October 27, 2015

10 Manusia Paling Misteri Di Dunia

10 Manusia Paling Misteri Di Dunia

Mereka muncul dan hilang secara tiba-tiba. Latarbelakang, identiti, dan sejarah kehidupan mereka tidak diketahui oleh sesiapa yang menjadikan mereka manusia paling misteri dalam sejarah dunia. Apa yang mampu dilakukan adalah andaian dan spekulasi semata-mata untuk mengetahui asal-usul mereka dan apa yang terjadi kepada mereka. Berikut adalah catatan ringkas senarai 10 orang manusia paling misteri di dunia.

1. The Isdal Woman

  
Dalam tahun 1970, sekujur tubuh wanita yang tidak dikenali dijumpai mati di Death Valley yang terletak di Bergen. Mayat wanita itu dijumpai dalam keadaan bogel. Disamping mayat itu pihak polis telah menjumpai passport yang terbakar dan pil tidur. Setelah siasatan dilakukan wanita tersebut didapati mempunyai sembilan identiti palsu yang digunakan untuk mengembara di Eropah. Autopsi yang dijalankan mendedahkan wanita tersebut mengambil beerapa biji pil tidur yang menjuruskan kematiannya. Ada yang mempercayai ia dibunuh namun identiti sebenar masih lagi misteri.



2. Tank man


Gambar seorang pemuda Cina berdiri di hadapan barisan kereta kebal telah lama menjadi viral di internet dan menjadi simbol ikon kepada penentang komunis di negara China. Akhbar tempatan melaporkan pemuda tersebut adalah Wang Weilin dan merupakan seorang pelajar. Pihak Berkuasa China menafikan laporan tersebut dan mendakwa pemuda tersebut tidak ditahan atau dihukum. Apakah nasib sebenar yang menimpa pemuda tersebut tidak diketahui.
 
 
3. The Man in the Iron Mask
 
Kisah Man in the Iron Mask telah banyak kali difilemkan dan kali terakhir dilakonkan oleh Leonardo De Caprio. Sejarah dan identiti lelaki tersebut masih lagi kabur dan penuh misteri. Catatan ringkas hanya menyatakan dia dipenjarakan pada tahun 1669 bersama banduan-banduan yang lain hampir 34 tahun dan hanya dikenali dengan nama Marchioly. Dia meninggal pada 19 November 1703 tanpa siapa mengetahui atau melihat wajah sebenar lelaki tersebut disebalik topeng besi.


4. Agent 355



Ejen 355 adalah nama samaran yang diberikan kepada seorang pengintip wanita. Pengintip tersebut berkhidmat dengan George Washington sewaktu perang Revolusi Amerika. Namun, beliau ditangkap dan dipenjarakan oleh Pihak British di atas sebuah kapal dan dibiarkan mati disitu. Identiti sebenarnya masih lagi tidak diketahui.


 5. Kaspar Hauser


26 Mei, 1828. Seorang budak lelaki muncul di jalanan Nuremberg. Dia membawa sepucuk surat yang dialamatkan kepada kapten Skuadron ke-Empat Rejimen Kavalri Ke-Enam. Budak lelaki itu mendakwa namanya ialah Kaspar dan dibesarkan dalam kurungan yang terasing. Saiz kurungan tersebut ialah 2 meter panjang, satu meter lebar dan setengah meter tinggi. Budak lelaki itu tidak mengetahui latar belakang silamnya kecuali ayahnya bekas seorang askar kavalri. Dia hanya memakan roti dan minum air. Kelakuan budak tersebut agak aneh kerana dia mencapai apa sahaja objek yang berkilau seolah-olah tidak pernah melihatnya. Pelbagai cerita mengenai identiti budak tersebut muncul namun tidak dapat dibuktikan kesahihannya dan kemunculannya secara tiba-tiba masih lagi misteri.


 6. Green Children of Woolpit

Pada kurun ke-12 yang lampau, dua orang kanak-kanak iaitu adik dan kakak mempunyai kulit berwarna hijau yang luar biasa. Mereka berdua muncul secara tiba-tiba di sebuah perkampungan di Woolpit, Sufolk. Mereka bertutur dalam bahasa yang tidak difahami serta tidak memakan apa-apa kecuali kacang. Tidak lama kemudian mereka belajar bahasa Inggeris dan mula memakan makanan lain. Kulit mereka yang berwarna hijau beransur-ansur hilang. Namun, si adik mendapat sakit dan akhirnya meninggal dunia. Kakaknya mendakwa mereka berasal dari sebuah tempat yang bernama St Martin's Land yang terletak di dunia bawah tanah. Kawasan tersebut tidak mendapat cahaya matahari yang cukup menyebabkan segala-galanya berwarna hijau. Asal-usul mereka masih lagi dibelenggu misteri dan ada pihak yang mendakwa mereka adalah makhluk asing atau alien dari dunia luar.


 7. Jack the Ripper

Tahun 1888 menggemparkan penduduk London dengan pembunuhan kejam lima orang pelacur. Kesemua kerongkong pelacur dikelar, perut mereka dibedah dan organ dalamannya ditarik keluar. Kaedah pembunuhan tersebut seolah menunjukkan pembunuh mempunyai kemahiran membedah dan mempunyai pengetahuan anatomi manusia yang baik. Polis, penyiasat dan media ketika itu menerima banyak surat daripada pembunuh tersebut yang menggelarkan dirinya Jack The Ripper. Identiti sebenar pembunuh bersiri tersebut masih lagi misteri dan mengapa pelacur menjadi mangsanya masih lagi menjadi tanda tanya sehingga kini.


 8. The Man from Taures


Dalam tahun 1954, seorang lelaki mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo. Pihak keselamatan berasa curiga melihat lelaki tersebut lalu melakukan siasatan. Lelaki tersebut menunjukkan negaranya di atas peta iaitu sebuah negara yang bernama Andorra. Namun lelaki tersebut menyebut nama rasmi negaranya adalah Taurus. Sedangkan lokasi yang bernama Taurus hanya wujud 1000 tahun yang lampau. Namun, passport, lesen memandu dan rekodnya menunjukkan sejarah latarbelakangnya adalah betul. Bingung dengan situasi tersebut pegawai bertugas menghantarnya ke hotel berdekatan dan menugaskan dua orang pegawai mengawasinya. Keesokan paginya lelaki tersebut hilang secara misteri tanpa meninggalkan jejak langsung!.


 9. Babushka Lady


Ketika pembunuhan Presiden John F. Kennedy berlaku dalam tahun 1963, seorang wanita berusia yang tidak dikenali berada di tempat kejadian. Berdasarkan keterangan saksi dan gambar yang diambil wanita tersebut memakai skaf kepala dan mengambil gambar kejadian tersebut. Setelah J.F.Kennedy ditembak wanita tersebut menyusup kedalam kumpulan orang ramai yang kelam kabut dan akhirnya menghilangkan diri. Dari gambar-gambar yang diambil wanita tersebut membelakangkan kamera atau menutup mukanya dengan kameranya sendiri. Walaupun pihak FBI telah memanggil wanita itu namun ia tidak menampilkan diri.


 10. D.B. Cooper


24 November, 1971. Seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Dan Cooper telah merampas pesawat Boeing 727. Dia mendakwa membawa bom di dalam begnya. Dan Cooper telah menuntut wang sebanyak USD 200,000 dan empat payung terjun. Permintaanya dipenuhi dan Dan Cooper telah menghilangkan diri dengan payung terjun dari pesawat tersebut pada tengah malam. Latar belakang dirinya serta nasib yang menimpa dirinya tidak diketahui hingga sekarang. Nama D.B Cooper diberikan oleh pihak media yang tersilap melaporkannya.

Manusia terpelik ke-11 ada di Malaysia ni huhu...

No comments:

Post a Comment