October 27, 2015

10 Manusia Paling Misteri Di Dunia

10 Manusia Paling Misteri Di Dunia

Mereka muncul dan hilang secara tiba-tiba. Latarbelakang, identiti, dan sejarah kehidupan mereka tidak diketahui oleh sesiapa yang menjadikan mereka manusia paling misteri dalam sejarah dunia. Apa yang mampu dilakukan adalah andaian dan spekulasi semata-mata untuk mengetahui asal-usul mereka dan apa yang terjadi kepada mereka. Berikut adalah catatan ringkas senarai 10 orang manusia paling misteri di dunia.

1. The Isdal Woman

  
Dalam tahun 1970, sekujur tubuh wanita yang tidak dikenali dijumpai mati di Death Valley yang terletak di Bergen. Mayat wanita itu dijumpai dalam keadaan bogel. Disamping mayat itu pihak polis telah menjumpai passport yang terbakar dan pil tidur. Setelah siasatan dilakukan wanita tersebut didapati mempunyai sembilan identiti palsu yang digunakan untuk mengembara di Eropah. Autopsi yang dijalankan mendedahkan wanita tersebut mengambil beerapa biji pil tidur yang menjuruskan kematiannya. Ada yang mempercayai ia dibunuh namun identiti sebenar masih lagi misteri.



2. Tank man


Gambar seorang pemuda Cina berdiri di hadapan barisan kereta kebal telah lama menjadi viral di internet dan menjadi simbol ikon kepada penentang komunis di negara China. Akhbar tempatan melaporkan pemuda tersebut adalah Wang Weilin dan merupakan seorang pelajar. Pihak Berkuasa China menafikan laporan tersebut dan mendakwa pemuda tersebut tidak ditahan atau dihukum. Apakah nasib sebenar yang menimpa pemuda tersebut tidak diketahui.
 
 
3. The Man in the Iron Mask
 
Kisah Man in the Iron Mask telah banyak kali difilemkan dan kali terakhir dilakonkan oleh Leonardo De Caprio. Sejarah dan identiti lelaki tersebut masih lagi kabur dan penuh misteri. Catatan ringkas hanya menyatakan dia dipenjarakan pada tahun 1669 bersama banduan-banduan yang lain hampir 34 tahun dan hanya dikenali dengan nama Marchioly. Dia meninggal pada 19 November 1703 tanpa siapa mengetahui atau melihat wajah sebenar lelaki tersebut disebalik topeng besi.


4. Agent 355



Ejen 355 adalah nama samaran yang diberikan kepada seorang pengintip wanita. Pengintip tersebut berkhidmat dengan George Washington sewaktu perang Revolusi Amerika. Namun, beliau ditangkap dan dipenjarakan oleh Pihak British di atas sebuah kapal dan dibiarkan mati disitu. Identiti sebenarnya masih lagi tidak diketahui.


 5. Kaspar Hauser


26 Mei, 1828. Seorang budak lelaki muncul di jalanan Nuremberg. Dia membawa sepucuk surat yang dialamatkan kepada kapten Skuadron ke-Empat Rejimen Kavalri Ke-Enam. Budak lelaki itu mendakwa namanya ialah Kaspar dan dibesarkan dalam kurungan yang terasing. Saiz kurungan tersebut ialah 2 meter panjang, satu meter lebar dan setengah meter tinggi. Budak lelaki itu tidak mengetahui latar belakang silamnya kecuali ayahnya bekas seorang askar kavalri. Dia hanya memakan roti dan minum air. Kelakuan budak tersebut agak aneh kerana dia mencapai apa sahaja objek yang berkilau seolah-olah tidak pernah melihatnya. Pelbagai cerita mengenai identiti budak tersebut muncul namun tidak dapat dibuktikan kesahihannya dan kemunculannya secara tiba-tiba masih lagi misteri.


 6. Green Children of Woolpit

Pada kurun ke-12 yang lampau, dua orang kanak-kanak iaitu adik dan kakak mempunyai kulit berwarna hijau yang luar biasa. Mereka berdua muncul secara tiba-tiba di sebuah perkampungan di Woolpit, Sufolk. Mereka bertutur dalam bahasa yang tidak difahami serta tidak memakan apa-apa kecuali kacang. Tidak lama kemudian mereka belajar bahasa Inggeris dan mula memakan makanan lain. Kulit mereka yang berwarna hijau beransur-ansur hilang. Namun, si adik mendapat sakit dan akhirnya meninggal dunia. Kakaknya mendakwa mereka berasal dari sebuah tempat yang bernama St Martin's Land yang terletak di dunia bawah tanah. Kawasan tersebut tidak mendapat cahaya matahari yang cukup menyebabkan segala-galanya berwarna hijau. Asal-usul mereka masih lagi dibelenggu misteri dan ada pihak yang mendakwa mereka adalah makhluk asing atau alien dari dunia luar.


 7. Jack the Ripper

Tahun 1888 menggemparkan penduduk London dengan pembunuhan kejam lima orang pelacur. Kesemua kerongkong pelacur dikelar, perut mereka dibedah dan organ dalamannya ditarik keluar. Kaedah pembunuhan tersebut seolah menunjukkan pembunuh mempunyai kemahiran membedah dan mempunyai pengetahuan anatomi manusia yang baik. Polis, penyiasat dan media ketika itu menerima banyak surat daripada pembunuh tersebut yang menggelarkan dirinya Jack The Ripper. Identiti sebenar pembunuh bersiri tersebut masih lagi misteri dan mengapa pelacur menjadi mangsanya masih lagi menjadi tanda tanya sehingga kini.


 8. The Man from Taures


Dalam tahun 1954, seorang lelaki mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo. Pihak keselamatan berasa curiga melihat lelaki tersebut lalu melakukan siasatan. Lelaki tersebut menunjukkan negaranya di atas peta iaitu sebuah negara yang bernama Andorra. Namun lelaki tersebut menyebut nama rasmi negaranya adalah Taurus. Sedangkan lokasi yang bernama Taurus hanya wujud 1000 tahun yang lampau. Namun, passport, lesen memandu dan rekodnya menunjukkan sejarah latarbelakangnya adalah betul. Bingung dengan situasi tersebut pegawai bertugas menghantarnya ke hotel berdekatan dan menugaskan dua orang pegawai mengawasinya. Keesokan paginya lelaki tersebut hilang secara misteri tanpa meninggalkan jejak langsung!.


 9. Babushka Lady


Ketika pembunuhan Presiden John F. Kennedy berlaku dalam tahun 1963, seorang wanita berusia yang tidak dikenali berada di tempat kejadian. Berdasarkan keterangan saksi dan gambar yang diambil wanita tersebut memakai skaf kepala dan mengambil gambar kejadian tersebut. Setelah J.F.Kennedy ditembak wanita tersebut menyusup kedalam kumpulan orang ramai yang kelam kabut dan akhirnya menghilangkan diri. Dari gambar-gambar yang diambil wanita tersebut membelakangkan kamera atau menutup mukanya dengan kameranya sendiri. Walaupun pihak FBI telah memanggil wanita itu namun ia tidak menampilkan diri.


 10. D.B. Cooper


24 November, 1971. Seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Dan Cooper telah merampas pesawat Boeing 727. Dia mendakwa membawa bom di dalam begnya. Dan Cooper telah menuntut wang sebanyak USD 200,000 dan empat payung terjun. Permintaanya dipenuhi dan Dan Cooper telah menghilangkan diri dengan payung terjun dari pesawat tersebut pada tengah malam. Latar belakang dirinya serta nasib yang menimpa dirinya tidak diketahui hingga sekarang. Nama D.B Cooper diberikan oleh pihak media yang tersilap melaporkannya.

Manusia terpelik ke-11 ada di Malaysia ni huhu...

Tempat Perkuburan Objek Yang Mengagumkan

Lazimnya, bagi barang-barang lama yang tidak diperlukan, terdapat tempat khas yang akan disediakan bagi menempatkan barangan lama ini..Namun, terdapat sesetengah tempat ini diiktiraf sebagai tempat yang menarik untuk dikunjungi..Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni.. 


1. Perkuburan Kapal Terbang - Arizona, USA


Tempat ini terletak berdekatan dengan Davis Monthan Air Force Base di Tuscon, Arizona. Bagi anda yang pernah melihatnya, saiz keluasannya sangat besar dan sukar untuk ditentukan. Malah, ketepatan kapal terbang ini diletakkan juga amat mengagumkan. Bagi anda yang tidak tahu, sesetengah kapal terbang ini boleh digunakan semula sekiranya perkhidmatan mereka diperlukan kembali. Kawasan ini merupakan kawasan tarikan pelancong yang sangat popular di Gurun Arizona.


2. Perkuburan Kereta Api - Bolivia


Di barat daya Bolivia, terletaknya tempat di mana ia kelihatan seolah-olah segala lokomotif lama di negara ini lama telah diletakkan di padang gurun untuk menikmati perjalanan terakhir mereka. Ia merupakan kawasan perkuburan kereta api gergasi yang penuh sesak dengan gerabak berongga dan tinggalan rangka enjin stim lama. Tanah perkuburan ini terletak di pinggir kawasan perdagangan Uyuni, iaitu kira-kira 3,670 m di atas paras laut.


3. Perkuburan Kapal - Mauritania


Bandar Nouadhibou adalah bandar kedua terbesar di Mauritania, dan merupakan salah satu lokasi tanah perkuburan kapal terbesar di dunia. Beratus-ratus kapal lama dan berkarat dapat dilihat di sekeliling kawasan ini termasuklah di dalam air, dan di pantai. Fenomena ini bermula pada tahun 1980-an selepas nasionalisasi industri perikanan Mauritanian, terdapat banyak kapal-kapal yang tidak lagi ekonomik akan ditinggalkan di sana. Pemilik kapal asing kemudiannya mendapati adalah sangat mudah untuk menghapuskan kapal-kapal lama mereka di teluk berkenaan.

4. Perkuburan Kereta Kebal Soviet - Afghanistan


Di pinggir Kabul, Afghanistan terdapatnya koleksi besar peralatan tentera yang ditinggalkan oleh pihak Soviet selepas gagal menguasai Afghanistan pada tahun 1970-an hingga 1980-an. Pihak Soviet telah meninggalkan Afghanistan dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak mahu sebarang kenderaan yang rosak melambatkan proses pengunduran mereka. Oleh itu, ada sesetengah dari kenderaan tersebut ditinggalkan di sana. Afghanistan mempunyai beberapa kemudahan kitar semula, dan proses ini akan memakan masa yang lama, oleh itu segala kenderaan yang ditinggalkan ini akan menjadi monumen peringatan tentang pencerobohan tentera Soviet di sana.


5. Perkuburan Sauh - Portugal


Antara bukit pasir Pulau Tavira, di Portugal, ada yang dikenali sebagai Cemitério das Âncoras (The Anchor Graveyard). Ia dibina sebagai peringatan terhadap tradisi dalam menangkap tuna dengan jaring besar ("armações de Atum") dengan menggunakan sauh, satu teknik menangkap ikan yang telah dicipta oleh orang-orang Phoenicia. Tavira digunakan sebagai tempat yang dikhaskan untuk menangkap ikan tuna. Mereka membina tanah perkuburan ini untuk mengingati mereka yang terpaksa berhenti dari pekerjaan mereka apabila ikan-ikab besar meninggalkan pantai.


6. Perkuburan Mesin Jualan - Jepun


Terletak di Tamamura, Gunma-ken, Jepun, kubur mesin layan diri ini mengingatkan kita pada masalah alam sekitar, kerana jumlah kuasa yang digunakan untuk memastikan mereka berfungsi dengan terang dan sejuk / panas selama 24 jam sehari.


7. Perkuburan Perang - Eritrea


Di Asmara, sebuah bandar penting dalam Eritrea, merupakan sebuah perkuburan yang dipenuhi peralatan tentera, kenderaan berperisai dan peninggalan lain peperangan, yang telah dirampas oleh tentera Eritrea dan ditinggalkan oleh pihak musuh (Ethiopia) semasa proses pengunduran. "Kami menyimpan tempat ini sebagai sebuah peringatan," kata Peter dari Jabatan Perlancongan. Bagi sebuah negara yang biasa, tempat ini seolah-olah syurga buat saudagar besi buruk, tetapi di Eritrea, ia kekal sebagai sebuah simbol kebanggaan dan kemenangan ke atas Ethiopia.


8. Perkuburan Kereta Era Soviet - Rusia


Kebanyakkan kereta yang berada di kawasan perkuburan ini jarang dilihat di jalan-jalan sekitar Rusia pada hari ini yang pada suatu ketika dulunya menjadi idaman setiap rakyat Soviet untuk memilikinya. Kini, kenderaan berkenaan telah ditinggalkan jauh di kawasan pedalaman era-Soviet sebagai monumen gaya hidup yang lalu. Mungkin ada sesetengah dari kenderaan di sini yang pernah dipandu oleh Stalin atau Brezhnev di jalan-jalan sekitar Moscow. Siapa yang tahu.



p/s: Barangan lama ni kadang-kadang menyimpan memori untuk tatapan generasi masa depan.

MashaAllah, Jom Kenali brigade Al-Qassam

Jom Kenali Brigade Izzuddin al Qassam @ Brigade Al-Qassam




JIKA :


Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),
Amerika Syarikat dengan Navy Seals &Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).




Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid.

P/S - kepada pengupload movie kalo ade movie ni upload ye heee : )

SUMBER SEKUNDER : http://www.syok.org/ 

10 Sejarah Kopi Yang Anda Perlu Tahu

10 Sejarah Kopi Yang Anda Perlu Tahu


RJ meruakan antara penggemar kopi. Old Town White Cofee is my favourite.  Saya tahu mesti ramai antara kamu juga yang menggemari kopi. Jadi, apa kata kita baca sedikit sejarah kopi ni huhu...

Kopi ialah minuman utama dunia selain teh. Aromanya cukup membuatkan kita terangsang dan kepahitannya cukup untuk membuatkan badan kita terasa segar. Namun tahukah anda dari mana datangnya benih kopi ini? Dan bagaimanakah ia diperkenalkan sebagai minuman? Hari ini saya ingin berkongsi 10 Fakta Menarik Tentang Kopi.
Kambing Menari
Legenda menarik tentang kopi bermula dengan kambing. Semasa zaman Euthopia, gembala kambing mula tertarik dengan kopi sewaktu melihat kambing-kambingnya menjadi lincah dan 'berjoget-joget' akibat memakan buah kopi. Kesan kafein dalam kopi membuatkan kopi itu lain daripada yang lain.

Bukan Minuman
Asalnya biji kopi adalah sesuatu yang dimakan. Puak-puak di Afrika mencampurkan buah kopi dengan bahan berlemak untuk dijadikan makanan dalam bentuk bebola. Kegunaannya adalah untuk memberi tenaga.

Kebangkitan Islam
Islam sangat menyumbang kepada kepopularitian kopi kerana sewaktu itu arak diharamkan namun tidak pada kopi.

Bean Belt
Bean Belt merujuk kepada kawasan tropika dan khatulistiwa di mana hanya negara di garisan ini sahaja yang mengeluarkan kopi. Hawaii adalah satu-satunya negeri di Amerika yang mengeluarkan kopi.

Kedai Kopi Diharamkan di England
Pada tahun 1675, Raja England menitahkan semua premis kopi ditutup dan diharamkan kerana baginda mempercayai bahawa kedai kopi adalah sarang konspirasi terhadap pemerintahnnya.

Beza Arabica dan Robusta
Tahukan anda 70% kopi yang diminum di seluruh dunia adalah Arabica, kopi yang lebih halus dan beraroma tinggi manakala selebihnya adalah Robusta, kopi yang lebih pahit dan mempunyai kafein 50% lebih tinggi berbanding Arabica

Permintaan Kopi
Untuk pengetahuan semua, kopi adalah komoditi kedua tertinggi yang didagangkan. Yang pertama adalah Petroleum.

Proses Kopi
Kopi bermula daripada buah-buah kopi yang merah menyala. Kemudian ianya dipetik, dikeringkan dan dikupas sehingga yang tinggal adalah biji kopi yang hijau. Selepas itu ia akan dipanggang dengan suhu 500F atau 260 darjah celcius. Beberapa minit kemudian biji kopi akan meletup seperti bertih dan mengembang dua kali ganda dari saiznya. Kemudian beberapa minit lagi kopi akan meletup semula. Letupan kedua bermaksud biji kopi itu sudah siap untuk dijadikan kopi.

Kopi Segera Lahir Pada Zaman George Washington
Tahukan anda bahawa kopi segera yang berada digondola-gondola shopping mall ini berasal hanya daripada seorang lelaki biasa di Guatemala yang berbangsa Belgian. Kopi segera mula diperkenalkannya pada tahun 1906 iaitu semasa pemerintahan George Washington.

Ekspresso
Espresso dibaca dengan 3 suku kata E-Spress-Oh. Nama ini bukanlah merujuk kepada jenis kopi, teknik panggang atau kisar. Ia adalah sejenis teknik membancuh kopi.
Americano pula berasal dari glosari Amerika sewaktu Perang Dunia Kedua, dimana ia dibancuh seperti ekspresso namun dicairkan sedikit dengan air atas permintaan mereka semasa perang.


Jadilah selepas anda meminum apa jua kopi selepas ini anda pasti akan tersentum lebar kerana anda tahu sejarah kopi tersebut. Cerita tentang kopi yang lebih menarik disini.

Sejarah Jam Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sejarah Jam

Pernahkah terbayang oleh anda bagaimana orang-orang zaman dahulu mengetahui waktu? Penunjuk waktu/jam mengalami perkembangan dari masa ke masa, dari awal dijumpai hingga kini. Tahukah anda? Sebenarnya jam telah digunakan pada abad ke-14 sekitar 700 tahun yang lalu, yang berasal dari bahasa latin yaitu 'clocca'.

Menurut catatan sejarah, sundial atau jam matahari merupakan jam tertua dalam peradaban manusia. Jam ini dibuat oleh seorang ahli Astronomi muslim bernama Ibnu al-Shatir sekitar 3.500 tahun sebelum Masehi. Jam ini menunjukan waktu berdasarkan letak matahari, dengan cara memanfaatkan bayangan yang menimpa permukaan datar. Ibnu al-Shatir mengira waktu dalam sehari dengan 12 jam, pada musim sejuk waktu pendek, sedangkan pada musim panas waktu lebih panjang.

Sekitar 5.000-6.000 tahun yang lalu, orang Mesir mengukur waktu dan membuat kalender dengan menggunakan obelisk. Pada tahun 1400 SM orang Mesir juga menggunakan jam air yang diberi nama Clepsydra. Jam air paling canggih pertama kali ditemukan di zaman kejayaan Islam yang dibuat oleh Al-Jaziri pada tahun 1136-1206 yang berbentuk gajah dan boleh menghasilkan bunyi ditiap jam. Jam astronomi terbesar yang dibuat Al-Jazari disebut Castle Clock, yang dianggap menjadi analog komputer terprogram pertama.

Di dunia Islam, Al-Jazari memang bukan satu-satunya ilmuwan yang menciptakan jam. Banyak ilmuan lain yang juga tercatat telah menemukan beberapa jenis jam. Namun, penemuan jam air yang paling terkenal adalah yang dilakukan oleh Al-Jazari. Sedangkan jam pasir muncul sekitar 1400 Sebelum Masehi, berdasarkan peninggalan yang ditemukan di kubur Amenhoterp I, berupa bejana kecil berisi air yang memiliki lubang di bahagian bawahnya yang berfungsi menitiskan air.

Untuk jam dengan alat penggerak mekanik, tidak pernah diketahui asal mula dijumpai. Namun, peralatan itu dijangka pertama kali dijumpai dan digunakan di biara-biara sebagai alat panggil para biarawan atau biarawati untuk berdoa agar dapat dibunyikan tepat pada waktunya.

Masyarakat Eropah baru mengenali jam yang dikendalikan pemberat pada tahun 1300. Lonceng yang berdentang setiap jam, pertama kali ditampilkan oleh lonceng kota Milan tahun 1335 dan lonceng di Katedral Salisbury, London pada tahun 1386. Sedangkan jam yang dikendalikan pegas baru dikuasai peradaban Barat tahun 1430. Masyarakat Inggris mula membuat arloji pada tahun 1580. Dan sekitar tahun 1525 Peter Henlein, tukang kunci dari Nurnberg, Jerman memperkenalkan jam rumah dengan diameter10-12,5 cm dan ketebalan7,5 cm.

Akhir abad ke-16, lonceng mulai dibuat tegak dan di awal abad ke-17 mesinnya mulai diberi pembungkus dari kuningan, diperkaya dengan penutup kaca dan jarum penunjuk minit. Tidak hanya itu, mulai tahun 1656 diperkenalkan pula lonceng dengan pemberat dan pendulum bertali pendek yang dibungkus dalam kotak kayu dan boleh digantung didinding.

Pada tahun 1929 mulai diterapkan kristal quartz pada alat pengukur waktu/jam. Jam digital/elektrik pertama kali dibuat oleh perusahaan The Hamilton Watch Co of Lancaster, Pennsylvania sekitar tahun 1950. Setelah itu, mulalah kermunculan beberapa merk dan model jam tangan hingga saat ini. Pelbagai rekaan bentuk jam dahulu dan kini boleh lihat disini

10 Manusia Yang Paling Dikehendaki Di Dunia

~ 10 Manusia Yang Paling Dikehendaki Di Dunia ~


Semenjak kematian Osama bin Laden, lelaki paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat dan dunia pada suatu ketika, sudah tentu ada yang tertanya-tanya siapa pula yang berada di tangga teratas manusia paling dikehendaki..Kalau nak tahu siapa, meh usha kat bawah ni.. 



10. Ayman al-Zawahiri Ayman al-Zawahiri adalah pemimpin Jihad Islam Mesir dari Kaherah dan beliau dikatakan bergabung dengan pihak al-Qaeda. Beliau dianggap sebagai orang kanan Osama bin Laden dan juga terlibat dalam perancangan serangan 9/11 terhadap WTC. Oleh itu, beliau juga berada dalam senarai paling dikehendaki.


9. Omid Tahvili Omid Tahvili adalah ketua kumpulan jenayah Parsi di Kanada dan dikaitkan dengan banyak kumpulan jenayah di peringkat global. Dia melarikan diri dari penjara Kanada pada tahun 2007 dan kini berada dalam pelarian. Beliau juga terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram dan kes-kes kecurian di Amerika Syarikat. 



8. Felicien Kabuga Felicien Kabuga telah dituduh terlibat dalam insiden pembunuhan beramai-ramai (genocide) dan kononnya kini sedang bersembunyi di Kenya. Beliau dikehendaki bagi jenayahnya terhadap kemanusiaan dan hubungan beliau dengan tragedi 100 hari keganasan yang menyebabkan kematian 800,000 rakyat Rwanda. 


7. James Bulger James Bulger atau atau dikenali sebagai "Whitey" adalah sebahagian daripada rangkaian jenayah Boston yang terbabit dalam pengedaran dadah dan pembunuhan. Beliau dikatakan telah melakukan lebih 19 pembunuhan dan telah menjadi sebahagian daripada konspirasi pembunuhan, pengubahan wang haram dan pelbagai jenayah lain. Beliau telah berjaya mengelakkan diri dari ditahan polis sejak lebih daripada tiga puluh tahun dan kali terakhir dia dilihat adalah sebagai pemilik harta kekayaan yang bernilai £18 juta pound. 



6. Alimzhan Tokhtakhounov Alimzhan Tokhtakhounov adalah penjenayah Rusia yang dikehendaki kerana terlibat dalam aktiviti jenayah terancang. Dia terlibat dalam penjualan peluru haram , penyeludupan dan pengedaran dadah dan juga penyeludupan kereta curi. 



5. Joseph Kony Joseph Kony adalah seorang pemimpin gerila dari Uganda dan pemimpin angkatan pemberontak. Kumpulan ganas pimpinan Joseph Kony dikatakan terlibat dalam jenayah berat terhadap kemanusiaan termasuk melarikan kanak-kanak dan jenayah perang. Mereka telah beroperasi di Sudan dan Congo serta melakukan jenayah yang sama sejak tahun 1986. #Tengok sekali, macam pelakon Predator tu huhu...


4. Semion Mogilevich Semion Mogilevich dikenali sebagai "penjenayah paling berbahaya di dunia" dan dipercayai telah menjadi bos utama bagi ketua-ketua organisasi mafia Rusia di seluruh dunia. 



3. Dawuud Ibrahim Dawuud Ibrahim adalah pemimpin rangkaian jenayah India iaitu D-Company. Pada masa kini, dia dikatakan sedang mengetuai rangkaian jenayah ini dan terlibat dalam pembunuhan, penculikan dan urusan dadah di Pakistan, India dan UAE. Dia juga sangat disyaki terlibat dengan pihak al-Qaeda. 




2. Matteo Messina Denaro Matteo Messina Denaro adalah mafia yang telah mengambil alih kumpulan Cosa Nostra di Itali selepas pemimpin sebelum ini yang juga pesaing beliau telah ditangkap. Penjenayah ini juga dikenali dengan watak buku komik Itali, diabolik. Dia telah berada dalam pelarian sejak lebih dari dua puluh tahun dan masih merupakan manusia yang paling dikehendaki hingga sekarang. 


1. Joaquín Guzmán Orang yang paling dikehendaki di dunia, Joaquín Guzmán juga dikenali sebagai "Shorty" adalah pemimpin kepada Sinaloa Cartel, sebuah organisasi pengedaran dadah antarabangsa. Dia mengambil kontrak perkhidmatan dalam urusan penculikan, pembunuhan sasaran penting dan memeras ugut. Beliau merupakan pengedar dadah nombor satu di Mexico pada tahun 2003 dan selepas beberapa pembunuhan dan pertempuran kejam terhadap pesaing, beliau mendahului senarai orang paling dikehendaki di dunia. Pihak DEA percaya, dia lebih kuat pada hari ini berbanding ketika dua atau tiga tahun yang lalu. 

P/S : Nilailah sendiri... huhu

September 17, 2015

Mark Zuckerberg Umum Akan Ada Button Dislike Facebook!!!








Pernah tak like gambar orang kat Facebook pastu rasa macam eh taknak lah like nak unlike balik.

Haaa. Jangan risau sebabnya tak lama lagi Facebook akan keluarkan butang ‘dislike’. Jadi, jika anda tak suka gambar tu, anda boleh tekan ‘dislike’ terus. Pemilik Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan perkara itu semasa perjumpaan di  Dewan Bandaraya bahawa media sosial gergasi ini akan wujudkan butang ‘dislike’ untuk kemudahan penggunanya seluruh dunia.

"Saya rasa orang telah bertanya tentang butang ‘dislike’ selama bertahun-tahun. Hari ini adalah hari yang istimewa kerana hari ini adalah hari yang saya boleh katakan kita bekerja keras untuk itu dan penghantaran itu, "kata pengasas Facebook itu.

Zuckerberg seterusnya menjelaskan, bagaimanapun, bahawa platform ini tidak mahu melaksanakan sistem Reddit seperti  up and down voting dan, sebaliknya, mahu menggunakan butang untuk menyatakan sesuatu yang lain sepenuhnya.
"Apa yang pengguna benar-benar mahu adalah keupayaan untuk menyatakan empati," dia menambah lagi, "Bukan setiap masa adalah masa yang baik."

Jadi, buat semua pengguna Facebook kita nantikan saja versi Facebook baru yang ada butang ‘dislike’. 

September 13, 2015

35 Tahun Menulis Di Tepi Jalan. Segalanya Berubah Selepas Dia Bertemu Dengan Seorang Wanita

35 Tahun Menulis Di Tepi Jalan. Segalanya Berubah Selepas Dia Bertemu Dengan Seorang Wanita


Oleh: Aimi Nordin 

Selama hampir 35 tahun lelaki ini menghabiskan masanya hidup di tepi jalan dengan menulis sehinggalah terhasilnya ‘The Conditioned’. Sebuah buku puisi mengenai hari-hari yang dilalui sepanjang hidup sebagai gelandangan. 

Raimundo Arruda Sobrinho, 77 tahun menjadi gelandangan pada sekitar 70-an. Dia menghabiskan 35 tahun itu dengan menulis puisi dan cerita di tepi jalan tanpa sesiapa mengetahui apa yang ditulisnya. 

Raimundo duduk di tempat yang sama, menulis setiap hari. Bagi orang tempatan, Raimundo hanyalah seorang lelaki yang kotor, busuk dan tak berguna untuk dipandang apatah lagi untuk ditegur. Tapi itu semua tak menjadi penghalang untuk dia terus menulis dan mengimpikan suatu hari nanti tulisannya akan diterbitkan menjadi sebuah buku.

Pada tahun 2011, seorang wanita bernama Shalla Monteiro menjadi satu-satunya kawan yang dia ada. Shalla akan berhenti setiap hari untuk berbual dengan Raimundo  hinggalah  pada suatu hari dia memberi Shalla puisinya untuk dibaca.

Shalla terinspirasi dengan puisi dan cerita Raimundo. Dia kemudian membuat satu akaun Facebook untuk berkongsi hasil nukilan Raimundo. Sejak dari itu, ramai orang yang berhenti untuk berbual dengannya, memberi hadiah dan sebagainya. 

Namun, sesuatu yang lebih bermakna daripada itu telah berlaku. Akaun Facebook itu mempertemukan Raimundo dengan adik lelakinya yang telah mencarinya berpuluh tahun lalu. Buat pertama kalinya, Raimundo membersihkan diri, pakai pakaian yang cantik, mempunyai tempat tinggal dan yang paling penting dikelilingi keluarga yang menyayanginya. 

Shalla masih lagi menjadi kawan baiknya hingga kini. Raimundo pula sedang bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan buku untuk menjadikan hasil puisi dan ceritanya sebuah buku. 

September 7, 2015

COC ialah LUCIFER???

Game COC..

Seorang kawan memberitahu bahawa sudah seminggu dia menutup akaun COC nya, tetapi apa yg telah dia alami selama itu adalah hampir setiap kali dia melelapkan mata dia akan termimpikan COC dan dalam mimpi tersebut iblis menuntut dia untuk kembali bermain bersama kerajaan LUSIFER.

Kawan- kawan semua yg bermain COC, harap maklum bahawa rupanya setiap ahli dalam COC itu adalah termasuk dalam misi LUSIFER.
Jadi sebelum ia mengikat fikiran, roh dan jiwa kita lebih kuat maka cepat2 lah putuskan dalam doa mengikut agama dan kepercayaan kita masing2.

Game COC diasas dan dicipta oleh sekumpulan pakar permainan komputer dimana menggelarkan misi mereka atau kumpulan sebagai BLACK WARRIOR.

Black Warrior adalah cabang misi yang dikuasai oleh kumpulan LOL (Lusifer Our Lord).

Permainan COC dicipta dengan menggunakan watak naga, raksasa dan banyak lagi supaya permainannya dapat MENGAGUNGKAN watak itu.

Game COC dan banyak lagi game lain yang dicipta oleh mereka adalah disasarkan kepada golongan kanak2 dan remaja supaya mereka LEKA dan HILANG TUMPUAN dalam berbagai aspek terutama dalam aspek rohani.

Game ini dikatakan sudah menyerang 55% remaja diseluruh dunia dan menyebabkan mereka leka dalam aspek keselamatan.

Game ini juga mampu mengawal EMOSI dan MENTAL para pemainnya.

Oleh itu, para pemuja COC secara automatiknya tertakluk jiwanya di bawah Lusifer Our Lord.

Copy & paste dr kawan.

September 3, 2015

Al-Quran Bongkar Rahsia Pembinaan Piramid



Al-Quran Bongkar Rahsia Pembinaan Piramid : Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia telah dibina.

Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid itu kerana batuan berkenaan amat berat.

Adanya yang mengatakan rangkanya dibina dahulu dan kemudiannya ia disalut dengan campuran lumpur dan air supaya proses meletakkan batu-batuan akan menjadi lebih mudah.

Ada juga yang mengatakan batu-batuan tersebut diletakkan menggunakan alat pembinaan yang dicipta khas.

Tetapi apakah rahsia disebalik pembinaan piramid ini?
Pada 1 Disember 2006, akhbar Amerika Times, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Para saintis mengatakan bahawa Firaun amat mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan hal seperti ini. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Tetapi Al-Quran telah pun mempunyai jawapannya, jika dikaji lebih mendalam, Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan.

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. “(Al-Qasas: 38)

Subahanallah! Rupanya ia sudah termaktub di dalam Al-Quran!
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan, raksasa, patung-patung dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

August 25, 2015

STACY memeluk agama Islam. Ucap Dua Kalimah Syahadah - Alhamdulillah



Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH atas iman yang dianugerahkan. Nikmat iman merupakan nikmat yang paling tidak terhingga. Selamat datang dalam kehidupan baharu, Stacy. Semoga ALLAH memberikan jalan yang lurus kepadamu. Amin...

Terus ingat lagi Fevret Raihan pula hihi...

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai


Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah













August 16, 2015

Perkahwinan 'Sweet' Bayu Kumbara Dan Jennifer Ini Membuktikan Cinta Tak Kenal Paras Rupa

  • 8 Ogos yang lalu adalah detik bahagia bagi seorang lelaki yang bernama Bayu Kumbara, apabila dia berjaya menikahi gadis pilihan hatinya yang berasal dari Britain

    • Wanita pujaan hati Bayu, Jennifer Brocklehurst berasal dari Britain, manakala Bayu sendiri adalah seorang warga Indonesia. Bayu merupakan seorang graduan lulusan Antropologi dari Universiti Andalas.

      Menurut Jennifer, mereka pertama kali bertemu ketika dia melancong ke Sumatera Januari lalu dan sejak itu mereka saling jatuh cinta.
       says.com
  • Jika difikirkan, tiada apa yang luar biasa tentang hal ini. Saban minggu, atau mungkin saban hari ada saja orang yang bernikah dalam dunia ini. Tetapi...

    • ...menurut media Indonesia, perkahwinan pasangan ini jadi topik perbualan hangat kerana Bayu yang berwajah "lucu" dapat memikat gadis mat salleh secantik Jennifer. Eh, tak baiknya. Kan cinta tak kenal rupa?
       says.com
  • Pernikahan itu juga lebih menarik perhatian apabila Jennifer meminta dana secara online di laman tilt.com untuk menampung kos perkahwinannya bersama Bayu

    • Jennifer juga berhasrat hendak membeli tiket penerbangan untuk kedua ibu bapanya menggunakan dana tersebut. Dia meletakkan target sebanyak 2,500 pound (RM15,000) tetapi hanya berjaya mengumpul 1,000 pound sahaja.

      Tetapi mereka tetap meneruskan pernikahan itu, walaupun dana tidak mencukupi dan tidak mencapai target.
       says.com
    • Laman tilt.com adalah laman di mana anda boleh "meminta dana" dari sesiapa saja untuk tujuan apa pun. Buat masa ini, laman Tilt hanya boleh digunakan oleh warga Amerika, United Kingdom dan Kanada.
       tilt.com
  • Bayu dan Jennifer memuat naik gambar pernikahan mereka dan susulan daripada itu, laman sosial mereka dibanjiri dengan ucapan tahniah dari rakan mahupun followers

  • Setakat ini, nampaknya Jennifer dapat menyesuaikan diri dengan keluarga Bayu. Dia malahan telah menghadiri majlis seperti majlis perkahwinan saudara Bayu di kampung.

  • Keluarga Jennifer sendiri pun nampaknya menerima perkahwinan tersebut dengan baik, walaupun mereka berbeza budaya, bangsa, dan agama

  • Kami doakan semoga perkahwinan Bayu Kumbara dan Jennifer Brocklehurst kekal bahagia dan sweet sebegini til Jannah

  • Sumber : http://says.com/