November 17, 2014

Video Terawal MH17 Terhempas!


Sebuah video berdurasi dua minit telah dimuatnaik oleh agensi berita Russia Today (RT) semalam, memaparkan saat-saat awal selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terhempas di Ukraine.

Julai lepas, hanya sebuah video selama 54 saat dikategorikan sebagai rakaman saat-saat paling awal ketika kejadian berkenaan berlaku.

Dalam visual terbaru ini, kelihatan penduduk setempat mengumpulkan baldi air untuk cuba memadamkan kebakaran yang berlaku di sebuah kawasan lapang di timur Ukraine sejurus selepas pesawat terhempas.

Pesawat berkenaan yang membawa 298 orang penumpang sedang dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.

Pesawat jenis Boeing 777 itu dipercayai terhempas akibat ditembak peluru berpandu darat ke udara oleh pemberontak Ukraine pro-Russia menggunakan peluru berpandu jenis BUK.

Semoga ALLAH merahmati roh mereka dan ditempatkan dalam kalangan yang mendapat tempat istimewa di akhirat kelak. Insya-ALLAH

Maha Suci ALLAH.... Maha Suci ALLAH.... Maha Suci ALLAH.... Maha Suci ALLAH....
#DoaUntukMH17MH370 #PrayForGaza #PrayForSyria #PrayForRohingya #PrayForMalaysian








No comments:

Post a Comment