September 13, 2015

35 Tahun Menulis Di Tepi Jalan. Segalanya Berubah Selepas Dia Bertemu Dengan Seorang Wanita

35 Tahun Menulis Di Tepi Jalan. Segalanya Berubah Selepas Dia Bertemu Dengan Seorang Wanita


Oleh: Aimi Nordin 

Selama hampir 35 tahun lelaki ini menghabiskan masanya hidup di tepi jalan dengan menulis sehinggalah terhasilnya ‘The Conditioned’. Sebuah buku puisi mengenai hari-hari yang dilalui sepanjang hidup sebagai gelandangan. 

Raimundo Arruda Sobrinho, 77 tahun menjadi gelandangan pada sekitar 70-an. Dia menghabiskan 35 tahun itu dengan menulis puisi dan cerita di tepi jalan tanpa sesiapa mengetahui apa yang ditulisnya. 

Raimundo duduk di tempat yang sama, menulis setiap hari. Bagi orang tempatan, Raimundo hanyalah seorang lelaki yang kotor, busuk dan tak berguna untuk dipandang apatah lagi untuk ditegur. Tapi itu semua tak menjadi penghalang untuk dia terus menulis dan mengimpikan suatu hari nanti tulisannya akan diterbitkan menjadi sebuah buku.

Pada tahun 2011, seorang wanita bernama Shalla Monteiro menjadi satu-satunya kawan yang dia ada. Shalla akan berhenti setiap hari untuk berbual dengan Raimundo  hinggalah  pada suatu hari dia memberi Shalla puisinya untuk dibaca.

Shalla terinspirasi dengan puisi dan cerita Raimundo. Dia kemudian membuat satu akaun Facebook untuk berkongsi hasil nukilan Raimundo. Sejak dari itu, ramai orang yang berhenti untuk berbual dengannya, memberi hadiah dan sebagainya. 

Namun, sesuatu yang lebih bermakna daripada itu telah berlaku. Akaun Facebook itu mempertemukan Raimundo dengan adik lelakinya yang telah mencarinya berpuluh tahun lalu. Buat pertama kalinya, Raimundo membersihkan diri, pakai pakaian yang cantik, mempunyai tempat tinggal dan yang paling penting dikelilingi keluarga yang menyayanginya. 

Shalla masih lagi menjadi kawan baiknya hingga kini. Raimundo pula sedang bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan buku untuk menjadikan hasil puisi dan ceritanya sebuah buku. 

No comments:

Post a Comment