media barat sejak akhir ini. Kumpulan ini muncul apabila watak utama iaitu Osama Bin Laden dihapuskan dalam propaganda barat. Mereka menghampuskan watak  Osama Bin Laden dengan mengeluarkan berita mengenai kematian ketua kumpulan pengganas itu.
Susulan terhapusnya watak Osama Bin Laden, “mereka” mula mencipta watak baru pengganas iaitu ISIS. Kewujudan ISIS yang kononnya untuk menegakkan kerajaan Khalifah dilihat oleh orang Islam sesuatu yang pelik. Manakan tidaknya, mereka mengaku Islam dan ingin menegakkan negara Islam tetapi mereka juga ekstrimis dan sesuka hati berbunuhan sesama Islam.
Di awal lakonnya, 2000 militan ISIS menaklukkan 30.000 tentera Iraq tanpa menggunakan senjata. Seterusnya mereka menawan Bank Falluja, menyita 400 juta US dollar, menguasai ladang minyak. Semua dilakukan dengan “SENANG”.
ISIS tiba-tiba dikenali dunia. CNN, BBC, dan semua media Barat membuat liputan istimewa langsung di TKP. Media mula membuat propaganda. Melaporkan aksi ekstrimis kumpulan ini.
ISIS mampu melakukan sesuatu yang mustahil. Menembak pesawat Russia di Mesir. Lalu kini mengaku menyerang Kota Paris dan menyusul masuk ke Singapura. Semua dilakukan dengan meninggalkan jejak.
ISIS memang luar biasa istimewa. Memiliki senjata yang canggih. Memiliki bom C4 yang banyak negara lain tidak memilikinya. ISIS juga boleh menghilang saat digempur pasukan dari 40 negara. Bahkan ISIS menakutkan banyak negara Barat hingga semua enggan dan menolak perang darat.
Walaupun ISIS dilihat banyak kelebihan ketenteraan, mereka tidak pula menyerang Israel. Lucunya, ISIS malah menyerang HAMAS dan pasukan Anti-Assad di Syria. Kini mereka terus mengganggu Turki. Mencabar untuk di ajak perang.
Namun kerana memang filem ISIS diproduksi oleh Hollywood. Semua koreografi dan latar dibuat seasli mungkin. Banyak di antara kita yang tertipu. Padahal ia hanyalah alat AS dan Barat menghancurkan umat Islam.
Sekarang lihatlah sandiwara mereka, latihan ISIS ini lupa menutupi bendera majikannya iaitu USA. Lihat video di bawah.

No comments:

Post a Comment