August 16, 2015

Satu Kebetulan

Assalamualaikum,

Baru perasan dengan gambar ni, sebiji sama. Gambar sebelah kiri ni diambil pada Ogos 2014 masa novel pertama saya Petaka Nyawa di MPH Mod Valley. Gambar kedua pula saya ambil baru-baru ni, Ogos 2015 masa novel kedua saya Penjara Mati di MPH Mid Valley. 

Tengok apa perbezaannya, hampir samakan? Posisi, rak buku yang sama, tangan dalam poket(trademark sudah kali haha), rambut, muka saja beza sikit. Yang terbaru ni agak berisi :D

Anyway, jangan lupa dapatkan novel terbaharu saya ni, PENJARA MATI. Kalau nak cari novel sebelum ni pun boleh. Tajuknya PETAKA NYAWA, dan Antologi Mistik JEMBALANG. JEMBALANG ni saya berkolaborasi dengan tiga penulis thrilelr hebat yang lain iaitu, Ramlee Awang Murshid (Novelis Thrilelr No.1 Malaysia), Jessy Mojuru, dan Zharulnizam Shah Z.A






            Riduan Judin(Ogos 2014)                                               Riduan Judin(Ogos 2015)
 

Ogos 2016??? Wallualam :)
Doakan saja yang baik-baik, semoga yang baik-baik itu pun untuk kamu juga, 
insyaAllah...




No comments:

Post a Comment