January 22, 2013

Khabar Dari Dompet Bujang

Salam Ramians, hari ini teringin pula admin nak berkongsi satu topik yang mungkin sudah terlalu ramai yang menulis entry pasal ni. "DOMPET BUJANG", perkataan yang sangat sinonim dengan orang lelaki yang sudah ada rumah tapi belum ada tangga hehe-maksudnya yang tak kawin lagilah...Admin tak nak ambil contoh yang jauhlah, kalau admin tengok sendiri dompet admin ni...perghhh, kalau nak hantar dekat Muzium di sebelah KL Sentral tu pun rasanya dapat sambutan yang menggalakkan hehe. Seingat saya, kali terakhir admin tukar dompet ni pada penghujung tahun 2011-begitu lama ye. Tapi orang bujang yang lelaki dan perempuan ni tak sama, kalau kita tengok dompet/wallet orang perempun yang masih bujang ni-sentiasa cantik saja, mungkin  setiap bulan beli yang baharu kot hehe. Lain pula kalau orang lelaki ni, masa buka dompet tu-rasany tinggal beberapa utas benang sahaja yang memautkan poket dompet yang di sebelah kiri tu(kalau tak percaya, tengok dompet masing-masing bagi yang lelaki. Kalau yang perempuan, cuba tengok dompet Boyfriend kmu(tak digalakkan haha). Biasanya kalau keluar dengan si dia, mesti tak terlepas pandang tegur dompet yang sungguh nostalgia ini, bukan tak nak tukar tapi terasa sayang nak buang benda yang selalu menjadi peneman kita di mana-mana, betul tak? Apa-apapun admin sayang dompet admin ni. hehe(artikel ini tidak memerlukan gambar-kang bocor rahsia admin hehe..:)

No comments:

Post a Comment