Salam ukhwah fillah, hari ini saya ingin berkongsi mengenai ketampanan Nabi Yusuf a.s yang ALLAH episodkan melalui Kalam suci-Nya Al-Quran.
Sebelum tu, saya nak tegaskan bahawa kisah Nabi Yusuf a.s ialah sebaik-baik kisah. Perjalanan hidup yang agung dan penuh simbolik. Surah Yusuf mempunyai 111 ayat. Surah Yusuf adalah surah yang ke 12 di dalam Al Quran, diturunkan setelah surah Hud. Surah ini diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Surah ini dinamakan surah Yusuf adalah kerana metitikberatkan isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf a.s. Riwayat tersebut adalah salah satu di antara cerita-cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai mukjizat .
Surah Yusuf merupakan satu-satunya Surah yang tidak dicampuri dengan kisah-kisah lain dalam Al-Quran. Maksudnya, ALLAH sengaja mengkhaskan satu Surah ini untuk menunjukkan keistimewaannya. Malah, ALLAH sendiri mengakui dalam Al-Quran bahawa, Kisah hidup Nabi Yusuf ialah sebaik-baik kisah. ALLAH berfirman dalam Surah Yusuf ayat: 3 yang bermaksud:
"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahikan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahi itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya."
Maha Suci ALLAH. Betapa indahnya kisah Nabi Yusuf sehingga ALLAh sendiri yang mengakuinya. Tapi kenapa kisah baginda begitu indah? adakah melalui dasar percintaan dan sebaliknya? Bagi pendapat saya, kisah baginda ialah sebaik-baik kisah disebabkan atas dasar perjalanan hidupnya. Penuh dugaan, malah perjalanan hidup baginda sangat berliku. kenapa? Sebabnya, kehidupan baginda dimulakan dengan satu peristiwa pahit yang mana saudara-saudara kandungnya telah membuangnya di sebuah perigi, lalu ALLAH beri hikmah dengan mempertemukan Yusuf dengan sekumpulan musafir yang secara kebetulan melalui kawasan itu dan dijual kepada seorang Raja. SubahanAllah.
Persoalannya, Bagaimanakah ketampanan Nabi Yusuf a.s?
Maha Suci ALLAH, Hanya Dia yang mengetahuinya. Tetapi menurut Kalam ALLAH, ketampanannya sangat mempesonakan sehingga isteri seorang Raja yang hartawan dan rupawan begitu menggilai Nabi Yusuf a.s iaitu Siti Zulaikha. Sehingga satu peristiwa pahit yang mengheret Nabi Yusuf ke penjara iaitu fitnah bahawa Nabi Yusuf mencuba untuk menggoda Siti Zulaikha. Selepas itu, Siti Zulaikha menjadi bualan para wanita di kota itu. Lantas Zulaikha mengundang para gadis yang mengatanya dengan memberikan pisau tajam dan buah epal. Lalu diseru nama Nabi Yusuf agar keluar menemui mereka.
Maha Suci ALLAH, para gadis itu menghiris jari-jemari mereka dengan pisau itu tanpa disedari kesakitan itu tatkala menatap keelokan paras wajah baginda. Maksudnya, Paras wajah baginda sahaja mampu melenyapkan kesakitan atas izin ALLAH. apatah lagi mendengar suaranya berbisik, sudah tentunya teramat menyenangkan halwa telinga. Pernah diceritakan oleh seorang Ustaz yakni guru saya semasa di SMK Pinggan-Pinggan, Pitas dahulu, namanya Ustaz Zamzuri. Beliau pernah memberitahu bahawa ada riwayat mengatakan bahawa "Ketampanan Nabi Yusuf a.s begitu hebat, sehingga seekor burung yang sedang terbang akan terhenti terbang tatkala terpandang Nabi ALLAH itu." Maha Suci ALLAH, sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mangetahui sesuatu yang tersembunyi. Wallahualam.

#Kesimpulannya, ketampanan wajah Nabi Yusuf sukar untuk digambarkan kalau jari yang terhiris oleh pisau pun tidak terasa. Walau begitu, ketampanan Nabi Yusuf tidak dapat menandingi ketampanan wajah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Yusuf a.s diuji dengan ketampanan yang ALLAH anugerahkan kepadanya. Manakala Nabi Muhammad S.A.W diuji dengan cara yang lain, walaupun baginda teramat tampan. Wallahualam. Hanya ALLAH Taala sahaja yang Maha Mengetahui.