April 12, 2014

Ayat Ruqyah penawar gangguan Syaitan, Jin, dan makhluk halus lain!

Mari Beramal dengan Ayat Ruqyah | Ayat Rukyah

Assalamulaikum, 
Pernah dengar mengenai ayat Ruqyah? Kalau ya, sudah pasti anda tahu apa kegunaan dalam kehidupan seharian kita. Bagi yang belum tahu, mari kita sama-sama baca entry ini, InsyaAllah semoga berguna.

"Ayat ruqyah ni ialah himpunan ayat al-Quran yang digunakan dalam tujuan perubatan dimana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin dan ia salah satu daripada himpunan ayat suci Alquran untuk penawar dan menghalau jin. Bukanlah dikatakan ayat2 ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit, Allah jua yang memperkenankan doa kita segalanya"
Antara surah yang terdapat dalam himpunan Ruqyah ini ialah :-

1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah 1-5
3. Al-Baqarah 102
4. Al-Baqarah 163-164
5. Al-Baqarah (Ayatul Qursi/Ayat Kursi) 255
6. Al-Baqarah 256-257
7. Al-Baqarah 285-286
8. Ali Imran 18-19
9. Al-A'raf 54-56
10. Al-'Araf  117-122
11. Yunus 81-82
12. Toha 69
13. Al-Mukminun 115-118
14. As-Soffaat 1-10
15. Al-Ahqaaf 28-32
16. Ar-Rahman 33-36
17. Al-Hisyr 21-24
18. Al-Jin 1-10
19. Al-Ikhlas
20. Al-Falaq
21. An-Naas


Durasi masa untuk  anda baca sendiri dalam 15-20 minit macam tu untuk lebih berkesan ataupun boleh jugak dengar melalui mp3. Ni untuk download dalam bentuk pdf Ayat Rukyah Syariah.pdf dan mp3 Ayat Ruqyah 4shared. Masa nak dengar tu, lebih baik guna headset atau earphone ye readers sekalian dan pasangkan volume yang tinggi.Pejamkan mata dan hayati bacaannya. Jangan ikut baca sekali sama ada dalam hati ataupun secara lisan. Ni jugak cara kita nak scan sama ada badan kita ni ada x benda yang tak elok menumpang. 

Selepas membaca ayat ini dikatakan bahawa, akan ada simptom2 ini muncul:-

1)denyutan jantung makin kencang
2)badan bergegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk

Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk....

Pembaca yang dirahmati ALLAH,

Tujuan ain nak update dan buat balik entri ini untuk berkongsi ilmu dengan anda. Pernah ain cerita dulu bahawa si dia pernah terkena kan? Ni nak cerita pengalaman sendiri. Bukan nak tuduh sesiapa yang hantar atau terkena sendiri, yang nak ditekankan semasa  ain mengalami sendiri kejadian ini.  

Waktu semasa belajar dulu, kerap kali tertinggal waktu sembahyang. Kadang2 balik kuliah pukul 6.30 petang, tertidur sampai lepas Maghrib, kadang2 hingga ke isyak (memang menyesal). Pernah sampai terasa bila kawan baca Quran atau Yasin pada waktu magrib, jiwa kita rasa sangat membara, panas gelisah dan tanpa sedar kita pandang dia dengan jelingan dan mata yang macam nak terjojol keluar. Sembahyang apatah lagi, terasa sangat malas dan kadang2 memang tinggal. Bahu terasa sangat berat macam ada orang yang duduk kat bahu kita. Marah jangan cakaplah... selalu je dalam keadaan yang marah, rasa nak melenting, buat apapun tak kena dan hati yang tidak tenteram. Kalau nak solat pun, ada je terlintas dalam fikiran macam2 benda yang tak elok. 

Kan dulu si dia pernah terkena dan ain pernah bacakan untuk dia. Satu hari ain cuba amalkan sendiri, tekapkan earphone dan pasang kuat2. Ya ALLAH, betapa panas dan kuat jantung berdegup. Benda yang menjalar kat bawah kulit bergerak laju daripada kaki ke atas badan balik ke paha dan kembali ke ibu kaki. Kepala dah teleng2 kejap belah kiri dan kejap belah kanan sebab benda tu tak nak bagi kita dengar. Air mata mengalir laju keluar dan ain menangis teresak2 seolah2 bila kita menangis ditimpa musibah yang berat. Tapi ain masih lagi sedar masa tu, ain pasti bukan ain yang menangis semata-mata tidak tahan panas yang membara, tapi benda tu menangis sebab dia tak nak dengar ayat rukyah, dia tak nak keluar dan dia rasa sakit. Serius semasa dengar ayat rukyah, badan memang panas, berpeluh-peluh, rasa sakit pada ibu jari kaki, perasaan berdebar  terlampau dan seluruh badan bergegar. Masa tu juga ain beritahu pakcik dia dan dia tolong ubatkan. 

Kata pakciknya, jangan sesekali tinggal solat, jangan tidur waktu lepas asar ke maghrib, rajin2 lah baca quran, jangan mandi berbogel ( ye adik2 dan wanitaku sekalian, sebab ramai yang tumpang tengok dan akhirnya jatuh cinta pada kita), rajin bersihkan diri terutamanya semasa dalam keadaan yang kotor (haid) dan jangan biarkan diri terlalu diulit oleh perasaan yang tidak enak. Contoh: kalau kita sedih sangat, kita sering termenungkan? masa tu la mungkin ada benda yang nak berdamping dengan kita...lagi2 lah masa kita marah. Sentiasa penuhkan masa dengan benda yang berfaedah.

Masa tu, alhamdulillah dah ok. Setiap malam amalkan membaca ayat rukyah sehinggalah sekali lagi manusia ini terleka. Masa kat rumah selepas setahun berlalu, malam magrib ada satu  program rukyah bersama ustaz2 dari Kuching datang ke surau di kampung dengan tujuan nak ajar bacaan rukyah dan scan sesiapa yang datang ke surau. Masa tu ain tak pergi pun, entah kenapa rasa sangat berat hati dan macam ada perasaan takut. Tapi ain duduk di luar rumah sambil dengar dari jauh sayup-sayup suara ustaz di surau dengan adik-beradik.

Ustaz tu kata:-
1. Tutup mata..tenangkan hati dan hayati ayat rukyah yang akan saya bacakan ini.
2. Jika ada sebarang tanda2, maka mungkin ada makhluk ALLAH yang lain berdamping dengan anda. Sesungguhnya ini ada lah dugaan dan cabaran kepada anda.

Masa tu, dengan bersandarkan tiang rumah, ain ikut arahan ustaz tu, pejam mata dan dengar bacaan syahdu ustaz, dan YA ALLAH, terjadi lagi simptom yang ain sebutkan diatas. Panas, berdebar, benda bergerak di bawah kulit dan menangis lagi teresak2. Kepala terteleng2 lagi kekiri kekanan. Sempat lagi berfikir masa tu, Ya ALLAH dugaan apa lagi yang Kau berikan padaku. Adik2 yang dengar ain menangis rasa takut gila. Untuk pengetahuan anda sekalian, masa bapak balik dari surau katanya da 3 orang meraung2 menangis semasa mendengar bacaan ayat rukyah.

Apa yang ain buat lepas tu, ain cari ustaz di Kuching dan buat rawatan dengan dia. Ustaz baca ayat al-quran, suruh kita duduk menghadap kiblat dan bersilat di belakang kita. Memang takut ain masa tu dan hati berdebar kencang. Alhamdulillah pulih juga dari benda yang tak elok. dan percayalah, ustaz tu cakap benda yang sama seperti pakcik si dia bagitau. 


"Kembalilah mendekatkan diri kepada ALLAH..laksanakan apa yang ibadat dan jauhkan segala yang mungkar( terpaku seketika diri ini). Amal maaruf nahi mungkar". Beramal dan berkawanlah dengan Al-Quran."

Sesungguhnya apa yang terjadi kadang2 berpunca dari diri sendiri. Walaupun memang ada orang yang dengki pada diri kita dan hantar benda syirik segala, tetap itu semua urusan ALLAH dan DIA memang hendak menguji kita sama ada kita sabar atau tidak menghadapi benda yang tidak elok begini. Sebab tu, ain ceritakan pada kawan2 maya sekalian bahawa benda macam ni memang wujud dan kalau boleh kita protect diri kita dengan beribadat kepada ALLAH. Sembahyang itu tiang agama, itulah pendinding diri yang terbaik buat kita. Ampunkan aku Ya ALLAH, atas dosaku yang lalu...

Jadi, pembaca yang dikasihi, bacalah atau dengar lah ayat rukyah ni sebelum tidur serta biarlah tidur dengan berwuduk. Kalau nak cuba untuk scan sendiri pun cubalah. Lau ada tanda2 yang disebut di atas, cepat2 lah pergi berubat. Buang rasa malu dan kita tak nak benda gini memudaratkan diri kita.

Salam ukhwah :))

Sumber : http://nurriz3120.blogspot.com/

April 8, 2014

PELACUR, ANJING DAN KEHIDUPAN


PELACUR, ANJING DAN KEHIDUPAN
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 Assalamualaikum ya akhi, ya ukhti... :)
Hari ini, saya terbaca entry daripada blog minda tajdid milik Dr. Maza mengenai artikel ini. InsyaAllah, semoga bermanfaat. Ingatlah bahawa, biarpun dosa kita setinggi langi... Nescaya ALLAH akan mengampuninya melalui rahmat-Nya. InsyaAllah...

Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya. Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar.

Namun rahmat Tuhan itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan mewakili Tuhan dan Nabi. Malangnya, mereka tidak membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah kepada NabiNya s.a.w
Mereka itu selalu gambar Allah penuh dengan sifat keras, tanpa ihsan dan kesian, hanya tahu menghukum dan melaknat. Di manakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis di atas?! Di manakah imbangan yang terkandung dalam firman Allah:
“Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya” (Surah al-Hijr 49-50)
HINA DAN MULIA
Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Ada pun anjing binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat. Perumpamaan ‘engkau bagaikan anjingkan’adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya.
Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?! Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.
APAKAH SYURGA MURAH?
Kita mungkin tertanya-tanya: alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid? Sudah pasti tidak demikian! Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Tidak begitu!
Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya. Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahir diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah.
Amalan yang sama mempunyai nilai berbeza di sisi Allah disebabkan berbezanya keikhlasan dan kekusyukan jiwa pengamal-pengamalnya. Nilai solat dua rakaat setiap kita, mungkin tidak sama di sisi Allah berdasarkan kekusyukan pengamalnya. Bahkan solat dua rakaat yang seseorang lakukan dari masa ke semasa juga tidak sama di sisi Allah disebabkan perbezaan keikhlasan dan kekusyukan ketika mengamalkannya. Maka dua orang yang berada dalam saf solat yang sama, belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagaikan langit dan bumi.
Demikianlah amalan baik sesama manusia atau terhadap haiwan dan alam, Allah mengetahui hakikat yang tersimpan dalam jantung hati setiap yang melakukan amalan itu. Perbuatan mungkin kelihatan sama, namun nilai kejujuran dan penyerahan jiwa kepada Allah, tidak semestinya sama. Menderma, berbudi bahasa, tolong menolong dan seumpamanya adalah amalan yang baik pada zahirnya. Nilaian di sisi Allah pada keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya. Sebab setiap pembuat kebaikan itu tidaklah semestinya sama kadar kejujuran yang ada dalam jiwa mereka.
BANYAK DAN SEDIKIT
Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM 10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih dari seorang kaya yang menderma RM1000. Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu. Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji 10 atau 15 ringgit sehari.
Dia mengeluarkan RM 10 dengan penuh erti dan berat, sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah. Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah dibandingkan derma RM1000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharap ganjaran Allah. Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah. Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya lebih.
TIDAK SAMPAI AJARAN
Demikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas iaitu memberi minum kepada seekor anjing, namun mungkin jiwanya penuh dengan insaf dan mengharapkan kurniaan Tuhan kepadanya atas perbuatan baik itu, maka dia pun diampun, dan dibuka jalan kebaikan. Mungkin juga perbuatan lacur yang dilakukan selama ini kerana keadaan yang memaksanya, atau kehidupan yang mendesaknya, atau suasana yang mengheretnya begitu. Allah tahu tentang dirinya, Allah tahu tentang nilai-nilai luhur yang ada dalam jiwanya. Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah ampuninya. Demikian Allah akan ampuni hamba-hambaNya yang baik yang berada dalam suasana yang sama.
Berapa ramai orang-orang bukan muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Malangnya, umat Islam atas kelemahan dan kegagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi meyakinkan. Saya percaya Allah akan mengampuni mereka, sekalipun ada kelemahan pada diri mereka. Namun, kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai di sisi Allah. Apatah lagi menyebut:
“Kami tidak akan mengazab, sehinggalah Kami mengutuskan rasul” (Surah al-Isra; ayat 15).
Maksudnya, sehingga ajaran rasul atau utusan Allah itu sampai kepada seseorang, barulah dia dikira bersalah jika enggan mengikutnya. Ajaran Islam yang sebenar gagal disampaikan kepada kebanyakan masyarakat manusia di dunia ini. Selain media Barat yang memburukkan wajah Islam, umat Islam sendiri pun tidak berdakwah dan gagal menjadi contoh yang baik. Ramai manusia hidup atas nilai-nilai kebaikan yang ada dalam jiwa mereka tanpa berpeluang menikmati tauhid yang benar. Semoga Allah mengampuni mereka. Bahkan mungkin mereka lebih mendapati keampunan Allah, dibandingkan kita yang mengetahui ajaran para rasul, tetapi gagal menanamkan nilai-nilai luhur dan jujur dalam jiwa.
INSAFI DIRI
Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama. Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika pada dalam jantung hatinya keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang. Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah lebih daripada kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah!

March 26, 2014

Kapten Zaharie mungkin HERO MH370.



Terlalu banyak spekulasi mengenai MH370. Keganasan, rampasan , dan meteor. Saya tidak boleh mempercayai analisis daripada CNN. Saya cenderung untuk mencari penjelasan yang lebih mudah mengenai insiden ini.


Pesawat 777 yang dipenuhi penumpang berlepas pada tengah malam dari Kuala Lumpur ke Beijing. Malam yang hangat… Pesawat yang berat... 


Kira-kira sejam meluncur ke arah Vietnam, pesawat tidak dapat dikesan bermakna transponder dan secondary radar terpadam.


Dua hari kemudian kita mendengar laporan bahawa radar tentera Malaysia (merupakan primary radar) telah mengesan pesawat berubah arah penerbangan di sepanjang Semenanjung Tanah Melayu menuju Selat Melaka .


Apabila saya mendengar perkara itu, saya segera membuka perisian Google Earth dan saya mencari lapangan terbang berdekatan laluan pesawat itu yang menuju ke barat daya.


Pusingan kiri adalah kunci di sini. Kita bercakap mengenai seorang juruterbang senior yang berpengalaman lebih 18,000 jam jumlah penerbangan. Mungkin beberapa juruterbang muda yang ditemubual oleh CNN tidak mengendahkan pusingan kiri ini.


Kami juruterbang veteran dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika dalam sesuatu penerbangan sebagai langkah jika berlaku kecemasan.


Naluri saya apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, saya tahu juruterbang itu mahu menuju ke sebuah lapangan terbang.


Dia sebenarnya mengambil laluan terus ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat.


Lapangan Terbang Langkawi yang dikatakan Goodfellow

Sila lihat pada Google Earth tentang lapangan terbang ini. Juruterbang ini melakukan semua perkara yang betul. Dia berhadapan dengan suatu situasi sukar di dalam kapal yang membuatkan dia segera mengambil keputusan kembali ke lapangan terbang terdekat.


Bagi saya kehilangan transponder dan komunikasi suatu yang masuk akal jika berlaku kebakaran. Dalam kes kebakaran tindak balas pertama ialah menarik semua busses utama dan memulihkan litar satu demi satu sehingga anda mengasingkan yang rosak.


Jika mereka menarik busses itu, pesawat akan menjadi senyap(tiada perhubungan). Ia mungkin satu keadaan yang serius dimana mereka perlu mengawal pesawat dan cuba memadam api. Aviate, Navigate dan akhir sekali berkomunikasi. 


Melihat kepada masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.


Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang.


Terdapat satu insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 dimana tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.


Benar, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan ketika kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit.


Illustrasi pandangan Chris Goodfellow

Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit dan seterusnya terhempas. Saya sudah katakan empat hari lalu anda akan menemuinya sepanjang laluan itu - mencari di kawasan lain hanya sia-sia.


Juruterbang ini, seperti yang saya katakan adalah seorang hero yang bergelut dengan satu situasi yang mustahil dimana dia cuba mendaratkan pesawat itu ke Langkawi.


Tidak ada keraguan dalam fikiran saya. Itulah punca mengapa pesawat itu melakukan pusingan dan terus meluncur ke laluan lurus. 


Rampasan tidak akan membuatkan pesawat itu beralih arah secara sengaja dan menuju ke Langkawi. Pesawat pasti terbang lebih lama sehingga perampas mengambil keputusan membawa pesawat itu ke sesuatu lokasi.


Apa yang menghairankan tiada seorang pun daripada pemberita, pegawai-pegawai, dan juruterbang lain yang ditemuramah melihat perkara ini dari sudut pandangan juruterbang. 


Jika sesuatu yang buruk berlaku kemana dia akan pergi?...


Melalui Google Earth yang hanya mengambil 30 saat saja, saya langsung ternampak Langkawi. Membesarkan peta, dan ternampak landasan.... Naluri saya tahu juruterbang ini mengetahui lokasi lapangan terbang itu.


Dia mungkin telah banyak kali melakukan penerbangan di situ.


Kebakaran dalam pesawat hanya menuntut satu perkara - anda perlu menurunkan pesawat itu ke atas landasan secepat mungkin.


Terdapat dua pengalaman dalam ingatan saya. AirCanada DC9 pada tahun 80-an contohnya telah melintasi beberapa lapangan terbang kerana juruterbang tidak mengetahui landasan terdekat. Juruterbang itu berjaya mendaratkan pesawat namun 30 nyawa tidak dapat diselamatkan. 


Pada tahun 1998, kemalangan melibatkan Swissair DC-10 juga salah satu contoh menunjukkan juruterbang adalah hero sebenar. Mereka baru sahaja berlepas 15 minit menuju ke Halifax tetapi kebakaran menyebabkan pesawat itu terpaksa mendarat di lautan. Kejadian itu berlaku selepas sejam pesawat itu berlepas daripada Kennedy. Transponder dan alat komunikasi lain terpadam kerana mereka telah menarik busses di dalam pesawat itu.


Bagi saya itu adalah penjelasan yang mudah mengapa ia berpusing dan menuju ke arah itu.


Juruterbang seorang yang bijak, hanya tidak mempunyai masa.


Chris Goodfellow
-Bekas Juruterbang warga Canada

-Lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang Penerbangan

March 24, 2014

MH370 - Sebuah takdir ALLAH

Puisi Tidak Puitis Untuk 'MEREKA'

Tangisan mereka
Bukan sebuah epilog lara
Bukan juga nestapa duka yang direka

Titis tangis
gusar di hujung hati mengguris(menggores)
sebuah kenangan tercipta dulu
kini umpama angin yang menjadi debu

Patah sayap mereka terbang
dipatahkan sayap mereka terjatuh
tumbuh benih seulas
tumbuh bunga sekuntum
lenyap rindu dihempas dentum

Nestapa,
bukannya sebuah prolog yang diminta
itu kesudahan
itu kesudahan
itu penghujung takdir Allah kepada mereka

Betapa susahnya mengenang tragedi yang dianggap bala
Mereka menanggung pilu rasa
Kita memikul empati jiwa
Al-Fatihah kepada 'mereka'
Salah takziah kepada 'mereka'
Salam ketemu lagi, di kehidupan baharu.

Riduan Judin
23/3/2014 - 10.48
IPG KBM, KL

March 8, 2014

Riwayat Malaikatul maut mencabut rohnya sendiri

#Kisah Malaikat pencabut nyawa 'mencabut rohnya sendiri'

Sebuah riwayat mengatakan:

Pada saat sangkakala ditiup oleh malikat Israfil, maka matilah semua makhluk, kecuali:
1. Malaikat Jibril
2. Malaikat Izrail
3. Malaikat Israfil
4. Hamalatul Arsy

Lantas ALLAH memerintahkan agar ketiga-tiga malaikat itu dicabut nyawanya, lalu perintah ALLAH itu dituruti oleh Malaikat Izrail.

Malaikat IZRAIL Menjerit dengan Keras.

Setelah ketiga malaikat tadi sudah dicabut nyawanya, hanya ada Allah S.W.T dan malaikat Izrail saja yang masih hidup.

ALLAH SWT berfirman,
"Hai Malakulmaut (malaikat izrail), tidakkah kamu mendengar FirmanKu, Kullu Nafsin Dza'iqatul maut, tidakkah engkau tahu setiap yang bernyawa itu akan merasakan mati."

Allah SWT berfirman lagi,
"Aku jadikan engkau untuk tugas itu dan engkau juga harus mati."

Dalam riwayat lain mengatakan bahawa, ketika Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail untuk mencabut nyawanya sendiri. Maka pergilah Malaikat Izrail ke sebuah tempat antara syurga dan neraka. DI tempat itulah Malaikat Izrail mencabut rohnya sendiri.

Saat rohnya dicabut, maka menjeritlah Malaikat Izrail dengan sangat keras, bahkan dengan jeritannya itu bila masih ada makhluk yang hidup, maka dia akan binasa, karena jeritannya tersangatlah dahsyat.

Malaikat Izrail berkata,
"Kalaulah aku tahu bagaimana sakitnya saat roh dicabut, maka aku sudah barang tentu akan mencabut roh orang-orang mukmin dengan cara yang paling lembut sekali."

Setelah Malaikat Izrail mati, maka tinggal Allah SWT sajalah yang Maha Berdiri, Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Hidup buat selamanya.

Antara nikmat dan derita!

Diriwayatkan bahawa, "ALLAH akan mengambil manusia yang paling derita di muka bumi ketika di akhirat kelak, lalu dicelupkan/ dimasukkan seketika di syurga kemudian dikeluarkan, lalu ditanyakan kepadanya, "Wahai Fulan, adakah engkau rasa derita dalam hidup? Dia menjawab, "Tidak, aku tidak pernah merasa derita dalam hidup." 

Kemudian, ALLAH mengambilmanusia yang paling nikmat di dunia ini, lalu dicelup/dimasukkan sekelip mata di neraka,lalu ditanyakan kepadanya, "Wahai Fulan, adakah engkau rasa nikmat dalam hidup?" Dia menjawab, "Tidak, aku tidak pernah merasa nikmat dalam hidup." MasyaAllah...Nauzubillah.

#Kita hanya bersyukur apaila diberikan benda baru, sedang apa yang sedia ada dalam diri kita adalah satu nikmat yang besar,
#kita meminta, dan bahawasanya, ALLAH memberikan sesuatu melebihi daripada apa yang kita munajatkan kepadanya. Maha suci ALLAH.

March 2, 2014

Bagaimana Cara Jin Beribadah Kepada Allah?


Assalamualaikum para sahabat yang dirahmati ALLAH Azza Wajalla. Mungkin ada diantara kita yang sering tertanya-tanya mengenai bagaimana cara Jin beribadah? Kita kena yakin bahawa ALLAH tidak menciptakan sesuatu itu tanpa tujuan. Sebagaimana ALLAH pernah episodkan dalam kalam-Nya bahawa, tidak diciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepada-Nya. Jadi bagaiman? Labaiq...

Bagaimana Cara Jin Itu Beribadah Kepada Allah?

Golongan jin beribadah menurut syariat pada masa Nabi berada. Untuk sekarang para jin beribadah mengikuti cara Nabi Muhammad saw:
“Katakanlah ( hai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku bahwasanya sekumpulan jin telah mendengarkan (Al-Qur’an) lalu mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Qur’anyang menakjubkan (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorangpun denganTuhan kami, dan bahwasanya Maha Tinggi kebersaran Tuhan kami, Dia tidak beristri dan tidak (pula) beranak.” [Al-Jin(72):1-3].

Allah menciptakan mahluk semua ada tujuannya. Begitu juga dengan penciptaan jin.
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” [Adz-Dzariyat(51):56].

Jadi pada awal mulanya jin itu adalah mahluk yang taat beribadah kepada Allah. Contohnya iblis adalah jenis mahluk yang sangat meyakini ketauhidan Allah. Mengapa kemudian mereka kafir kepada Allah?

Ini tidak lepas dari penciptaan Adam sebagai manusia pertama. Ketika Adam diciptakan dan diajarkan nama-nama benda, maka dia lebih unggul dari malaikat dan iblis.Allah menyuruh kedunya sujud tanda hormat kepada Adam, malaikat tunduk, tetapi iblis menolak, karena itulah dia kafir kepada Allah. Iblis yang kafir kemudian mendapat sebutan setan.

Sejak kejadian itu, mulai terpecah-belahlah golongan jin menjadi dua. Yang pertama golongan jin kafir juga disebut setan, kedua jin yang tetap tunduk kepada Allah, sebut saja jin Muslim. Jin kafir menggoda dan mencelakakan manusia hingga akhir dunia, sementara jin Muslim tetap kepada fitrahnya beribadah kepada Allah.

Dalam Al-Qur’an disebutkan:
“ Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda-beda.” [Al-Jin(72):11].
“Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) (orang-orang) yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mreka menjadi kayu api bagi neraka Jahanam.” [Al-Jin(72):14-15].

Jin terus menggoda anak cucu Adam di dunia, hingga saat munculnya Nabi Sulaiman yang diberikan kemampuan Allah untuk bisa menundukkan bangsa jin.Jin dan setan itu diperbudak oleh Nabi Sulaiman untuk membangun gedung yang tinggi, patung-patung, piring-piring yang besar seperti kolam, dan periuk yang tetap berada di atas tungku.

Kemampuan Nabi Sulaiman menundukkan jin ini karena doanya terkabul.
“( Ya Tuhanku), anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorangpun jua sesudahku.” [Shad(38):35].

Doa inilah yang mencegah Nabi Muhammad saw untuk mengikat seorang jin atau iblis yang telah mengganggu salatnya. “Demi Allah, kalau tidak karena doa saudara kita Sulaiman, niscaya dia akan diikat sehingga bisa dipermainkan oleh anak-anak penduduk Madinah.” (HR Muslim).

Dari hadis ini dapat diambil kesimpulan bahwa tidak ada seorangpun yang dapat menundukkan jin, sebab kemampuan untuk menundukkan jin hanya bisa dimiliki Nabi Sulaiman dan para nabi yang telah mendapatkannya dari Allah, sehingga Nabi Muhammad saw sendiri mengurungkan niatnya – meski memiliki kemampuan untuk itu.

Bagaimana kalau jin itu sendiri yang suka rela membantu manusia?Rasulullah sebagai manusia yang agung, yang dulu banyak mendapatkan kesulitan, tidak pernah mendapatkan tawaran bantuan dari jin (Muslim). 

Begitu juga tidak ada cerita para sahabat bekerja sama dengan jin. Yang ada justru cerita tentang para jin yang menggoda para sahabat, seperti kasus Abu Hurairah yang di datangi jin kafir yang menyamar sebagai peminta-minta. Tiga hari berturut-turut jin itu meminta sesuatu dari baitul maal, ketika dilaporkan kepada Nabi, maka diberitahu bahwa itu adalah setan yang menyamar, maka ditangkapnya. Setan itu minta dilepaskan dengan imbalan mengajarkan kepada Abu Hurairah supaya tidak tergoda setan, yaitu dengan membaca ayat Kursi.

Kebanyakan kerjasama dengan bantuan jin kafir itu justru menimbulkan malapetaka, sebagaiman disitir Al-Qur’an:
“Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka.” (Al-Jin(72):6].

Sebelum Nabi saw diangkat menjadi rasul, setan selalu mengintip pembicaraan di langit ke tujuh. Setelah itu, informasi yang tidak lengkap itu ditambah-tambahi dengan dusta dan disebarkan kepada para dukun pengikut setan untuk meramal atau untuk kepentingan hawa nafsunya sendiri. Itulah sebabnya, manusia bertambah dosa dan kesalahannya karena mereka meminta bantuan para setan itu. Setelah Nabi saw diangkat jadi rasul, Allahmenembak para setan itu dengan meteor, sehingga tertutup pintu langit bagi mereka.

Subhanallah...

Semoga kita termasuk umat yang dirindukan Rasulullah SAW yang selalu tetap istiqamah mengikuti dan mengamalkan Sunnah - Sunnah Beliau. Aamiin.

February 27, 2014

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?



Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

mumia ramses

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!

PLEASE "SHARE" SEBANYAKNYA..cerita kebenaran ini jika anda rasa Islam itu Agama Yang Benar..!!

February 26, 2014

Cara khatam Quran, dan ibadah Haji hanya dalam satu malam(hatta beberapa minit saja)

PINJAM MATA DAN HATI SAUDARA/I DALAM DUA MINIT YA, HEHE. SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBAWA MANFAAT YANG BERTERUSAN.

Ini merupakan cara khatam Quran, dan ibadah Haji hanya dalam satu malam(hatta beberapa minit saja)

Bertanya siti Aisyah kepada kekasih hatinya iaitu Rasulullah :

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat
melaksanakan empat perkara seketika?“
Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur ,
membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-
khatamkan Al-Quran ” Bismillaahirroh
maan irrohiim, ‘Qulhuallaahu ahad’
Allaahussomad’ lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan
ahad’ ( 3x ) “


2. "Membacalah shalawat untukku dan
untuk para nabi sebelum aku" maka
kami semua akan memberimu syafaat di
hari kiamat “ “ Bismillaahirrahmaan
irrahiim, Allaahumma sollii ‘alaa
Muhammad wa’alaa aaliihi Muhammad
( 3x ) “


3. “Beristighfarlah” untuk para
mukminin maka mereka akan meridhai
engkau “ Astaghfirullaahal aziim allazii
laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3x )


4. Dan perbanyaklah “bertasbih,
bertahmid , bertahlil dan bertakbir”
maka seakan-akan engkau telah
melaksanakan ibadah haji dan umrah “
Bismillaahirrahmaanirrahiim,
Subhanallaahi Walhamdulillaahi
walaailaaha illallaahu allaahu akbar
( 3x )


Sampaikanlah kepada orang lain, maka
ini akan menjadi Sedekah Jariah pada
setiap orang yang anda kirimkan pesan
ini, dan apabila kemudian dia
mengamalkannya, maka kamu juga akan
ikut mendapat pahalanya sampai hari
kiamat....
Tiada daya dan upaya melainkan dengan
kekuasaan dan izin ALLAH
ALLAHUMMA SHALLI ' ALA SYYIDINA
MUHAMMAD WA' ALA AALI SYYIDINA
MUHAMMAD


***Kongsilah ilmu ini dengan orang yang anda sayang dan kepada saudara-saudara kita yang lain, InsyaAllah pahala kita berterusan. Ana Wan :)

February 21, 2014

Cara-cara 'Bypass' survey download



Assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ini aku nak share tutorial cara nakBYPASS SURVEY download. Bagi kaki download software dan game mesti pernah jumpa survey yang menyakitkan hati ni. Tapi jangan risau, hari ni aku ajar korang cara bypass hoho...

Sebenarnya trick ni bukan bypass pun, tetapi cara yang betul nak lepas survey. cara ni boleh guna kat semua jenis survey macam sharecashfileice, dan lain2 lagi, asalkan cukup syarat dan buat macam dalam tutorial ni.

Tutorial ni disediakan oleh :
Anis Asraf And ZACC Team


Benda Wajib yang Perlu Ada :

- Handset/Handphone/Phone/
- Simcard/Kad sim (Jangan guna simcard yang postpaid atau Line)
- Kredit Bawah RM 2 ( Kalau Nak Selamat )


Cara-cara :

1. Buka laman web yang korang nak download tu, dan akan ada keluar survey.

2. Pilih mana-mana Survey (Kalau boleh cari yang Number :33370)

3. Lepas tu ikut ja apa yang dia suruh buat, contohnya macam suruh main tembak itik ka, letak nama tengok jodoh la macam2.Buat ja...Tapi jangan tutup tab yang ada survey tu.

4. Dalam survey korang selalunya diminta untuk letakkan no telefon korang. letak ja .
Lepas tu akan ada satu mesej sampai .lepas dapat ja mesej tu, survey akan unlock dan korang dah boleh download file tu!

5. Sekarang step paling penting! Jangan terus download, korang kena batalkan langganan korang dengan survey tu dulu. Caranya :Hantar Sms Ni

CONTOH : Tulis "Stop" and Send Ke nombor Contoh : 33370 atau 33134

Itu Sajaa ! Dah Try 3 Kali . 50 Posen Je Hilang . Tapi Step 5 PALING PENTING !

#Ini adalah entry blog rakan, saya belum pernah mencuba kaedah ini.