September 17, 2014

Kesilapan dalam lirik lagu 'Warisan' - Sudirman Hj Arshad

Assalamualaikum semua, minggu ini rasa rajin pula nak update entry di blog ni. Walaupun ada banyak tugasan yang perlu disiapkan, tetapi kalau dah writer block tu melanda dunia, terpaksalah kerja disambung dengan surf internet huhu...

Okay, direct to the pointlah. Pernah nyanyi lagu Warisan tak? Hasil seni Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Menipulah kalau tidak pernahkan ( senyum ). Eyalah lagu ni memang cukup terkenal. Tema hari kemerdekaan tahun ini (2014) pun diambil semepna lagu beliau. 'Di sini lahirnya sebuah cinta'. 

Kalau kamu perasan liriknya, cuba tengok rangkap ketiga tu. Biasanya kita nyanyi 'BETAPA' di bumi ini ku melangkah' kannn. Sebenarnya, lirik lagu yang betul bukan 'BETAPA' tetapi 'BERTAPAK'. Ada lojiknya juga, sebab kalau 'betapa' langsung tiada kohesi dan koherens dengan lirik lagu seterusnya. Maksudnya, pertautanlah. Tetapi kalau 'bertapak', memang sangat sesuai. Orang kata Sabah cakap, 'ngam-ngam' haha...

Okay, sebenarnya aku pun baru tahu benda ni pagi tadi. Ada hamba ALLAH ni yang sangat baik hati tolong share. Eyalah, benda baikkan perlu dikongsi sama-sama. Untung hamba ALLAH tu kongsi, kalau tidak, sampai ke tualah tidak tahu pasal benda kecil ini.

Yang paling buat aku nak ketawa, seriusly aku mengajar di sekolah masa praktikum guna lirik lagu yang lama tu. Yang masih guna perkataan 'Betapa' tu. Malu yaw... haha. Tapi tidak apalah kan, itu kesilapan kecil yang tidak disengajakan. Nanti bila dah mengajar nanti, bolehlah betulkan balik apa yang salah.

Say Alhamdulillah... trust Teacher and I love to be it! Thanks all... :)


Warisan - Sudirman Hj Arshad


Rahsia lirik lagu Al-Haq (Mawi ft Ac Mizal)




                                                       Al-Haq : Dato Ac Mizal ft Mawi AF

Assalamualaikum semua, rasanya blog ini tidak diupdate hampir sebulan hehe. Biasalah, sibuk dengan praktikal di Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar, Klang (Sibuk dengan hal-hal dunialah katakan hehe)dan penulisan projek novel yang Alaf 21 request. Novel ini merupakan gabungan empat novelis thriller dan seram iaitu saya(Riduan Judin hehe), Ramlee Awang Murshid(Siapa tak kenalkan), Jessy Mojuru, dan Zharulnizam Shah Z.A. Sebuah novel bertemakan MISTIK. Nantikan kemunculannya Januari 2015 ini. Sudah semestinya lain daripada yang lain hehe.

Baik, tinggalkan hal duniawi tu. Mari kita beralih kepada fokus utama entry saya kali ini yang lebih kepada ukhrawi / syurgawi. Pernah dengar lagu AL-HAQ tak? Gandingan mantap antara Mawi dan Dato Ac Mizal. Jujur, lagu ini slaah satu lagu kegemaran saya. Bila diamati bait-bait lagunya, memang menusuk di jiwa. Tetapi, apa yang saya nak jelaskan di sini ialah, mengenai satu rahsia di sebalik lagu ini.

Sebenarnya, ia satu doa Bismillah berbentuk zikir agung yang sangat baik untuk amalan seharian... jom baca di bawah----> Lagi feel kalau sambil tengok lirik, sambil dengar lagu(serius)




MISTERI LAGU AL-HAQ 
(Mawi dan Dato AC Mizal)

Di dalam liriknya terdapat satu doa yang bagus untuk diamalkan.
"Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi" 
(Ya Allah, peliharalah diriku dan rohku)
"Bismillahi Jibril" 
(Dengan nama Allah, Jibril)
"Fi Yamini" 
(Pada kananku)
"Bismillahi Mikail" 
(Dengan nama Allah, Mikail)
"Fi Shimali" 
(Pada kiriku)
"Bismillahi Israfil"
(Dengan nama Allah, Israfil)
"Fi Amami"
(Pada hadapanku)
"Bismillahi Izrail" 
(Dengan nama Allah, Izrail) 


*Ianya dikenali sebagai Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah.
Antara kelebihannya adalah sebagai doa pelindung daripada syaitan dan hasad dengki.


Ya ALLAH, masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu dan redhailah umur kami serta ahli keluarga kami dan semua mukmin dan mukminat. Say Alhamdulillah...