March 16, 2013

Mencari Orang Ini


Riduan
Tuan Ramlee Awang Murshid
         


ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta’.  Itu antara kisah yang berjaya menambat ramai peminat novel thriller atau seram menerusi novel enam episod  pengembaraan Laksamana Sunan yang dihasilkan oleh penulisnya, Ramlee Awang Murshid.


Malah novelnya yang bertajuk Hijab Sang Pencinta dicetak sebanyak 58,000 naskhah pada 2012, menjadikannya antara karya yang paling laris terjual di negara ini. 

Biarpun ia berjaya memberi kesan kepada pembacanya, banyak kisah menarik di sebalik kehidupan novelis genre thriller nombor satu di Malaysia ini yang mengambil masa 12 tahun untuk meyakinkan peminatnya terutama wanita. 

Untuk mencapai misi yang ditetapkan, Ramlee mengakui dia hanya berehat seminggu atau dua minggu selepas satu novelnya berjaya disiapkan. 

Minat yang mendalam nyata menyemarakkan semangatnya untuk terus menyiapkan terbitan seterusnya menerusi disiplin yang diterapkan dalam diri.  

Penulis novel remaja yang menjadi kegilaan ramai pembaca lelaki mahupun wanita ini mengakui memiliki jadual sendiri untuk menghabiskan setiap plot ceritanya.

Bukanlah nama baru dalam dunia penulisan, Ramlee mengambil keputusan untuk bersara awal daripada tugasnya sebagai penerbit rancangan kerana mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap penghasilan novel. 

“Selepas mengambil keputusan bersara awal, masa saya banyak dihabiskan di rumah dengan melakukan rutin harian menghantar atau menjemput isteri dan anak. 

“Namun, saya memperuntukkan masa menulis setiap hari bermula tepat jam 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk menghabiskan satu bab yang dianggarkan lima muka surat. 

“Kemudian pada petang pula saya mula menulis dari jam 3.30 petang hingga 5.30 petang untuk menyiapkan satu lagi bab baru,” katanya yang menetapkan misi untuk menyempurnakan dua bab sehari. 
Menurut penulis yang sudah merencanakan novel terbarunya sehingga 2014, dia berasa lega kerana banyak masa dapat dihabiskan bersama keluarganya berbanding dulu. 

Dulu, Ramlee menggunakan masa pada waktu malam untuk menyiapkan novelnya sehingga kadangkala tiada masa dapat diluang­kan bersama keluarga. 

Namun kini, masa yang banyak digunakan sebaiknya dan menjadikan waktu malam untuk berehat sebelum memulakan siri baru keesokan harinya.

Begitulah rutinnya setiap hari yang memerlukan ketegasan dalam menjalankan tugasan sebagai penulis kerana ia punca rezeki buat dirinya menanggung keluarga. 

Menurutnya, banyak cabaran untuk menyiapkan karyanya sebelum berjaya dibukukan menjadi novel yang disukai ramai. 

Lebih digemari dengan jalan cerita yang mendebarkan, Ramlee mengakui dia tidak pernah lari daripada menghadapi kisah pelik ketika menyiapkan siri novelnya. 

“Pernah juga saya mengalami situasi menakutkan apabila watak yang ditulis di dalam novel seolah-olah hidup dan muncul di sekeliling saya kerana imaginasi atau aura pemikiran yang terlalu tinggi ketika itu. 
“Mungkin tidak ramai yang percaya mengenainya tetapi bagi mereka yang pernah merasainya, kadangkala ia membuatkan kita berasa seram dan tidak senang duduk,” katanya yang hadir pada sesi temuramah sambil ditemani anak lelaki tunggalnya, Muhammad Aizuddin, 12. 

Dia meletakkan misi untuk menghasilkan dua novel dalam tempoh setahun kerana tidak mahu berhenti daripada berkarya. Mengenai rahsia kejayaan yang meletakkan namanya cukup dikenali di negara ini, Ramlee mempunyai teknik tersendiri dalam menghasilkan karya untuk mengajak pembaca terus mengikuti kisah selanjutnya. 

Menggunakan teknik seperti skrip filem atau drama, Ramlee yang mahir dalam bidang berkenaan kerana pernah menghasilkan skrip drama radio pada 1986 hingga 1993, memanfaatkan ilmunya itu dalam penulisan novel.

“Setiap novel akan menggunakan teknik ‘intercut’ untuk memisahkan setiap plot cerita bagi mengelakkan pembaca rasa bosan kerana karangan yang terlalu panjang. 

“Ia digunakan sebanyak dua hingga empat kali dalam satu bab sebelum menyambung kisah seterusnya. Selain itu, pada bahagian pendahuluan setiap novel akan menggunakan kisah yang mendebarkan atau dipanggil teknik ‘bom’ untuk menarik minat pembaca sebelum menaikkan kisah lain,” katanya yang turut menyelitkan unsur motivasi dalam setiap karyanya. 

Mula berminat dengan dunia penulisan sejak 1980-an setelah melihat ayahnya menghasilkan skrip, dia kemudiannya menetapkan cita-cita untuk menjadi penulis.

“Bapa saya dulu pernah menghasilkan skrip drama radio yang ditulis tangan namun ia tidak pernah mendapat tempat untuk disiarkan. 

“Bermula detik itu, saya memasang impian untuk menjadi penulis kerana mahu merasai apa yang dialami oleh ayah,” katanya yang kini berasa selesa dengan pencapaian dimiliki berkat usaha gigihnya selama 12 tahun. 

Walaupun kadangkala keliru dengan karakter di dalam novel terdahulu, dia bersyukur kerana masih diberi kekuatan dan sokongan daripada keluarga serta editor untuk memperbetulkan kesilapan. Dia juga akui sering berdoa untuk mendapatkan idea dan tajuk menarik dalam setiap penghasilan novelnya.

Menggemari karya tulisan John Grisham berjudul The Testament dan The Firm serta gemar membaca akhbar setiap hari, 24 karya yang dihasilkan tidak pernah terlepas daripada susunan fakta yang dikaitkan dengan plot ceritanya bagi mengajak pembaca terus berfikir. 
“Setiap kali membaca akhbar, saya mengambil fakta yang disukai untuk digunting atau ditulis di dalam buku catatan khas.

“Ia bagi memudahkan saya membuat rujukan ketika meluahkan idea di hadapan komputer riba bagi menguatkan lagi jalan cerita.

“Saya lebih banyak memerhati dan keadaan persekitaran yang berlaku di sekeliling akan diambil untuk dijadikan plot cerita. Selain itu, ada juga watak yang diambil berdasarkan pelbagai karakter yang dilihat daripada ahli keluarga atau orang lain. 

“Sebelum dijadikan watak pilihan, saya akan membuat kajian mengenai kesesuaiannya dalam cerita yang dihasilkan,” katanya.

Berasa lebih selesa kini selepas bertarung kesusahan terpaksa bertukar tiket bas setiap hari untuk ke pejabat, Ramlee boleh menarik nafas lega kerana wang royalti yang diterima membolehkan dia memiliki kenderaan sendiri serta membawa ahli keluarganya melancong ke luar negara. 

Antara negara yang pernah dilawati termasuk New Zealand, China, Indonesia, Singapura, Turki dan Arab Saudi (Makkah) untuk menghabiskan cuti bersama keluarga tercinta.
Profil:
Nama penuh: Ramlee Awang Murshid
Tarikh lahir: 4 November 1967
Asal: Papar, Sabah
Status: Berkahwin
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Media), Universiti Kebangsaan Malaysia
Kerjaya: Penulis novel, Penerbit Syarikat Layar Sunan Sdn Bhd 
Idola: John Grisham, Stephen King dan Eyman Hykal
Antara pencapaian: 
Hadiah Kedua Sayembara Novel Dewasa Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah 1992 - Igauan Maut
Hadiah Sastera Sabah 1994/1995 - Igauan Maut
Hadiah Kedua Sako 2002 - Pei Pan
Hadiah Sastera Sabah 2003/2004 - Pei Pan
Hadiah Sastera Sabah 2006/2007 - Bagaikan Puteri
Anugerah Remaja Yayasan Buku Negara 2012 - 9 Nyawa
Tokoh Sastera Sabah daripada Persatuan Rumpun Artis Sabah 2012

Karya: 
Igauan Maut, 1995
Tombiruo, 1998
Ranggau, 1999
Anugerah Pertama, 2000
Mandatori, 2000
Semangat Hutan, 2001
Pei Pan, 2002
Adam, 2002
Satu Janji, 2003
Tombiruo Terakhir, 2004 
Rahsia Perindu, 2005 
Bagaikan Puteri, 2005 
Hatiku Diharajuku, 2006
Cinta Sang Ratu, 2007
Ungu Karmila, 2008
Hijab Sang Pencinta, 2008 
Personal Justice, 2008 
Mikhail, 2009 
9 Nyawa, 2010
Cinta Sufi, 2010 
Rayyan Fantasi, 2011
Sutera Bidadari, 2011
Fiksyen 302, 2011
Sunan Musafir, 2012
Aku bercerita (Karya terbaru)




Ya ALLAH, Berilah Daku Kekuatan


ALLAH huma Ya ALLAH~~~Kekuatan itu milik-Mu, berilah daku kekuatan. titipkanlah kesabaran itu, istiqamahkan diriku, berikanlah hamba-Mu ini sifat  tekun dalam menyampaikan buah fikiran dan tulisan.

Riduan~ "Sesungguhnya hanya Engkaulah Tuhan yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu lah kami memohon pertolongan"

Kredit to Blog Alaf-21

Panduan & Kriteria Manuskrip Kategori Umum

Pasti ada yang tertanya-tanya syarat-syarat dan panduan menulis buku-buku umum. Di bawah ini ada disenaraikan tertib dan panduannya. 

PANDUAN PENGHANTARAN MANUSKRIP KATEGORI UMUM
  • Tebal manuskrip antara 150 – 300 saiz A4. Jaraknya double atau 1.5 spacing.
  • Saiz font 12 dan gunakan tulisan jenis ITC Clearface atau Times Roman.
  • Manuskrip hendaklah dicetak di muka depan sahaja, bukannya depan belakang. Selepas itu hendaklah dijilid. Seelok-eloknya com binding sebelum dihantar kepada kami
  • Sertakan intipati kandungannya, berserta nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat emel anda untuk dihubungi. 
  • Manuskrip hendaklah dihantar sendiri atau diposkan terus ke Alaf 21. JANGAN sesekali sertakan CD, diskette atau pen drive sehingga diarahkan berbuat demikian.
  • Panel penilai akan menilai setiap manuskrip yang diterima dalam masa tiga hingga empat minggu.
  • Setiap manuskrip akan dinilai dari segi kandungan dan keistimewaannya.
  • Jika kualiti kandungannya tidak memenuhi kriteria, manuskrip tersebut akan dikembalikan kepada penulis.
  •  Sekiranya panel penilai berpendapat manuskrip tersebut sesuai untuk diterbitkan, penulis akan dimaklumkan tentang perubahan/pemantapan yang perlu dilakukan sebelum sebarang editing dilakukan. Kebiasaannya, penulis dikehendaki melakukan penambahan/ pindaan bagi memastikan kemantapan isinya (tertakluk pada perbincangan).
  • Setelah panel penilai berpuas hati dengan pindaan/perubahan yang telah dilakukan, penulis akan diminta menghantar CD atau emelkan sahaja manuskrip penuh untuk proses penyuntingan.
  •  Urusan berkenaan perjanjian (agreement) akan dilakukan sebelum proses penyuntingan bermula. Jika penulis bersetuju dengan syarat-syarat dan terma yang terkandung di dalam perjanjian tersebut, barulah proses penyuntingan akan dimulakan.
  • Anda perlu menghantar keseluruhan manuskrip, tidak sekadar beberapa bab semata-mata untuk mendapatkan komen panel.
  • Sebarang urusan penghantaran manuskrip hendaklah dialamatkan kepada:  
KETUA EDITOR,
ALAF 21 SDN BHD,
LOT 12, PERSIARAN KEMAJUAN 16/16,
SEKSYEN 16
40200 SHAH ALAM,
SELANGOR

Alamat Penerbit Buku


ALAMAT PENERBIT NOVEL
21 September 2012 muhdnasruddin
KEPADA  mereka yang sudah menyiapkan manuskrip novel dan tidak tahu ke mana manuskrip  hendak dihantar, di sini saya sertakan nama dan alamat penerbit yang anda boleh pilih sebagai penerbit novel anda itu. Bagaimanapun sebelum menghantar manuskrip novel itu, sila hubungi pihak penerbit terlebih dahulu untuk memaklumkan pengiriman manuskrip anda itu.
ALAF 21 SDN. BHD,
Lot 21, Jalan Sepana 15/3, Off Jalan Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-5101 3836.

PRIMA BUKU SDN. BHD,
Lot 21, Jalan Sepana 15/3, Off Jalan persiaran Selangor, seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-5101 3836

FAJAR PAKEER,
7/GF, Jalan 1/18A, Taman Mastiara Off Jalan Ipoh, Batu 5, 51200 Kuala Lumpur. Tel: 03-6258 1196, 03-6258 1195. Web site: http://www.fajarnovel.com.my

NB KARA SDN. BHD
D 19-1B, Jalan Prima Saujana 2/E, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor. Tel: 03-8736 4025, 03-8736 4028. Website: http://www.nbkara.com.my

PENERBITAN JEMARI SENI,
G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11, Taman Kajang Impian, 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: 03-8926 0142, 03-8297 3967. Website: http://www.jemariseni.com

KARYA SENI ENTERPRISE
41-1 Jalan Temenggung 9/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras
Selangor. MALAYSIA.
Tel: 03-9010 4779, Fax: 03-9010 4511. Website:http://www.karyaseni.com.my
Syarikat-syarikat Kumpulan PTS
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
PTS Consultants Sdn. Bhd.
PTS Millennia Sdn. Bhd.
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
PTS One Sdn. Bhd.
PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
PTS Islamika Sdn. Bhd.
PTS Darul Furqan Sdn. Bhd.
PTS Pop Sdn. Bhd.
PTS Netmedia Sdn. Bhd.
PTS Bookcafe Sdn. Bhd.
PTS Edar Sdn. Bhd.
No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor, MALAYSIA. Tel: 603-6188 0316, 603-6189 0316. Website: http://www.pts.com.my
KARNADYA SOLUTIONS SDN BHD,
No. 12, Jalan BP 6/6, Bukit Puchong Commercial Centre, 47100 Puchong, Selangor.
Tel: 03-8068 4763. Website: http://www.karnadya.com.my


Ingin Menjadi Penulis???


Siapa yang Berminat Nak Jadi Penulis

Siapa kat sini yang nak berminat jadi penulis ?? Ok , aku tahu ramai yang teringin nak jadi penulis , tapi tatahu camne kan , so, ak bagi langkah2 untuk jadi penulis for pts :

Sila hantar kertas cadangan korang kepada pts mengikut butiran berikut:

1. Judul buku
2. Sinopsis atau penerangan berkenaan tajuk yang ingin ditulis
3. Anggaran muka surat
4. 1 ataupun 2 bab contoh
5. Senarai buku yang menjadi saingan di pasaran
6. Kelebihan buku berbanding buku di pasaran
7. Sasaran pembeli

Emel kertas cadangan mengikut unit penerbitan yang sesuai dengan cadangan itu seperti di bawah:

PTS Millennia Sdn Bhd menerbitkan buku-buku popular. Emel kepada ptsmillennia@pts.com.my.

PTS Professional Publishing Sdn Bhd menerbitkan buku-buku akademik, bisnes, pengurusan dan pendidikan. Emel kepada ptsprofessional@pts.com.my.

PTS One Sdn Bhd, menerbitkan buku fiksyen kanak-kanak dan remaja. Emel kepada ptsone@pts.com.my.

PTS Litera Utama Sdn Bhd, menerbitkan karya-karya terjemahan antarabangsa. Emel kepada ptslitera@pts.com.my.

PTS Islamika Sdn Bhd menerbitkan buku-buku agama dan falsafah Islam dengan pendekatan dan bahasa moden. Emel kepada ptsislamika@pts.com.my.

Sila hubungi editor mengikut kesesuaian topik korang seperti berikut:

PTS Millennia Sdn. Bhd
Menerbitkan buku-buku popular dalam pelbagai kategori. Kategori terlibat adalah;
Motivasi dan pembangunan diri remaja hingga dewasa
Kekeluargaan dan keibubapaan
Dakwah dan Islam kontemporari
Perhubungan dan cinta
Buku langkah demi langkah (D.I.Y)
Kesihatan dan gaya hidup
Autobiografi tokoh terkenal dan popular
Buku masakan

Hubungi:
En Mohd Ikram Wazir, emel : ikram@pts.com.my
H/P: 016-661 1649
Produk umum lelaki, En. Muhamad Syarafuddin Sulaiman, emel: syarafuddin@pts.com.my
Produk umum wanita & motivasi remaja, Norashikin Wahid, emel: ashikin@pts.com.my
Produk DIY & masakan, Norzilawati Sidek, emal: norzilawati@pts.com.my


PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Menerbitkan buku bisnes dan pengurusan seperti motivasi bisnes, kepimpinan, kewangan, pemasaran, sumber manusia, jualan, keusahawanan, pembangunan kerjaya, fiksyen bisnes dan fiksyen kerjaya.
Hubungi:
En. Aizat Abdul Razak
Editor, Buku Bisnes dan Pengurusan, emel: aizat@pts.com.my
H/P: 016-661 2017
Menerbitkan buku pendidikan seperti prasekolah, pendidikan khas, kamus, pedagogi, bahasa, pengurusan sekolah, pendidikan tinggi, kurikulum, bimbingan & kaunseling, teknologi pendidikan dan pembangunan profesion guru.
Buku pendidikan, En. Mohd Yusry Mohamad Yusopp, emel: yusry@pts.com.my
Terjemahan buku bisnes, Cik Fatin Farhana Hasan, emel: fatin@pts.com.my
Buku prasekolah dan novel remaja, Cik Rashiela Nurain Rashid, emel: shiela@pts.com.my

PTS One Sdn. Bhd.
Menerbitkan buku-buku kanak-kanak dan remaja.
Hubungi:
Kanak-kanak, Rasmawati Abdul Muin, emel: rasmawati@pts.com.my
Remaja, Haryani Kamilan, haryani@pts.com.my
Syok, Nurul Azura Mohd Tohid, emel: azura@pts.com.my

PTS Islamika Sdn Bhd.

Menerbitkan buku-buku agama dan falsafah
Ilmu Quran
Ilmu Hadis
Tafsir
Fikah
Akidah
Perbandingan Agama
Sejarah & Tamadun
Ibadah
Klasik Islam
Tasawuf
Syariah
Cerita-cerita Islam

Hubungi:
Buku rujukan popular, En. Rohidzir Rais, emel: rohidzir@pts.com.my
Buku amalan dan karya klasik, En. MD. Amirol Ibrahim, emel: amirol@pts.com.my


PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Menerbitkan novel popular dan novel terjemahan
Hubungi:
Novel sejarah, En. Mohamad Bahruddin Mohamad Bekri, emel: bahar@pts.com.my
Novel terjemahan Indonesia, Faslin Syarina Salim, emel: faslin@pts.com.my
Novel remaja, Nor Adilah Riduan, emel: adilah@pts.com.my

PTS Net Media Sdn. Bhd.
Menerbitkan buku-buku komputer dan teknologi
Hubungi:
En. Mohd Sallehudin Md Yusuf, emel: salleh@pts.com.my

PTS Darul Furqan Sdn Bhd
Menerbitkan mushaf al-Quran, buku terjemahan dan Tafsir al-Quran
Hubungi:
En. Fariz Firdaus Abdul Talib, emel: farizfirdaus@pts.com.my

PTS POP Sdn Bhd
Menerbitkan KOMIK, novel grafik dan buku fiksyen
Hubungi:
Novel, Wan Muhammad Haeqal W. Husin, emel: haeqal@pts.com.my
KOMIK, Wan Zuhairi Wan Zainuddin, emel: wanzu@pts.com.my

Berapakah royalti yang diberi PTS?
Penulis dibayar royalti berdasarkan jualan
Kadar royalti adalah seperti berikut:
7% daripada harga runcit buku (5,000 naskhah yang terjual)
10% daripada harga runcit buku (5,001 – 10,000 naskhah yang terjual)
11% daripada harga runcit buku (10,001 naskhah ke atas yang terjual)


ok ,a macam ??complete tak ?? bolehlah korang berkarya sekarang ye ~ aku pon nak buat novel jugak ,nama pena aku nanti aku letak AyuThia Lala , hmm , hehe , tapi sekarang ni aku takboleh berkarya lagi , aku kena focus untuk PMR dulu , heee , doakanlah aku