March 16, 2013

Ya ALLAH, Berilah Daku Kekuatan


ALLAH huma Ya ALLAH~~~Kekuatan itu milik-Mu, berilah daku kekuatan. titipkanlah kesabaran itu, istiqamahkan diriku, berikanlah hamba-Mu ini sifat  tekun dalam menyampaikan buah fikiran dan tulisan.

Riduan~ "Sesungguhnya hanya Engkaulah Tuhan yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu lah kami memohon pertolongan"

Kredit to Blog Alaf-21

Panduan & Kriteria Manuskrip Kategori Umum

Pasti ada yang tertanya-tanya syarat-syarat dan panduan menulis buku-buku umum. Di bawah ini ada disenaraikan tertib dan panduannya. 

PANDUAN PENGHANTARAN MANUSKRIP KATEGORI UMUM
  • Tebal manuskrip antara 150 – 300 saiz A4. Jaraknya double atau 1.5 spacing.
  • Saiz font 12 dan gunakan tulisan jenis ITC Clearface atau Times Roman.
  • Manuskrip hendaklah dicetak di muka depan sahaja, bukannya depan belakang. Selepas itu hendaklah dijilid. Seelok-eloknya com binding sebelum dihantar kepada kami
  • Sertakan intipati kandungannya, berserta nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat emel anda untuk dihubungi. 
  • Manuskrip hendaklah dihantar sendiri atau diposkan terus ke Alaf 21. JANGAN sesekali sertakan CD, diskette atau pen drive sehingga diarahkan berbuat demikian.
  • Panel penilai akan menilai setiap manuskrip yang diterima dalam masa tiga hingga empat minggu.
  • Setiap manuskrip akan dinilai dari segi kandungan dan keistimewaannya.
  • Jika kualiti kandungannya tidak memenuhi kriteria, manuskrip tersebut akan dikembalikan kepada penulis.
  •  Sekiranya panel penilai berpendapat manuskrip tersebut sesuai untuk diterbitkan, penulis akan dimaklumkan tentang perubahan/pemantapan yang perlu dilakukan sebelum sebarang editing dilakukan. Kebiasaannya, penulis dikehendaki melakukan penambahan/ pindaan bagi memastikan kemantapan isinya (tertakluk pada perbincangan).
  • Setelah panel penilai berpuas hati dengan pindaan/perubahan yang telah dilakukan, penulis akan diminta menghantar CD atau emelkan sahaja manuskrip penuh untuk proses penyuntingan.
  •  Urusan berkenaan perjanjian (agreement) akan dilakukan sebelum proses penyuntingan bermula. Jika penulis bersetuju dengan syarat-syarat dan terma yang terkandung di dalam perjanjian tersebut, barulah proses penyuntingan akan dimulakan.
  • Anda perlu menghantar keseluruhan manuskrip, tidak sekadar beberapa bab semata-mata untuk mendapatkan komen panel.
  • Sebarang urusan penghantaran manuskrip hendaklah dialamatkan kepada:  
KETUA EDITOR,
ALAF 21 SDN BHD,
LOT 12, PERSIARAN KEMAJUAN 16/16,
SEKSYEN 16
40200 SHAH ALAM,
SELANGOR

No comments:

Post a Comment