October 7, 2014

Teknik Menulis Novel Thriller Dengan Baik

"Penulis yang baik lahir daripada seorang pembaca yang sangat baik." - Riduan Judin 
.....
...
..
.
Teknik Hook atau Boom
Salam maghrib, petang ini saya agak rajin nak kongsi teknik menulis novel. Saya sebenarnya agak jarang berkongsi kecuali ada yang bertanya, tapi saya tidak akan sesekali menyembunyikan walau sedikit pun ilmu yang saya ada sebab saya hanya 'dipinjamkan' saja oleh ALLAH.

Baik, mesti ramai yang mempunyai minat untuk menulis novel tapi 'terkial-kial' dan tidak tahu hendak 'memulakan' penulisan. Sebenarnya, ada teknik dan caranya agar kita mudah untuk menulis.
Untuk memulakan penulisan, saya suka menggunakan teknik 'BOOM' atau teknik 'HOOK'. Teknik Boom merupakan teknik agar kita dapat 'mengikat' pembaca di awal bab dan seterusnya meneruskan pembacaan. Okey, saya berikan contoh mudah, dalam drama bersiri CSI, adengan dimulakan dengan 'pembunuhan'. Ini dinamakan sebagai teknik Boom, iaitu kita 'bentangkan kes / masalah seawal-awalnya. Boleh dapat? Ingat, di awal bab, berikan sesuatu yang menarik dan padat. Jangan sesekali meleret-leretkan cerita, risau nanti pembaca tutup buku dan tidur dan yang paling kritikal jika buku kita itu dibakulsampahkan dengan gaya tendangan Bruce Lee ke bakul sampah. Gurau saja :D

Baik, selepas ada kes... tentunya kita ingin mencari si pembunuh. Di sinilah point kita, gunakan. Gunakan teknik Hook untuk 'memancing pembaca' dengan cara jangan berikan jawaban terlalu awal. BIAR PEMBACA MENERUSKAN PEMBACAAN (hehe)....

Ini teknik dalam genre thriller, tetapi mungkin masih boleh digunakan dalam genre lain seperti genre cinya jika pandai mengolah cerita. Itu terpulang kepada anda semua kerana minat setiap orang tidak sama. Okeeee, jari dah lenguh nak taip... kalau ramai yang bagi feed back, insyaAllah ada teknik yang saya ingin kongsi lagi.

Teknik di atas merupakan skills untuk kita memBOOM perhatian pembaca. Biasanya sangat sesuai digunakan dalam Prolog atau Bab 1. Jadi, pandai-pandailah guna teknik ni k... selamat menulis. 




2 comments:

  1. like that...sama juga klu kita baca novel mesti kene ada perkataan dan jln cerita yg bombastic , mesti pembaca akan terikut2 punya...cth perkataan yg sama tapi berulang...sama juga dlm drama dan filem...teknik tu penting utk "mengikat mati " para pembaca...bkn "ikat tepi" ...he3...nnti pmbaca x paham...eh pjg pulak...

    ReplyDelete
  2. Yup, sangat betul cik Azie Namico ;) bombastic, yang ala-ala lagu gituu hehe. Yup, teknik ni boleh ikat mati pembaca. 'ikat tepi?' emm okay juga, tapi kalau 'ikatan yang sah' lagi bagus haha...

    ReplyDelete