Apa nama istilah sebenar nak bagi kat printer yang dah di-modified ni pon aku tak tau. Tapi aku rasa, ramai yang paham dan rasanya ramai jugak yang mengalami masalah yang sama seperti aku. Berbalik pada prinsip tekanan padaentri yang lepas, itu sebenarnya nak berceritakan konsep tekanan. Dalam masa yang sama, banyak jugak rakan pembaca yang bertanya kat aku, macam mana nak setelkan masalah ni.
Caranya agak mudah. Pertama sekali, kita kene paham satu perkara, semakin tinggi kedudukan sesuatu bendalir, maka semakin kuat la tekanan dibawah dasar bendalir tersebut. Mudah bukan? Jelas? Aku rasa tak perlu kot akuceritakan Brinsip Bernoulli kat sini, sebab fizik aku dulu cuma cukup makan.
Oleh yang demikian, pastikan kepada rakan yang bermasalah dengan gelembung yang berada dalam salur dakwat printer ni… letakkan botol ink yang kat luar tu, tinggi sikit dari paras permukaan lubang yang masuk ke dalam catridge printer. Dengan cara ni, dakwat mengalir dengan sempurna kerana prinsip tekanan yang aku ceritakan pada perenggan ke dua. Mudah?
Pastikan anda sendal dengan seduatu yang tidak mudah bergoyang atau gam kat dinding printer pada kedudukan yang lebih tinggi sedikit dari paras discharge yang masuk ke dalam catridge. Ianya sebenarnya sama la konsep dengan tangki air kat rumah. Ade ke orang letak tangki air kat atas lantai? Kalau dah kat lantai, itu nama dia besen atau baldi.. dah tak jadi dah tangki air. Kan? Jelas?
No comments:
Post a Comment