Gambar diatas ialah gambar manusia pertama yang ditangkap menggunakan kamera dan gambar ini masih wujud. Gambar yang diambil oleh Louis Daguerre berlatarbelakangkan Boulevard du Temple di Paris. Untuk menghasilkan gambar tersebut, Louis menggunakan sekeping besi yang telah didedahkan kepada bahan kimia.

Gambar ini menunjukkan seorang lelaki sedang berdiri dan seorang lagi sedang duduk untuk membersihkan kasut lelaki tersebut. Sejak dari penemuan ini, saintis telah melakukan pelbagai kajian untuk menyimpan memori sesuatu keadaan menggunakan kamera.