November 10, 2014

Muka surat novel : Satu bab, berapa muka surat A4?

#StatusPanjangTahapNovel 

Malam ini, tergerak hati pula hendak berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang 'teknik penting' yang perlu diketahui sebelum menulis. Disebabkan ada yang meminta dan inbox saya tempoh hari dan bertanya tentang itu ini, maka saya berkongsi serba sedikit tentang teknik dalam penulisan. Soalan yang lazim diajukan:

1. Bagaimana menulis sebuah novel yang tebalnya 500+ muka surat, malah ada yang menjangkau sehingga 700+???

Biasanya, ramai yang merangka sinopsis dahulu kemudian memulakan penulisan. Tetapi saya mungkin agak berbeza sedikit. Saya suka menulis dahulu sesebuah cerita, kemudian merangka sinopsis kerana saya takut cerita saya terikat dengan sinopsis. Sebenarnya, menulis novel umpama kehidupan kita seharian. Kita tidak akan 'hidup' hanya di satu tempat. Dalam novel, kita mempunyai 'Plot' dan 'Sub plot'. Plot adalah jalan cerita 'utama' kita tentang watak utama(watak A). Manakala sub plot pula adalah cerita tentang watak-watak sampingan(Watak B, C, D, dan E)

Selepas kita memulakan cerita watak utama(Watak A), kita sambung pula dengan menceritakan 'cerita' watak-watak lain. Justeru, kita akan mempunyai 'bahan' untuk memanjangkan cerita. Kalau kita hanya mengusung cerita watak utama(Watak A) di mana-mana, dengan izin ALLAH kita akan mendapat susah untuk meneruskan penulisan. Sebagai contoh, dalam novel pertama saya #PetakaNyawa , saya bercerita tentang Shafi(watak utama - Langkasuka), dan saya juga menceritakan tentang watak Suhail dan Puteri Qaisara (Kota Amuriah, Mesir), dan saya juga bercerita tentang Aisyah Afra, Razlan, Al-Fateh dan Rabiah(Watak masa kini). Justeru, saya mudah hendak ‘menebalkan’ novel saya. Kalau saya hanya bercerita tentang Shafi sahaja, dengan izin ALLAH saya akan tersungkur di tengah jalan.

2. Ada juga yang bertanya, berapakah muka surat untuk satu bab???

Semasa berjinak-jinak dengan dunia penulisan dulu, saya pun tidak tahu sebenarnya berapa muka surat saiz A4 untuk satu bab! Baik, sekarang saya akan berkongsi dengan semua kerana saya tahu ada di antara kalian yang ‘mula menulis’ tapi tertanya-tanya tentang ‘muka surat’ ni hehe…

Untuk satu bab, saya selalunya menggunakan 5-8 muka surat saiz A4. Kenapa? Sebab, cerita di setiap bab tidak ‘umphhh’ dibaca kalau terlalu pendek dan terlalu panjang. Takut pembaca bosan membaca kalau terlalu panjang atau tidak puas membaca kalau terlalu pendek. 

Okay, jari dah lenguh nak taip(taip di telefonkan :D ). Insya-Allah, saya akan berkongsi lagi nanti kalau ada yang bertanya. Selamat menulis, dan semoga bermanfaat untuk semua. Yang penting, jangan sesekali 'BERHENTI' menulis!!! Teruskan menulis sekurang-kurangnya satu bab sehari. Insya-Allah, kita akan berjaya. 

#RiduanJudin #StatusPanjangTahapNovel #TeknikMenulisNovel #PetakaNyawa 

No comments:

Post a Comment