September 17, 2015

Mark Zuckerberg Umum Akan Ada Button Dislike Facebook!!!








Pernah tak like gambar orang kat Facebook pastu rasa macam eh taknak lah like nak unlike balik.

Haaa. Jangan risau sebabnya tak lama lagi Facebook akan keluarkan butang ‘dislike’. Jadi, jika anda tak suka gambar tu, anda boleh tekan ‘dislike’ terus. Pemilik Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan perkara itu semasa perjumpaan di  Dewan Bandaraya bahawa media sosial gergasi ini akan wujudkan butang ‘dislike’ untuk kemudahan penggunanya seluruh dunia.

"Saya rasa orang telah bertanya tentang butang ‘dislike’ selama bertahun-tahun. Hari ini adalah hari yang istimewa kerana hari ini adalah hari yang saya boleh katakan kita bekerja keras untuk itu dan penghantaran itu, "kata pengasas Facebook itu.

Zuckerberg seterusnya menjelaskan, bagaimanapun, bahawa platform ini tidak mahu melaksanakan sistem Reddit seperti  up and down voting dan, sebaliknya, mahu menggunakan butang untuk menyatakan sesuatu yang lain sepenuhnya.
"Apa yang pengguna benar-benar mahu adalah keupayaan untuk menyatakan empati," dia menambah lagi, "Bukan setiap masa adalah masa yang baik."

Jadi, buat semua pengguna Facebook kita nantikan saja versi Facebook baru yang ada butang ‘dislike’. 

September 13, 2015

35 Tahun Menulis Di Tepi Jalan. Segalanya Berubah Selepas Dia Bertemu Dengan Seorang Wanita

35 Tahun Menulis Di Tepi Jalan. Segalanya Berubah Selepas Dia Bertemu Dengan Seorang Wanita


Oleh: Aimi Nordin 

Selama hampir 35 tahun lelaki ini menghabiskan masanya hidup di tepi jalan dengan menulis sehinggalah terhasilnya ‘The Conditioned’. Sebuah buku puisi mengenai hari-hari yang dilalui sepanjang hidup sebagai gelandangan. 

Raimundo Arruda Sobrinho, 77 tahun menjadi gelandangan pada sekitar 70-an. Dia menghabiskan 35 tahun itu dengan menulis puisi dan cerita di tepi jalan tanpa sesiapa mengetahui apa yang ditulisnya. 

Raimundo duduk di tempat yang sama, menulis setiap hari. Bagi orang tempatan, Raimundo hanyalah seorang lelaki yang kotor, busuk dan tak berguna untuk dipandang apatah lagi untuk ditegur. Tapi itu semua tak menjadi penghalang untuk dia terus menulis dan mengimpikan suatu hari nanti tulisannya akan diterbitkan menjadi sebuah buku.

Pada tahun 2011, seorang wanita bernama Shalla Monteiro menjadi satu-satunya kawan yang dia ada. Shalla akan berhenti setiap hari untuk berbual dengan Raimundo  hinggalah  pada suatu hari dia memberi Shalla puisinya untuk dibaca.

Shalla terinspirasi dengan puisi dan cerita Raimundo. Dia kemudian membuat satu akaun Facebook untuk berkongsi hasil nukilan Raimundo. Sejak dari itu, ramai orang yang berhenti untuk berbual dengannya, memberi hadiah dan sebagainya. 

Namun, sesuatu yang lebih bermakna daripada itu telah berlaku. Akaun Facebook itu mempertemukan Raimundo dengan adik lelakinya yang telah mencarinya berpuluh tahun lalu. Buat pertama kalinya, Raimundo membersihkan diri, pakai pakaian yang cantik, mempunyai tempat tinggal dan yang paling penting dikelilingi keluarga yang menyayanginya. 

Shalla masih lagi menjadi kawan baiknya hingga kini. Raimundo pula sedang bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan buku untuk menjadikan hasil puisi dan ceritanya sebuah buku. 

September 7, 2015

COC ialah LUCIFER???

Game COC..

Seorang kawan memberitahu bahawa sudah seminggu dia menutup akaun COC nya, tetapi apa yg telah dia alami selama itu adalah hampir setiap kali dia melelapkan mata dia akan termimpikan COC dan dalam mimpi tersebut iblis menuntut dia untuk kembali bermain bersama kerajaan LUSIFER.

Kawan- kawan semua yg bermain COC, harap maklum bahawa rupanya setiap ahli dalam COC itu adalah termasuk dalam misi LUSIFER.
Jadi sebelum ia mengikat fikiran, roh dan jiwa kita lebih kuat maka cepat2 lah putuskan dalam doa mengikut agama dan kepercayaan kita masing2.

Game COC diasas dan dicipta oleh sekumpulan pakar permainan komputer dimana menggelarkan misi mereka atau kumpulan sebagai BLACK WARRIOR.

Black Warrior adalah cabang misi yang dikuasai oleh kumpulan LOL (Lusifer Our Lord).

Permainan COC dicipta dengan menggunakan watak naga, raksasa dan banyak lagi supaya permainannya dapat MENGAGUNGKAN watak itu.

Game COC dan banyak lagi game lain yang dicipta oleh mereka adalah disasarkan kepada golongan kanak2 dan remaja supaya mereka LEKA dan HILANG TUMPUAN dalam berbagai aspek terutama dalam aspek rohani.

Game ini dikatakan sudah menyerang 55% remaja diseluruh dunia dan menyebabkan mereka leka dalam aspek keselamatan.

Game ini juga mampu mengawal EMOSI dan MENTAL para pemainnya.

Oleh itu, para pemuja COC secara automatiknya tertakluk jiwanya di bawah Lusifer Our Lord.

Copy & paste dr kawan.

September 3, 2015

Al-Quran Bongkar Rahsia Pembinaan Piramid



Al-Quran Bongkar Rahsia Pembinaan Piramid : Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia telah dibina.

Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid itu kerana batuan berkenaan amat berat.

Adanya yang mengatakan rangkanya dibina dahulu dan kemudiannya ia disalut dengan campuran lumpur dan air supaya proses meletakkan batu-batuan akan menjadi lebih mudah.

Ada juga yang mengatakan batu-batuan tersebut diletakkan menggunakan alat pembinaan yang dicipta khas.

Tetapi apakah rahsia disebalik pembinaan piramid ini?
Pada 1 Disember 2006, akhbar Amerika Times, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Para saintis mengatakan bahawa Firaun amat mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan hal seperti ini. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Tetapi Al-Quran telah pun mempunyai jawapannya, jika dikaji lebih mendalam, Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan.

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. “(Al-Qasas: 38)

Subahanallah! Rupanya ia sudah termaktub di dalam Al-Quran!
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan, raksasa, patung-patung dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.