July 12, 2014

Aku hanya 'seorang aku' - Insan biasa-biasa :)

Tidak apa-apa rasanya jika saya katakan yang saya bermula dengan kosong ( 0 ). Dulu, saya berasa diri saya kurang bernasib baik. Seawal darjah 2, saya masih gagal menulis dengan lancar. Sehingga beranjak ke darjah 3, barulah saya mempunyai kemampuan untuk menulis walaupun masih tersangkut-sangkut. Ejaan yang tidak betul, apatah lagi hukum tatabahasa.

       Arghh, sebenarnya agak 'tragis' juga(sambil tersenyum mengingat kisah lampau). Bukannya ibu bapa saya tidak dorong. Malah, hampir setiap malam akan diarahkan untuk membaca dan mengulang kaji. Cuma, mungkin sudah ketentuan ALLAH. Itu merupakan suratan hidup saya, justeru kena terima dengan hati yang terbuka. Eyalah, manusia hanya mampu merancang ~~~ tapi ALLAH juga yang Maha Menentukan. Macam tulis novel pula :D

          Berbalik kepada 'Bagaimana Saya Boleh Minat Menulis'!!! Jika saya imbau kisah remaja saya dulu, saya ni agak pendiam jugalah(sehingga dianggap budak suci semasa di sekolah dulu. Eyalah, apa tidaknya, apabila kawan-kawan perempuan bawa bercakap, memang akan tertunduk dan automatik jadi gagap. Aduhhh!!! Okay, close enough haha!

           Kakak saya seorang pembaca 'tegar' Alaf 21. Berlambak novel-novelnya di rumah. Mula dari sinilah saya minat membaca novel. Satu hari tu(Selepas SPM, sebab memang tiada masa sebelum itu), saya kemas-kemas rak buku dekat meja TV. Terpandang pula novel 'Bagaikan Puteri' dan 'Hatiku Di Harajuku'. Tengok nama novelis itu di bahagian bawah, "Ramlee Awang Murshid"(Ah, siapa pula penulis ini?) - Dalam hati saya. Maklumlah, bukan ulat novel sebelum itu.

           Baca sinopsisnya, macam best... Saya tidak tunggu lama. Belek sana belek sini. Eh, dah habis baca!!! Cepatnya(konon nak tunjuk hebat sebab dah berjaya baca dua buah novel :D ). Novel yang paling meninggalkan kesan di hatai saya inilah, 'Hatiku Di Harajuku' dan 'Bagaikan Puteri', serius memang superb. Jalan ceritanya memang ngam(sesuai) dengan jiwa saya. Mula dari hari itu, saya memang tidak akan melepaskan hasil garapan daripada beliau. Malah, semua novel abg RAM yang terdahulu memang saya cari.

          Sebelum menjadi penulis, saya menjadi pembaca yang sangat baik. Setiap teknik dan cara olah cerita saya ambil kira dengan meneliti cara penyampaiannya. Memang agak susah juga pada mulanya, tetapi selepas membaca banyak karya beliau, saya mendapat inspirasi untuk menghasilkan 'novel sendiri' (Masa tu, macam angan-angan Mat Jenin sajalah). Tup tap tup tap, saya terpaksa ke Kuala Lumpur kerana menyambung pengajian di Maktab(Sekarang IPG). Di sinilah saya mendapat banyak peluang berjumpa dengan beliau.

         Saya banyak mengikuti event-event yang Kelab RAMFC laksanakan. Event Borak Buku, Pelancaran novel beliau, dan lain-lain. Jadi, suntikan semangat itu semakin menebal... Tidak lama selepas itu, saya mula menulis novel sendiri dengan research yang saya lakukan. Hampir dua tahun setengah, novel pertama yang saya berjaya siapkan dan 'melepasi' tapisan ALAF 21 ialah novel 'PETAKA NYAWA' yang akan terbit pada 24 Julai 2014. Jangan lupa dapatkannya... InsyaAllah, semoga ALLAH merahmati kehidupan kita

Bersambung....]